Kenapa Serie A Haramkan Jersi Bewarna Hijau?

Kelab Serie A selepas ini tidak akan dibenarkan untuk memakai jersi berwarna hijau bermula daripada kempen liga pada musim 2022-23 ini berikutan, selepas satu penggubahan peraturan dilakukan oleh pengedali liga.

Menurut Football Itali, peraturan ini akan mula digunapakai pada tahun depan selepas menerima keluhan daripada syarikat televisyen yang mengatakan bahawa jersi hijau sangat mirip dengan warna rumput dan menjadi adunan sebati.

Lantaran terjadi adunan warna hijau padang dan warna jersi stesen penyiar bimbang akan potensi terjadinya kekeliruan kepada penonton yang menonton perlawanan di rumah.

Kekeliruan warna ini akan memberi kesukaran kepada penaonton menikmati perlawanan. Entah kenapa lemah sangat stesen televisyen Itali ni tak boleh nak beza pemain bola dengan rumput.

Ini bermakna pasukan Sassuolo berkemungkinan besar akan terpaksa menukar warna tradisional mereka? Memandangkan mereka sering memakai jersi berwarna hijau belang hitam sebagai jersi utama.

Sassuolo bukanlah satu-satunya pasukan yang memakai jersi berwarna hijau. Atalanta pernah mengenakan jersi di tempat lawan yang berwarna kelabu-hijau pokok krismas, manakala Lazio pula mempunyai jersi di tempat lawan yang berwarna hijau neon.

Perubahan peraturan ini bukan sekadar ke atas baju sahaja, malah turut memberi impak kepada warna stokin dan seluar pendek juga di mana jika tiga warna digunakan, satu warna dominan perlu diletakkan di baju, seluar pendek dan juga stokin.

Menurut penerangan dari GOAL, pemain selain penjaga gol sahaja diharamkan memakai jersi berwarna hijau, ini tiada masalah buat penjaga gol.

Tak keliru ke penonton? Kan nampak gawang tanpa penjaga gol pulak.

Menurut laporan GOAL juga, jersi utama (home kit), biasanya diguna untuk perlawanan ditempat sendiri dikecualikan daripada peraturan ini, dengan larangan dikenakan kepada kit kedua (away kit) dan ketiga.

Warna hijau masih dibenarkan digunakan di jersi yang berbelang atau mempunyai 2-3 warna berbeza dengan syarat warna hijau bukan menjadi warna utama.

Peraturan ini diumumkan setahun lebih awal untuk memberi masa kepada pengeluar jersi pasukan dan kelab untuk menukar warna dan corak yang bersesuaian serta memenuhi syarat.

Menurut laporan dari Footy Headlines pula masalah utama dengan warna hijau ini bukanlah kerana penonton akan keliru tetapi bersangkut paut sangat kuat dengan wang dan keuntungan.

Masalah utama dengan warna hijau ini adalah ia akan mengganggu keberkesanan teknologi tindanan maya seperti iklan yang selalu keluar ketika siaran langsung.

Kalau tidak boleh memaksimumkan iklan semasa perlawanan sudah pasti akan menjadi kerugian dan alasan ini lebih masuk akal berbanding penonton keliru.

Namun seperti dilaporkan oleh Athletic dan ESPN, warna hijau diharamkan kerana bimbang penonton akan keliru menyaksikan perlawanan.

BBC pula melaporkan pengharaman warna hijau ini mungkin akan membantu mereka yang mengalami masalah buta warna.

Jersi Home Sassuolo secara tradisinya berwarna hijau dan hitam, tetapi mereka akan dikecualikan daripada larangan kerana ia adalah jersi utama mereka dan hijau bukanlah satu-satunya warna dominan di jersi mereka.

Jersi away dan ketiga wajib untuk mengikut syarat pengharaman warna hijau. Lazio telah memakai kit tempat lawan berwarna hijau limau untuk musim 2020-21, Lazio tidak akan tidak akan dibenarkan menggunakan warna ini pada musim akan datang.

Venezia juga mempunyai hijau dalam lambang mereka dan hijau ialah warna utama dalam kit home mereka, tetapi tidak akan terjejas oleh peraturan ini kerana itu adalah jersi utama mereka begitu juga dengan Avellino.

BACA:Β  Pengurus Kelab Serie A Dipecat Selepas Insiden Tanduk Pemain Lawan