Reaksi Alejandro Garnacho Saat Tahu MU Beri Jersi No.7 Kepada Mount

Teka-teki mengenai siapa yang akan diberikan jersi No.7 di Manchester United akhirnya terjawab.

Jersi No.7 Manchester United tidak mempunyai pemilik selama setengah musim setelah Cristiano Ronaldo meninggalkan Man United pada akhir tahun lalu.

Jersi No.7 memang dianggap penting di Old Trafford karena ia dianggap sebagai nombor keramat.

Sepanjang sejarah kelab itu, jersi No.7 di United pernah disarung oleh legenda-legenda terhebat bola sepak dunia seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham, dan Cristiano Ronaldo.

Nombor tersebut juga dianggap sebagai malapetaka bagi pemakai yang belum ditakdirkan untuk mereka.

Michael Owen, Antonio Valencia, Angel Di Maria, Memphis Depay, Alexis Sanchez sehingga Edinson Cavani dianggap sebagai pemain hebat yang pernah menjadi korban angka 7 di United – malapetaka sama seperti ketika dibelasah 7-0.

Beberapa minggu lalu, muncul satu nama yang dianggap layak diberikan jersi keramat itu untuk saingan musim hadapan.

Pemain yang dimaksudkan adalah Alejandro Garnacho.

Wonderkid skuad kebangsaan Argentina itu dianggap layak memakai nombor tersebut setelah membuktikan
kemampuan dirinya sebagai pemain muda meningkat naik pada musim 2022/23 bersama United.

Garnacho jarang mengecewakan saat diturunkan beraksi oleh Erik ten Hag sebagai pemain kesebelasan utama atau pun sebagai pemain gantian.

Musim lalu Garnacho melakukan 32 penampilan dan berjaya menghasilkan 5 gol selain 5 assist untuk United di semua pertandingan.

Sangkaan penyokong United jersi No.7 itu bakal diberikan kepada Garnacho bagaimanapun nyata meleset.

Sebaliknya jersi tersebut diberikan kepada pemain baharu yang dibawa masuk di jendela perpindahan musim panas ini, Mason Mount.

Jersi No.7 sebenarnya bukan angka asing bagi Mount. Ini kerana pemain tengah kreatif berusia 24 tahun itu pernah menyarung jersi dengan angka sama ketika bberaski bersama skuad remaja The Blues.

Ramai menjangkakan keputusan United ini akan menjejaskan Garnacho. Namun menurut beberapa perkongsian, pemain itu sebenarnya tidak mempunyai masalah dengan keputusan pengurusan kelab ini.

Hal itu dapat dilihat apabila pemain berusia 19 tahun itu menyukai hantaran Instagram Manchester United yang memperlihatkan Mount sebagai pemilik baharu jersi No.7 itu.

BACA:  Pochettino: Piala FA Sahaja Tidak Akan Bawa Tottenham Ke Mana-Mana