Benzema Diserang Bekas Penjaga Gol Israel Hanya Kerana Doakan Keselamatan Penduduk Palestin

Konflik di antara Israel dan Hamas terus mendapat pelbagai reaksi di sosial media. Tidak terkecuali, ia turut mendapat perhatian bintang-bintang bola sepak dunia.

Antara yang lantang menampilkan solidariti kepada penduduk Palestin yang menjadi mangsa pengeboman tentera Israel adalah bekas pemain Real Madrid yang kini bersama Al Ittihad di Saudi Pro League, Karim Benzema.

Untuk menampilkan sokongannya kepada penduduk Palestin yang kini sedang menderita Benzema baru-baru ini memuatnaik satu hantaran di X (dulu dikenali sebagai Twitter).

“Semua doa kami adalah untuk penduduk di Gaza yang sekali jadi menjadi mangsa ketidakadilan kerana menjadi mangsa pengeboman tanpa belas kasihan tanpa mengira wanita atau kana-kanak,” tulis pemain itu.

Hantaran tersebut bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada Dudu Aouate. Aouate adalah bekas penjaga gol skuad kebangsaan Israel.

Tanpa menafikan penduduk Israel turut menjadi mangsa peperangan di antara kedua-dua pihak, Aouate tetap menyuarakan pendapatnya dengan terus menyerang dan memaki Benzema menggunakan lima bahasa.

Melalui satu mesej Aouate menggelar Benzema ‘anak haram’ di dalam Bahasa Sepanyol, Inggeris, Perancis dan Ibrani.

Aouate pernah beraksi di La Liga bersama Racing Santander, Deportivo La Coruna dan Mallorca sebelujm bersara.

Sebelum ini penjaga gol itu turut pernah menyarung jersi kelab Liga Israel Hapoel Haifa dan Maccabi Haifa dan kini menetap di Tel Aviv.

Israel telah membunih ribua penduduk Palestin termasuk kanak-kanak sejak beberapa hari lalu dalam usaha memerangi tentera Hamas.

Tidak semua penduduk Israel bersetuju dengan tindakan rejim Zionis untuk bersengketa dengan Hamas apabila kira-kira 500,000 penduduk mereka berkumpul di Tel Avin dalam satu demonstrasi untuk menyatakan bantahan kepada Benjamin Netanyahu beberapa hari lalu.

Tindakan Aouate terus memaki dan menyerang Benzema di media sosial jelas menunjukkan sisi buruk bekas penjaga gol itu.

BACA:  Karim Benzema Pemenang Ballon d'Or 2022