Alasan Mengapa Dzeko Tidak Mahu Sertai Everton

Edin Dzeko dilaporkan tidak berminat sama sekali untuk berhijrah ke Everton. Faktor cuaca menjadi punca utama keputusan itu dibuat olehnya.

Dzeko berjaya memenangi dua kali gelaran premier league bersama Manchester City ketika kali pertama beliau beraksi di England.

Kini beliau sering dikaitkan bakal kembali untuk beraksi semula di pentas Premier League.

Everton dilaporkan menunjukkan minat mahu mendapatkan khidmat beliau namun bekas pemain Wolfsburg itu terus menolak dakwaan tersebut.

Pengulas BT Sport, Ian Darke telah menceritakan bagaimana bekas rakan sepengulas beliau, Owen Hargreaves bertanyakan tentang kemungkinan untuk Dzeko berhijrah ke Goodison Park.

Dzeko secara terang-terangan menolak untuk menikmati cuaca buruk di England berbanding cuaca cantik di Rome.

“Saya rasa iklim masuk kedalamnya.”

Jelas Darke kepada ESPN FC’s Extra Time, membincangkan mengapa pemain lebih memilih beraksi di Serie A dan La Liga berbanding England.

“Mari saya ceritakan satu kisah kepada semua disini, kami keluar untuk mengulas satu perlawanan di liga Juara-juara yang melibatkan Roma.”

“Saya dan Owen Hargreaves adalah pengulas ketika itu, beliau berpeluang untuk menemu bual Edin Dzeko yang ketika itu beraksi untuk Roma selepas tamat perlawanan dan dia bertanya kepada Dzeko ‘Everton berminat untuk dapatkan kamu, kamu tau tak?'”

“Kamu rasa apa yang akan saya jawab dan putuskan? Kekal di Rome atau pergi ke tempat yang selalu hujan di bandar Merseyside untuk bermain bersama Everton? Tolonglah jangan tanya saya soalan itu sekali lagi.”

Jawapan yang cukup mudah tetapi agak pedas dari Dzeko. Beliau sudah melalui kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca disana ketika lima tahun kariernya disana dan pastinya beliau tidak mahu mengulangi untuk hadapi cuaca buruk begitu lagi.

Kebetulan salah satu aksi terbaik Dzeko sepanjang beraksi di Premier League adalah ketika aksinya menentang Everton di Merseyside dengan beliau menjaringkan dua gol membantu City menang 3-2 pada musim 2013/14.

Dzeko menyertai AS Roma pada musim panas tahun 2016 dengan yuran perpindahan bernilai £11 juta.

BACA:  Chelsea Semakin Hampir Tandatangan Emerson Palmieri, Tetapi Dzeko Masih Lagi Jauh