Chelsea Semakin Hampir Tandatangan Emerson Palmieri, Tetapi Dzeko Masih Lagi Jauh

Chelsea dilihat semakin hampir melengkapkan pembelian pertama mereka bulan ini dengan mendapatkan khidmat bek kiri AS Roma, Emerson Palmieri tetapi hajat Chelsea untuk turut mendapatkan Edin Dzeko mungkin tidak kesampaian.

Sky Itali melaporkan wakil Palmieri telah bersetuju dengan segala terma dan syarat kontrak yang ditawarkan oleh Chelsea, dan pemain berusia 23 tahun ini hanya menunggu lampu hijau dari Roma sahaja untuk berangkat ke Stamford Bridge.

Double swoop !

Laporan tersebut turut menyatakan wakil seorang lagi pemain Roma, Dzeko akan berada di London 24 jam seterusnya bagi membincangkan kontrak Dzeko dengan Chelsea. The Blues dilaporkan terdesak untuk mencari penyerang baru dan bakal meningkatkan tawaran mereka bagi mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Bosnia ini.

Roma dilaporkan meminta £44juta berserta £8.8juta bayaran bonus untuk Chelsea mendapatkan kedua-dua pemain tersebut. Kedua-dua kelab sedang mengadakan perbincangan sama ada untuk menyertakan sekali Michy Batshuayi dalam perjanjian tersebut, yang mana pemain Belgium ini akan dihantar ke Roma secara pinjaman.

Tetapi satu sumber terdekat memberitahu perjanjian Chelsea untuk mendapatkan Dzeko menjadi lebih sukar kerana permintaan gaji yang tinggi. Chelsea masih lagi ragu-ragu untuk berbelanja besar terhadap pemain yang kini sudah menginjak usia 31 tahun.

Emerson Palmieri bagi siapa yang tidak mengikuti perkembangan Serie A

Sumber tersebut turut menambah jika rundingan Dzeko gagal menemui jalan penyelesaian, Chelsea bakal mengalihkan perhatian mereka terhadap pemain West Ham, Marko Arnoutovic.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte terdesak untuk menandatangani seorang penyerang yang mampu bermain sebagai ‘target man’ sebelum tirai perpindahan bulan ini ditutup tidak lama lagi. Selain Arnoutovic dan Dzeko, Chelsea juga menunjukkan peminat terhadap Peter Crouch, Andy Carroll, dan Ashley Barnes.

Sasaran utama Conte sebenarnya adalah Carroll tetapi pemain berasal dari England ini mengalami kecederaan yang memaksanya berehat selama 1 bulan.

Peter Crouch pon nak disapunya

Pengulas sukan Skysports, Guillem Balague turut memberitahu permintaan Chelsea untuk meminjam Fernando Llorente sehingga tamat musim ini telah ditolak Tottenham Hotspurs. Conte pernah cuba mendapatkan Llorente ketika beliau masih di Swansea musim panas lalu, tetapi bekas pemain Juventus ini memilih untuk berpindah ke White Hart Lane.

BACA:  Alasan Mengapa Kulusevski Memilih Memakai Jersi Nombor 44