Ketua Kartel Kongsi Pengalaman Pecah Rumah Ronaldo Dan Benzema Tapi Tak Sanggup Rompak Messi

Jenayah pecah rumah dan rompakan membabitkan selebriti termasuk di kalangan pemain bola sepak terkenal dunia seolah-olah menjadi satu trend yang bahaya dan serius di Eropah.

Terbaru Sergio Ramos dan keluarganya menjadi mangsa jenayah tersebut. Tetapi Ramos bukan satu-satunya pemain yang pernah melalui pengalaman tersebut.

Kini penjenayah itu sendiri tampil secara eksklusif dengan media mengenai pengalamannya merompak kediaman pemain bola sepak termuka dunia.

Seorang wartawan El Espanol, Carlos Quilez baru-baru ini berjaya mendapatkan temuduga secara eksklusif dengan penjenayah tersebut dalam satu podcast ‘Sumario Abierto’.

Penjenayah tersebut menggelarkan dirinya sebagai Alberto. Dan antara kediaman mewah yang pernah dirompak oleh Alberto adalah kediaman milik Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Johan Cryuff.

“Kami merompak Benzema ketia dia tidak tidak menyedarinya. Kami turut melakukan cubaan merompak kediaman Cristiano di Madeira, tetapi ia tidak berjalan dengan lancar.

Pada 2012 penjenayah sama turut mensasarkan kediaman milik Cruyff. Namun pada ketika itu Alberto dan rakan subahatnya tidak menyedari kediaman tersebut adalah milik Cruyff.

Mereka hanya menyedarinya apabila terlihat foto Cruyff bersama Dennis Bergkamp dan beberapa pemain lain. Hasil curian berupa beberapa barangan berharga bernilai $21,500.

Alberto adalah ketua penjenayah Albania-Kosovo dan kini sedang dalam pelarian. Dia turut mendedahkan turut menolak untuk merompak kediaman beberapa pemain. Antaranya adalah kediaman milik Lionel Messi. Alberto berkata tidak akan merompak kediaman milik Messi walaupun berpeluang berbuat demikian.

“Saya turut menghentikan beberapa cubaan [perompak lain] untuk pecah masuk rumah Messi. Beberapa [perompak] tampil dengan rancangan mereka kepada saya, tetapi saya juga tidak boleh menghalang kesemuanya.

“Kali ini saya berjaya menghalangnya. Dan saya bangga kerana berbuat demikian.”

Alberto turut mendedahkan mereka turut pernah memupunyai peluang untuk memecah masuk kediaman milik ibu bapa Messi.

“Tidak berapa lama dulu, kira-kira setahun lalu kami ditawarkan untuki merompak [kediaman ibu bapa Mesi. Walaupun ia bukan rumah milik Messi, ia adalah milik ibu bapanya, keluarga Messi.

“Pada ketika itu Messi berada di Paris. Saya pergi melihat keadaan kerana saya sangat mengenai kawasan itu. Dan saya enggan melakukannya kerana sangat menghormati Messi. Saya enggan melakukannya kerana begitu mengambil berat akan Messi.”

Dan seingat Alberto, tidak kurang daripada 100 perompak yang harus mendapat kebenaran dan informasi daripadanya sebelum melakukan jenayah terancang tersebut.

Kerana itulah Alberto mempunyai autoriti untuk membenarkan atau tidak membenarkan sesuatu rompakan untuk dilakukan – terutamanya jika ia membabitkan Messi.

BACA:  Cristiano Ronaldo dan Manchester United Sah Bercerai