Karim Benzema Tidak Puas Hati Dengan Kemenangan Messi

Benzema Ballon d'Or

Karim Benzema terus meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas Lionel Messi telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah FIFA Best selaku pemain bola sepak terbaik dunia pilihan FIFA.

Kejayaan Lionel Messi ini hadir selepas beberapa bulan pemain sensasi itu membawa Argentina menjulang Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar dengan menewaskan Perancis di perlawanan akhir.

Semasa menerima anugerah FIFA Best itu, Messi, yang mengetepikan Kylian Mbappe dan Benzema untuk anugerah individu berprestij itu, berkata:

“Ia menakjubkan. Ia satu penghormatan untuk saya berada di sini malam ini dan memenangi anugerah ini.”

“Tanpa rakan sepasukan saya tidak akan berada di sini. Ia adalah tahun yang menakjubkan dan saya mencapai impian yang saya harapkan selama ini dan akhirnya, saya berjaya mencapainya.”

Karim Benzema turut dicalonkan untuk anugerah itu, tetapi Lionel Messi merangkul hadiah itu selepas menerima 52 mata undian berbanding 32 mata superstar Real Madrid itu.

Pemain berusia 35 tahun itu tidak menghadiri majlis itu tetapi memberi reaksi kepada kemenangnan Messi dengan menyiarkan satu video di media sosialnya.

Dia memuat naik video ke cerita Instagramnya yang memaparkan seorang lelaki mengatakan:

“Pembohong, ya, pembohong.”

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu turut memasukkan kapsyen di bawah video yang diterjemahkan kepada:

“Selamat malam.”

Dan dia meneruskan kemarahannya kerana tidak memenangi anugerah Terbaik FIFA dengan berkongsi satu lagi catatan di media sosial.

Benzema berkongsi siaran di kisah Instagramnya, mempamerkan pencapaiannya dari Ogos lalu sehingga tamat tempoh pencalonan FIFA untuk anugerah Terbaik bersama kelab dan pasukan kebangsaan sebelum sekali lagi mengucapkan selamat malam.

“Pencapaian Benzema dari Ogos sehingga tamat tempoh pencalonan anugerah FIFA Best bersama kelab dan pasukan kebangsaan, 63 gol dan 21 bantuan gol.”

Selain itu pencapaian peribadi dan berpasukan diraih Karim Benzema juga telah disenaraikan di mana pencapaian ini telah melayakkannya memenangi Ballon d’Or.

– Juara Liga Negara-Negara Eropah
– Juara Liga Juara UEFA
– Juara La Liga
– Juara Super Sepanyol Juara Super Eropah
– Piala Dunia Kelab
– Penjaring terbanyak Liga Juara-Juara UEFA
– Penjaring terbanyak La Liga
– Penjaring Kejohanan Super Sepanyol
– Pencipta gol terbaik dalam La Liga
– Pencipta gol terbaik dalam Liga Juara-Juara
– Ballon D’or
– Pemain terbaik di Eropah
– MVP Liga Juara-Juara UEFA
– Pemain terbaik dalam La Liga
– Anugerah Di Stefano untuk Pemain Terbaik LaLiga diundi peminat

Secara keseluruhannya, Benzema sangat cemerlang sepanjang musim lepas namun tidak beraksi di Piala Dunia kerana kecederaan dan Lionel Messi biasa-biasa saja di peringkat kelab namun membawa Argentina ke menjadi juara dunia.

Messi dipilih sebagai pemenang disebabkan pencapaian selama sebulan mengatasi pencapaian semusim Benzema? FIFA adalah penganjur anugerah dan Piala Dunia juga adalah kejohanan bola sepak teragung kelolaan FIFA juga.

Entah siapa yang salah. Realitinya pencapaian Messi sukar dilakukan oleh mana-mana pemain bola sepak.

BACA:  Sneijder Dedah Beliau Mampu Sehebat Messi Dan Ronaldo Cuma Tak Nak