Alonso Hampir ‘Musnahkan’ TV Ketika Menonton Undian Liga Juara-Juara

Gara-gara kecewa Chelsea tidak layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini, Marcos Alonso hampir ‘musnahkan’ televisyen miliknya ketika menonton majlis undian peringkat kumpulan minggu lalu.

Chelsea terlepas peluang untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini selepas menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim lalu di tangga ke-5. Dengan berada di kedudukan ke-5, The Blues secara automatik layak beraksi dalam Europa League musim ini, kejohahan yang pernah mereka menangi pada tahun 2013.

Alonso dikenali sebagai pemain pertahanan yang suka naik ke atas menjaringkan gol sehingga pernah ditegur Eden Hazard kerana selalu naik ke atas untuk memburu gol.

Bersama Arsenal, Chelsea akan bergelumang dengan pasukan kurang ternama seluruh Eropah bagi merebut trofi Europa League, sekiranya mereka mampu mara sehingga perlawanan akhir. Seperti semua sedia maklum, juara Europa League akan mara secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, sesuatu yang gagal dilakukan Arsenal musim lepas apabila tewas di tangan Atletico Madrid ketika peringkat separuh akhir.

Dalam undian Europa League yang diadakan selepas undian Liga Juara-Juara Eropah, Chelsea diundi dalam satu kumpulan PAOK Salonika, BATE Borisov dan Vidi. Manakala seteru liga, Manchester United dan Tottenham akan berdepan pasukan ternama seperti Juventus dan Barcelona. Bagai langit dan bumi.

Alonso antara pemain Chelsea yang tercegat menunggu siapakah lawan mereka dalam Europa League musim ini. Namun beliau gagal mengawal emosi apabila melihat pasukan ternama Eropah diundi dalam kumpulan masing-masing sedangkan Chelsea terpaksa ‘menentang’ pasukan bawahan dalam Euroa League.

Alonso tidak boleh menahan perasaan marah ketika menonton undian UCL minggu lalu. Sabar bro, sape suruh noob sangat last season

“Apabila saya menonton undian Liga Juara-Juara Eropah di kaca televisyen, dan melihat pasukan anda tiada dalam undian tersebut, saya rasa macam nak hancurkan tv tu.”

“Saya harap undian ini akan memberikan kami pengajaran untuk bersaing merebut Liga Perdana Inggeris dan layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah. Saya percaya kami berhak dapat lebih dari apa yang kami capai musim lalu dan amat menyedihkan untuk melihat Chelsea tiada dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini.”

Sejak berpindah dari Fiorentina pada tahun 2016, Alonso merupakan nama yang sering berada dalam kesebelasan utama Chelsea. Beliau terkenal kerana kemampuannya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma selain kerap berada dalam kotak penalti untuk memburu gol.

Alonso tidak berminat pulang ke Sepanyol buat masa sekarang.

Alonso telah dikaitkan dengan kepulangan ke Sepanyol pada jendela perpindahan lalu, dimana Barcelona dan Real Madrid dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Akan tetapi, Alonso mendakwa beliau langsung tidak berfikir untuk meninggalkan Chelsea pada ketika ini.

“Pada hari saya bersara dari bola sepak, saya akan kembali ke Sepanyol. Tetapi buat masa sekarang, saya masih mempunyai kontrak selama 3 tahun bersama Chelsea dan saya gembira untuk kekal di sini.”

BACA:  Azpilicueta Dianggap Bukan Pertahanan Yang Bagus Cuma Bernasib Baik Beraksi Bersama Chelsea