Presiden Brazil Sindir Neymar Selepas Messi Menang Ballon d’Or

Presiden Brazil Lula tanpa berselindung menyindir Neymar selepas Lionel Messi memenangi Ballon d’Or kelapan sepanjang kariernya.

Anugerah tersebut diberikan di dalam satu majlis penuh gemilang di Paris, 10 bulan selepas Messi membantu Argentina menjadi juara Piala Dunia sejak kali terakhir memenangi kejohanan tersebut pada 1986.

Untuk Ballon d’Or kali ini, Messi menewaskan pesaing terdekatnya Erling Haaland dan Kylian Mbappe – yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga senarai anugerah tersebut.

Messi berkata: “Ia adalah perasaan amat hebat untuk menikmati saat sebegini sekali lagi. Apatah selepas memenangi Piala Dunia dan memenuhi impian saya.”

Bintang Inter Miami itu yang menjado pemain pertama di luar Eropah untuk memenangu anugerah tersebut kemudian menambah: “Saya tidak pernah bayangkan telah melalui karier dan memenangi segala-galanya. Saya bertuah kerana beraksi di dalam pasukan antara yang terbaik di dalam sejarah.”

“Setiap Ballon d’Or yang dimenangi adalah istimewa kerana sebab yang berbeza.”

Ballon d’Or adalah anugerah bola sepak individu terulung dunia yang diperkenalkan oleh France Football dan diundi oleh lebih 100 wartawan dari seluruh dunia.

Messi sememangnya dianggap sebagai antara pemain terbaik dunia sepanjang zaman. Selepas memenangi anugerah tersebut, pemain itu mendapat pujian dan tidak kurang juga kritikan.

Tetapi Presiden Brazil menggunakan kejayaan Messi untuk mengkritik pemain mereka sendiri iaitu Neymar. Neymar dianggap sebagai pemain terbaik di Brazil pada generasinya.

“Dia[Messi] adalah pemain yang kini sudah berusia 36 tahun,” kata Lula.

“Dia [Messi] adalah juara dunia dan tahun ini memenangi Ballon d’Or. Dia [Neymar]sepatutnya menjadi inspirasi kepada kanak-kanak yang menonton di kaca televisyen kemudian lesap?”

“Berapa tahun sudah Brazil benar-benar mempunyai seorang idola [bola sepak] seperti dia [Messi]?”

Komen Lula dilihat ramai sebagai sindiran kepada Neymar yang lebih banyak dibayangi kontroversi dan isu kecederaan berbanding pencapaian seperti yang diraih oleh Messi.

Penyerang berusia 31 tahun itu adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil, memintas rekod Pele pada bulan lalu dengan jaringan ke-38 untuk negaranya.

Neymar kemudiannya menambah gol ke-39 dalam perlawanan sama ketika menentang Bolivia.

Dianggap sebagai bakal menjadi bintang baharu Brazil sejak usia mudanya, Neymar pernah meraih kejuaraan Champions League, dua kejuaraan La Liga, lima kejuaraan Ligue 1, dan satu Copa Libertadores.

Pada tahap terbaiknya, Neymar dilihar sebagai pemain yang lincah dan membuatkan ramai penyokong teruja dengan kebolehan teknikal dan skil tinggi yang dipamerkannya.

Namun beberapa perpindahan pemain itu dan selain beberapa siri kecederaan yang dilaluinya bermakna Neymar tidak pernah mencapai potensi sebenar dirinya, dan gagal memenuhi harapan penyokong bola sepak di Brazil.

BACA:  Kelayakan Piala Dunia CONMEBOL: Uruguay 0-2 Brazil