“Keputusan Jadikan Mbappe Kapten Pasukan Buat Saya Sembelit”- Griezmann

Antoine Griezmann menyifatkan pelantikan Kylian Mbappe sebagai kepten skuad kebangsaan Perancis oleh Didier Deschamp dan bukan dirinya membuatkan dirinya sakit perut dan sembelit kerana sukar untuk menghadam keputusan tersebut.

Greizmann sebelum ini dianggap sebagai pilihan utama untuk memakai lilitan kapten Les Blues setelah penjaga gol, Hugo Lloris mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada awal tahun ini.

Keputusan Deschamps memberikan lilitan kepada Mbappe mengejutkan Griezmann dan laporan turut mendedahkan ketidakharmonian turut tercetus di dalam bilik persalinan Perancis.

Malah pada satu ketika Griezmann turut dilaporkan akan bersara daripada bersama Perancis selepas dirinya tidak dipertimbangkan oleh Deschamps sebagai kapten pasukan yang baharu.

Griezmann akhirnya kini bersuara mengenai situasi tersebut dan berkata ia adalah keputusan sukar untuk diterumanya.

Penyerang Atletico Madrid itu akhirnya terpaksa menerima penjelasan dan keputusan Deschamps dengan hati terbuka walaupun mengakui ianya pedih dan membuatkan dirinya sembelit.

“Ia [Mbappe jadi kapten] susah diterima dan amat sukar. Aku sekarang umur dah 32 tahun, dan masih ada kaki untuk berlari [masih mampu bermain],” kata Griezmann kepada Telefoot.

“Sebenarnya aku berhadapan masalah penghadaman dan sembelit selepas dapat keputusan itu selama sehari dua.”

Griezmann tidak diturunkan dalam kemenangan 3-0 Perancis ke atas Gibraltar di pusingan kelayakan Euro 2024 pada minggu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Mbappe turut mencetak nama sebagai penjaring sambil memakai lilitan kapten pasukan.

Bagaimanapun Griezmann kini lebih tenang dan stabil dan enggan menyimpan rasa tidak senang hati terhadap rakan sepasukannya itu.

“Sekarang aku support sepenuhnya belakang Kylian [Mbappe]. Malas aku ubah apa-apa kerana itulah diri ku yang sebenar..

Walaupun tidak beraksi menentang Gibralta, Griezmann dijangka akan kembali ke dalam kesebelasan utama Perancis untuk perlawnaan menentang Greece pada awal pagi esok.

Skuad kendalian Deschamps kini berada di kedudukan teratas Kumpulan B dengan pungutan mata maksimum seelpas menghadapi tiga perlawanan awal.

BACA:  Haaland Dianggap Bukan Pemain Berkelas Dunia Dan Tak Setaraf Dengan Kylian Mbappe