Kelab Saudi Pro League Al-Nassr dilaporkan amat berminat untuk mendapatkan penjaga gol Liverpool Alisson.
Dan menurut laporan Mail Sport, Al Nassr nyata tidak bertepuk sebelah tangan kerana pada masa yang sama penjaga gol antarabangsa Brazil tersebut dikatakan tertarik dengan tawaran lumayan kelab itu.
Jika perpindahan Alisson ke Al Nassr menjadi kenyataan ini bermakna penjaga gol itu akan menyertai Jordan Henderson, Fabinho, dan Roberto Firmino yang turut meninggalkan Anfield untuk meneruskan karier ke Aran Saudi.
Al Nassr sudah pun mengikat bekas rakan sepasukan Alisson di Liverpool, Sadio Mane selain turut memiliki nama besar seperti Cristiano Ronaldo.
π¨ ππ₯πππππ‘π: Alisson Becker is being targeted by Al-Nassr and the Brazilian would be tempted by a move to Saudi Arabia. πΈπ¦
(Source: @sebnonda) pic.twitter.com/s3z4NYRALh
β Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 15, 2023
Namun kekalahan 2-1 kepada Al Ettifaq yang dikendalikan oleh Steven Gerrard pada Isnin lalu membuatkan Al Nassr kecewa dan mahukan seorang penjaga gol berkelas dunia.
Laporan oleh Footmercato mendedahkan Al Nassr mahu menggantikan penjaga gol sedia ada Nawaf Al-Aqidi dengan penjaga gol berusia 30 tahun itu.
Kehilangan penjaga gol pilihan nombor satu pasti bukan perkhabaran yang dimahukan oleh Jurgen Klopp pada ketika ini.
Jika itu berlaku Liverpool hanya memiliki Caoumhin Kelleher sebagai pengganti dalam skuad sedia ada, namun itu tidak bererti kelab Merseyside itu tidak perlu mencari pengganti lain di pasaran pemain.
Pada ketika ini Klopp sudah pun gagal mendapatkan dua pemain sasaran utama, Moises Caicedo dan Romeo Lavia.
Alisson melakukan 232 penampilan bersama Liverpool sejak tiba di kelab itu dengan nilai Β£65 juta pada 2018 dan dilabel sebagai penjaga gol terbaik dunia pada era ini.
Trend pemain bintang ke Eropah semakin menjadi ikutan pada musim panas ini sejak perpindahan Ronaldo ke Al Nassr pada Januari lalu.
π¨π¨Al-Nassr estΓ‘ negociando con Liverpool para fichar a Alisson Becker.
El jugador dio luz verde y piensa que mudarse a Arabia es una buena opciΓ³n.
Cristiano Ronaldo lo esta volviendo hacer π pic.twitter.com/PH9yUHCr5s
β Jorge El Fantasma π’ (@JorgeGhostyutu) August 15, 2023
Terbaru, Neymar telah melengkapkan perpindahan bernilai Β£78 juta daripada Paris St-Germain untuk menyertai Al Hilal.
Neymar menyertai Al Hilal dengan kontrak dua tahun dan sumber kewangan kelab Arab Saudi itu turut dijana oleh PIF. Neymat dilaporkan menerima Β£130 juta setahun.
Al Hilal sebelum ini turut melakukan bidaan rekod dunia bernilai Β£259 juta untuk mendapatkan Kylian Mbappe daripada PSG. Tawaran tersebut bagaimanapun ditolak oleh pemain itu.
Jendela perpindahan musim panas ini turut menyaksikan nama-nama seperti Karim Benzema dari Real Madrid, NβGolo Kante dari Chelsea, Ruben Neves dari Wolves, Kalidou Koulibaly dari Chelsea, Sergej Milinkovic-Savic dari Lazio and Malcom dari Zenit St Petersburg melengkapkan perpindahan ke Saudi Pro League.
Al Nassr sendiri turut berjaya mengikat pemain pertahanan Alex Telles dari Manchester United dan pemain antarabangsa Croatia Marcelo Brozovic.