Maksud Di Sebalik Lapan Rekaan Cincin Emas 14 Karat Oleh Adidas Untuk Raikan Ballon d’Or Messi

Untuk meraikan kejayaan Lionel Messi meraih anugerah Ballon d’Or buat kali kelapan, Adidas telah menghadiahkan lapan bentuk cincin 14 karat kepada kapten Argentina itu.

Berikut adalah makna di sebalik kesemua lapan rekaan cincin Lionel Messi:

2009: “El Beso” adalah cincin pertama untuk meraikan kejuaraan Champions League menentang Manchester United di perlawanan akhir apabila Messi mencium lencana Barcelona.

2010: “Apunta Al Cielo” adalah penghargaan terhadap Messi yang mendedikasikan keraiannya kepada mendiang neneknya, Celia. Ketika meraikan jaringan, Messi menunjuk ke arah langit sebagai tanda peringatan dan penghormatan.

2011: “GOAT” adalah cincin untuk memperingati peranan Messi di dalam skuad Barcelona kendalian Pep Guardiola – yang dianggap skuad terbaik di dalam sejarah bola sepak.

2012: “91” adalah simbol musim terbaik yang dilalui oleh Messi. Pada tahun tersebut Messi menjaringkan 91 gol – pencapaian yang sukar diulangi oleh mana-mana pemain selepas ini. Cincin tersebut meraikan kehebatan sentuhan penyudah Messi.

2015: “Champions League Triumph” menghargai kejayaan bergelar juara Eropah pada 2015 yang merupakan kejuaraan keempat kelab Catalan itu di pertandingan tersebut.

2019: “Golden Shoe Excellence” adalah cincin keenam untuk meraikan Anugerah Kasut Emas pada 2019. Pada ketika itu Messi menjadi penerima anugerah Kasut Emas terbanyak dalam sejarah.

2021: “South American Champion” adalah untuk memperingati Messi sebagai penjaring terbanyak Copa Amerika, dan menghargai impak pemain itu di pentas antarabangsa.

2023: “Argentina World Champion” adalah cincin kelapan yang terdiri daripada ukiran tiga bintang, mewakili tiga kejuaraan Piala Dunia yang dimenangi oleh Argentina pada 2022.

BACA:  Bank Pusat Argentina Bercadang Letakkan Messi Di Wang Kertas