Bekas Penyerang JDT Pastikan Bekas Kelab Neymar Dan Pele Tersingkir Ke Divisyen Dua Brazil

Bekas penyerang JDT, Juan Martin Lucero memastikan Santos tersingkir dari Serie A Brazil buat kali pertama dalam sejarah 111 tahun kelab itu dengan jaringan kemenangan minit akhir untuk Fortaleza.

Juan Martin Lucero menyertai JDT pada 2016. Lucero dianggap penyerang yang unik pernah menyertai JDT.

Hanya 3 gol dalam tempoh 2 bulan pertamanya bersama JDT bukanlah bermakna Lucero penyerang yang tak bagus. Setibanya bulan April, Lucero yang dikenali sebagai El Gato (Si Kucing) bagaikan El Pantera. Di Argentina, beliau mungkin dipanggil si kucing. Tetapi di Malaysia, beliau adalah harimau kumbang. Senyap tetapi berbahaya.

Sukar dinafikan, Chemistry spark beliau dengan Jorge Pereyra Diaz juga punca peningkatan prestasinya.

Walaupun beraksi selama semusim bersama JDT pada 2016, Lucero telah menjaringkan 16 gol dari 22 penampilannya.

Santos adalah bekas kelab di mana Pele pernah beraksi dan turut pernah melahirkan beberapa bintang tekemuka Brazil yang lain seperti Neymar, Ribinho dan penyerang Real Madrid, Rodrygo.

Kelab itu sebelum ini menjadi salah sebuah daripada kelab di Brazil yang tidak pernah tersingkir daripada divisyen utama selain Sao Paulo dan Flamengo.

Namun demikian deretan keputusan buruk terutamanya dalam lima perlawanan terakhir tanpa kemenangan menyebabkan mereka terjatuh ke kedudukan ke-17, iaitu zon penyingkiran dengan 43 mata.

Sebelum itu tiga kelab lain iaitu America Mineiro, Coritiba dan Goias turut sah akan beraksi di Serie B Brazil pada musim hadapan.

Bahia yang dimiliki City Football Club – konsortium yang turut menaungi Man City dan New York City – memastikan diri mereka kekal di saingan teratas dengan kemenangan 4-1 ke atas Atletico Miniero.

Vasco da Gama turut kekal bersaing di divisyen utama Brazil selepas merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Bragantino di minggu terakhir saingan Serie A.

Santos seperti sudah berjaya mengelakkan diri mereka terjerumus ke zon penyingkiran ketika perlawanan menentang Fortaleza sedang terikat 1-1 dan satu lagi perlawanan di antara Vasco dan Bragantino turut terikat dengan jaringan yang sama.

Walaubagaimanapun jaringan Serginho untuk Vasco pada minit ke-82 dan jaringan kemenangan Lucero untuk Fortaleza pada masa kecederaan bermakna Santos tidak mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri mereka.

Mendiang Pele menjadikan Santos sebagai salah sebuah kelab terkenal di dunia. Era emas kelab itu adalah pada era 1950 an dan 1960 an di mana mereka memenangi 10 kejuaraan wilayah dan enam kejuaraan liga Brazil.

Kelan itu juga menjuarai Copa Libertadores pada 1962 dan 1963, tahun yang sama mereka bergelar juara Intercontinental Cup menjadikan Santos antara kelab paling berpengaruh dari Amerika Selatan pada ketika itu.

BACA:  Video: Lihat Bagaimana Aksi Hulk Dominasi Sepenuhnya Saingan Bola Sepak Brazil Di Usia 35 Tahun