Selepas 2 Hari Dipecat Pengurus Serie A Dilantik Semula Ganti Dirinya Sendiri

Selepas dua hari dipecat pengurus Salernitana, Davide Nicola yang beraksi di Serie A dilantik semula sebagai pengurus bagi menggantikan dirinya sendiri yang telah dipecat.

Inilah satu kisah U-Turn antara yang paling menarik dan terpelik dalam bola sepak rasanya, benda dah jadi share dah banyak, komen pun dah bersepah-sepah nak buat macam mana kan?

Semuanya bermula ahad lalu apabila pasukan bimbingan Davide Nicola itu telah dibelasah 8-2 oleh Atalanta dalam saingan Serie A di mana bekas pemain sayap Everton, Fulham dan Leicester City, Ademola Lookman menjaringkan dua gol.

Kemenangan 8-2 itu merupakan rekod baru dalam sejarah bola sepak Atalanta dan rekod kemenangan terbesar Serie adalah Torino 10-0 Alessandria pada tahun 1948.

Itu merupakan kekalahan kelapan Salernitana musim ini dan meletakkan mereka ditangga ke-16 Serie A dengan 18 mata dengan empat kemenangan dan 6 kali seri.

Salernita kini 9 mata dari zon penyingkiran walaupun menjadi pasukan paling banyak dibolosi dengan 35 gol, semua pasukan di zon penyingkiran gagal meraih dua digit mata.

Dengan kedudukan terkini di carta liga membuatkan ahli lembaga pengarah kelab resah lalu mencari jalan keluar dengan memecat Davide Nicola dari tugasannya pada hari Isnin.

Keputusan yang dibuat mungkin hanya berdasarkan nafsu serakah semata-mata malu dengan kekalahan 8-2 tanpa sebarang perancangan yang jelas siapa yang akan menjadi calon pengganti.

Selepas pemecatan terjadi barulah mereka mencari pengganti Davide Nicola, Salernitana menumpukan perhatian mereka dengan cuba memikat bekas bos Torino dan Genoa dan dilaporkan juga cuba meyakinkan Rafa Benitez untuk kembali ke pengurusan.

Calon utama Roberto D’Aversa dan Leonardo Semplici turut dibincangkan dengan kontrak enam bulan di atas meja. Namun tiada siapa yang berminat dengan jawatan di Salernitana.

Mungkin mereka merasakan Davide Nicola sudah melakukan tugas yang baik dengan pemain yang ada dan tidak mampu untuk melakukan tugas seperti Davide Nicola.

Ahli lembaga Salernitana mungkin sedar selepas itu bahawa Davide Nicola pasti tidak mempunyai kerja selepas dipecat mereka lalu menawarkan jawatan itu semula selepas dua hari.

Dipecat pada Isnin, Davide Nicola kembali pada rabu untuk menggantikan dirinya sendiri. Presiden kelab, Danilo Lervonilo telah berbincang dengan pemain lalu bersetuju melantik David Nicola semula.

Mujurlah Nicola setuju untuk menerima jawatan itu kembali. Pengurus berusia 49 tahun itu menjelaskan situasi pelik dan luar biasa itu di media sosial dan berterima kasih kepada presiden dan pengarah sukan, Morgan De Sanctis.

“Saya akan beritahu anda perkara sebenar. Saya menerima panggilan daripada Presiden Iervolino semalam.”jelas Nicola.

“Dengan kaedahnya yang sentiasa menarik dan mesra, dia menjelaskan kepada saya sebab keputusan peritnya yang terpaksa diambilnya untuk menyerlahkan ketidaksinambungan selepas kekalahan teruk menentang Atalanta di Bergamo.”

“Saya memohon maaf, mengambil tanggungjawab atas persembahan yang tidak mencukupi dan mengakibatkan kekalahan teruk. Saya percaya pada pasukan ini dan anak buahnya dan kelab hebat ini.”

Davide Nicola mahu mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan memalukan menentang Atalanta dan menerima kembali jawatan ini untuk membuktikan mereka boleh mencipta sesuatu.

“Saya sangat menuntut Presiden mempertimbangkan semula keputusannya untuk mengetahui bagaimana menangani jiwa manusia yang mempunyai kepekaan mendalam untuk memahami dan sangat mahu membina bola sepak yang berbeza. Saya suka Salerno dan sangat percaya pada projek ini.”

“Presiden sentiasa memberi kami semangat, keperibadian dan keinginan untuk mencapai sasaran yang mustahil. Dia sangat percaya bahawa apabila lelaki pergi ke arah yang sama, mereka boleh melakukan perkara yang luar biasa.”

“Saya berterima kasih kepada Presiden kerana memanggil saya; Ini bermakna bahawa bola sepak baru dibuat dengan semangat dan hati, dan saya ingin membalas kepercayaannya dengan sepenuh kasih sayang saya. Saya berterima kasih kepada pengarah Morgan De Sanctis untuk pengantaraan. Tanpa beliau, operasi ini tidak akan dapat dilaksanakan. Kami mempunyai minggu kerja keras di hadapan untuk mencapai sasaran kami.”

“Mari kita mulakan semula, bersama-sama dan menceritakan satu lagi sejarah bola sepak yang luar biasa, memberikan peminat Granata semangat dan semangat kekitaan yang sama yang selalu mereka tunjukkan kepada kita. Ini Salerno, ini Salernitana, lebih daripada sekadar kelab bola sepak.”

Nicola Davide merupakan penyelamat Salernitana untuk terus kekal di Serie A apabila dilantik pada Februari 2022 dengan mengutip 18 mata dari 15 perlawanan terakhir. Ketika dilantik Salernitana hanya mengumpul 13 mata sepanjang musim.

Pada musim 2021/22 yang merupakan musim pertama di Serie A, Salernitana berjaya kekal di liga teratas dengan hanya kelebihan satu mata dari zon penyingkiran selepas mengumpul 31 mata.

BACA:  Serie A 2020/21: Udinese 1-2 Juventus