Pengurus Kelab Serie A Dipecat Selepas Insiden Tanduk Pemain Lawan

Kelab Serie A Leece bertindak memecat pengurus pasukan, Roberto D’Aversa selepas insiden menanduk pemain lawan pada Ahad lalu.

Roberto D’Aversa mengendalikan pasukannya dalam kekalahan 1-0 kepada Verona di tempat sendiri selepas gol tunggal Michael Folorunsho pada minit ke-17 perlawanan.

Keadaan bagaimanapun menjadi panas pada babak akhir perlawanan apabila pemain gantian Verona Thomas Henry terlibat dalam satu insiden dengan Marin Pongracic.

Kedua-duanya sekali lagi bertelingkah selepas tamat perlawanan dan ketika itulah pengurus Leece, D’Aversa terlibat.

Walaupun sepatutnya meleraikan pertelingkahan tersebut, D’Aversa bertindak sebaliknya dengan menanduk Henry.

Henry kemudiannya rebah di atas padang sebelum kembali bangkit untuk bersemuka dengan D’Aversa, memaksa campur tangan rakan sepasukan lain untuk menenangkan keadaan.

Bekas pengurus Sampdoria itu dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana tindakan ganas itu. Pihak kelab kemudiannya mengeluarkan kenyataan mengkritik tingkah laku pengurus mereka itu.

Pada pagi berikutnya Leece melalui satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab kemudiannya mengumumkan pemecatan D’Aversa.

“Terima kasih kepada jurulatih dan pasukannya atas usaha mereka selama ini,” ujar kenyataan ringkas tersebut.

Ditanta mengenai tindakannya itu, D’Aversa berkata pada mulanya dia hanya mahu menenangkan keadaan dan tidak merancang untuk menanduk pemain lawan.

BACA:  AC Milan Tamatkan Kemarau Kejuaraan Dengan Menjuarai Saingan Serie A Musim Ini