Benzema Mahu Saman Menteri Perancis Yang Kaitkannya Dengan Kumpulan Pengganas

Karim Benzema kini sedang mempertimbangkan tindakan saman selepas dirinya dikaitkan dengan organisasi pengganas.

Bekas penyerang Real Madrid itu yang menyertai Al Ittihad pada musim panas lalu didakwa oleh Menteri Dalam Negeri Perancis sebagai individu yang amat dikenali dengan organisasi pengganas yang dikenali sebagai The Muslim Brothers.

Kenyataan tersebut tiba selepas Benzema meluahkan pendiriannya mengenai konflik di Tebing Barat.

Benzema yang mempunyai susur-galur dari Algeria adalah seorang muslim dan berkata dia mendoakan rakyat Palestin yang sedang menderita akibat pengeboman tidak peri kemanusiaan rejim Zionis.

“Semua doa kami untuk semua penduduk di Gaza yang sekali lagi menjadi mangsa pengeboman ketiadilan baik wanita dan kanak-kanak,” tulis pemain itu di X.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu kemudiannya menjadi sasaran Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin ketika bercakap di siaran televisyen CNews Channel.

“Encik Benzema sememangnya dikenali dengan perkaitannya dengan Muslim Brotherhood.”

Muslim Brotherhood dikategorikan sebagai organisasi pengganas pada 2021 selepas Austria mengharamkan gerakan kumpulan itu di bawah akta anti-pengganas.

Peraturan tersebut bagaimanapun belum digunapakai di Perancis.

Menurut Le Parisien, peguam Benzema mendedahkan pemain itu kini sedang mempertimbangkan untuk menyaman Darmain kerana mengeluarkan kenyataan yang membawa niat buruk dan manipulasi sebagai seorang pegawai kerajaan susulan kenyataan tersebut.

“Kami sedang mempertimbangkan untuk menfailkan saman terhadap menteri. Sebagai contoh di bawah peraturan kerana kesalahan cuba memanipulasi informasi, dan penghinaan secara umum.

“Ini kerana [Benzema] tiada kaitan langsung dengan Muslim Brotherhood, dan dia [Darmain] mengatakan [Benzema] dikenali kerana perkaitannya dengan organisasi tersebut. Ia jelas merupakan kenyataan yang merupakan fitnah.

Selain Menteri Dalam Negeri, Benzema turut dilaporkan merancang untuk meyaman seorang lagi ahli parlimen Perancis, Nadine Morani yang mengelar Benzema musuh Israel.

“Dengan menulis sedemikian [doakan penduduk Palestin] dia adalah ejen propaganda Hamas kerana Hamas mempunyai bukan sahaja mempunyai strategi untuk memusnahkan Israel secara fizikal, tetapi juga menerusi pendapat umum.

Kenyataan oleh Morano itu tidaklah menghairankan kerana sangat dikenali sebagai seorang ahli politik yang anti-Islam di Perancis.

BACA:  Karim Benzema Pemenang Ballon d'Or 2022