Benzema Meradang Dikaitkan Dengan Manchester United Dan Arsenal

Karim Benzema kecewa dengan berita yang mengaitkan dia dengan perpindahan sama ada ke Arsenal atau Manchester United.

Menurutnya khabar angin itu sangat tidak berasas sama sekali.

Benzema dilaporkan tidak gembira di Al Ittihad dan mahu kembali semula ke kancah bola sepak Eropah. Benzema sudah beberapa kali terlibat kontroversi ketika berada di Arab Saudi.

Terbaru dia dikatakan koyak selepas kalah 2-5 di tangan kelab yang diwakili rakan baiknya Cristiano Ronaldo iaitu Al Nassr. Dia tiba tiba menghilang dan memencilkan dirinya.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu menyertai Al Itihad pada tahun lalu dari Real Madrid. Dan dia ada kontrak selama 3 tahun di kelab itu.

Dia disambut ibarat seorang putera raja ketika tiba. Lebih lebih lagi dia merupakan pemenangn Ballon d’Or.

Benzema menikmati gaji £172 juta semusim tanpa sebarang cukai. Diberikan akses kepada banyak kemudahan bangsawan serta bonus yang sangat banyak.

Dan kini beberapa laporan dari Arab Saudi dan Perancis menyebut pemain itu sudah tak tahan lagi dengan Liga Pro Saudi, lalu mahu angkat kaki.

Benzema kekal tenang ketika dikaitkan dengan kepulangan semula ke Real Madrid. Kelab yang menjadi pasukan utama beliau di sepanjang kariernya.

Kemudian satu lagi bekas kelabnya, Lyon juga memantau situasi Benzema. Dan sedia untuk mendapatkan pemain itu walaupun berita ini nampak tidak logik. Lyon mana ada duit yang banyak nak bayar gaji Benzema.

Benzema beberapa minggu lalu meninggalkan Al Ittihad secara mengejut tanpa pengetahuan kelab. Dan dia gagal melapor diri untuk latihan pertengahan musim sempena rehat Piala Asia.

Benzema dikatakan telah terperangkap di Mauritius ketika bercuti bersama keluarganya. Pemain itu telah dilaporkan meminta perpindahan secara pinjaman buat sementara waktu untuk dia memulihkan keseronokannya bermain.

Benzema kemudian mulai dikaitkan dengan Manchester United dan Arsenal. Mendengar berita inilah Benzema terus baran dan mengutuk mereka yang menulis tentang berita itu.

Manchester United benar benar terdesak mahukan penyerang no.9 yang baharu untuk menjadi mesin gol mereka. Arsenal juga sama, mereka dikaitkan dengan beberapa penyerang lain termasuk Ivan Toney.

Penyerang legenda Karim Benzema dianggap calon terbaik jika pemain itu benar benar mahu berpindah semula ke Eropah. Terutama sekali pengalaman Benzema dalam pentas Liga Juara Juara Eropah.

Tidak selesalah si Benzema dikaitkan dengan kelab kelab itu. Lalu dia mengutuk media Perancis terutama sekali L’Equipe yang dianggapnya sebagai tidak berkaliber dan dah tak ada idea lagi nak buat apa.

Jika dahulu media Perancis sangat disegani sehingga mampu mewujudkan anugerah Ballon d’Or. Sekarang ini lebih kepada mengejar berita sensasi semata mata.

Lalu Benzema berkata: “Ini betul betul berita tak betul sama sekali. Media Perancis ni dah tahu apa benda yang mereka boleh buat. Jadi lebih besar cerita lebih baik.

Benzema dikatakan sedia kembali semula ke Al Ittihad. Dia sekata ini sudah menjaringkan 9 gol dan 5 assist dalam 15 penampilannya bersama kelab gergasi Arab Saudi itu.

Namun mereka jauh di belakang dalam persaingan merebut kejuaraan. Al Hilal ketika ini di puncak liga di atas Al Nassr yang diwakili Cristiano Ronaldo.

Al Hilal 25 mata di atas Al Ittihad. Jadi Benzema benar benar tidak berdaya untuk membantu pasukannya dalam usaha merebut kejuaraan.

Bagaimanapun Benzema kekal fokus untuk Al Ittihad pada musim ini. Dia sedia berjuang bersama sama dengan pasukan baharunya itu.

BACA:  Peminat Pertikai Keputusan VAR Yang Menilai 'Handball' Messi Dan Benzema