UEFA Sahkan Ligue 1 Perancis Jatuh Status, Bukan Lagi Liga Bola Sepak Utama Eropah

Walaupun Ligue 1 masih mampu menarik nama-nama besar bintang bola sepak Eropah seperti Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar sebelum ini, ia masih tidak mampu untuk mengekang pertandingan bola sepak utama di Perancis itu jatuh ranking di dalam senarai terbaru dikeluarkan oleh UEFA.

Beberapa musim lalu sangat jelas satu-satunya misi PSG adalah untuk muncul juara Champions League buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.

Kelab Perisian itu sanggup melabur sehingga memecahkan nilai perpindahan rekod dunia, selain membawa masuk pemain terbaik di planet. Malang sekali impian tersebut tidak pernah menjadi realiti.

Kini PSG sudah kehilangan Messi setelah pemenang Ballon dโ€™or itu enggan melanjutkan kontrak untuk kekal di Parc des Princess dan berhijrah ke Inter Miami.

Usaha menjadikan PSG kelab elit bagaimanapun diteruskan dengan membawa masuk Luis Enrique yang kaya dengan pengalaman di Champions League sebagai pengurus baharu.

Tidak dapat dipastikan sama ada langkah dan perubahan yang dilakukan kali ini akan membuahkan hasil.

Namun kegagalan PSG di pertandingan kelab elit Eropah itu sehak beberapa musim lalu, selain kegagalan kelab-kelab Perancis lain menghadirkan impak di pertandingan Eropah nyata memberi kesan kepada kedudukan ranking Ligue 1 pada hari ini.

Senarai terbaru yang dikeluarkan oleh UEFA menunjukkan Premier League sebagai liga di ranking teratas, diikuti oleg Serie A, Bundesliga dan La Liga.

Pro League Belgium pula kini menggantikan tempat Ligue 1 di kedudukan kelima, dan Liga Eredivisie Belanda pula di kedudukan keenam.

Kualiti Ligue 1 dianggap jatuh merudum kerana hanya menduduki tempat ketujuh setalah beberapa musim berada di dalam kelompok elit โ€“ sebagai top 5 league in Europe.

Musim lalu Ligue 1 hanya mengumpul 12.583 mata. Eredivisie pula mengumpul 13.5 mata.

Kejayaan Man City menjuarai Champions League, selain kejayaan West Ham di UEFA Conference League pada musim lalu turut memacu Premier League tampil sebagai liga terbaik di Eropah dalam senarai ranking kali ini.

BACA:ย  Premier League Lantik Pengadil Wanita Kendali Perlawanan Man Utd-Fulham Hujung Minggu Ini