Pemain Nice Diselamatkan Selepas Ancam Terjun Jambatan Selepas Kecewa Putus Cinta

Bola sepak Perancis gempar dengan cubaan membunuuh diri pemain tengah OGS Nice Alexis Beka Beka, sebelum diselamatkan dari tempat kejadian.

Beka Beka dikatakan cuba terjun daripada sebuah jambatan dan terpaksa dipujuk untuk tidak berbuat demikian oleh pasukan penyelamat.

Turut berada di tempat kejadian yang berlaku pada hujung minggu lalu adalah pakar psikologi kelab, bomba dan pasukan penyelamat kecemasan dan tentera yang hadir untuk mengawal keadaan – setelah ia menarik ramai pengguna lalu lintas.

Insiden tersebut dipercayai berlaku selepas pemain berusia 22 tahun itu kecewa kerana putus cinta.

Beka Beka menyertai Nice pada 2022 daripada Lokomotiv Moscow dengan nilai 12 juta Euro. Pemain itu bagaimanapun belum lagi diturunkan beraksi sepanjang saingan Ligue 1 pada musim ini.

Jambatan di mana Beka Beka cuba untuk mengambil nyawanya sendiri dilaporkan berketinggian lebih 100 meter. Dan insiden tersebut telah menyebabkan trafik sesak.

Melalui satu kenyataan media ringkas pada tengah malam Jumaat (waktu Malaysia) Presiden kelab Jean-Pierre Rivere meluahkan kelegaan setelah Beka Beka diselamatkan dan kini berada di bawah jagaan kelab.

“Perkara terutama kami lega semuanya telah berakhir pada hari ini berkenaan Alexis. Dia kini berada di bawah penhagaan kami,” kata orang No.1 Nice itu.

“Kami akan terus menghormati semua rahsia perubatan dan memohon semua pihak untuk turut berbuat demikian. Pihak kelab akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau.”

Nice tetap meneruskan latihan seperti kebiasaan namun pihak media yang ingin mendapatkan liputan berkenaan insiden tersebut diarahkan untuk pulang.

Malah sidang media yang dijadualkan khusus untuk perlawanan pada hujung minggu lalu turut telah dibatalkan.

BACA:  UNL Semi Final: Belgium 2-3 Perancis