Ruben Amorim tidak dapat menahan dirinya daripada mengutuk pasukan Manchester United sebagai pasukan paling dungu dalam sejarah kelab itu.
Manchester United mencatatkan kekalahan kesepuluh musim ini dengan kekalahan 1-3 di tangan Brighton. Pasukan yang tanpa kemenangan dalam 8 perlawanan sebelum tiba di Old Trafford.
Manchester United hanya mencatatkan 1 percubaan tepat ke gawang Brighton iaitu menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bruno Fernandes.
Kekalahan ini membuatkan Manchester United terus terperangkap di kelompok separuh bawahan liga. Amorim yang kacak bergaya berkata: “Bayangkan apakah semua ini untuk peminat Manchester United. Bayangkan apakah semua ini untuk saya. Kita mendapat jurulatih baharu yang kalah lebih banyak daripada jurulatih sebelum ini. Saya pun tahu ada pengetahuan tentang itu.
“Seperti yang saya katakan, saya tidak akan berubah, tidak kira apa pun. Saya tahu kita boleh berjaya, tetapi kita perlu bertahan pada saat ini. Kerana saya tidak naif dan saya tahu bahawa kita perlu bertahan sekarang.
“Kami adalah pasukan yang paling teruk mungkin dalam sejarah Manchester United. Saya tahu anda mahukan tajuk utama, tetapi saya katakan itu kerana kami perlu mengakuinya dan mengubahnya. Ini dia, tajuk utama anda.”
Lantas Amorim menyifatkan pasukan Man United ini sebagai “pasukan paling dungu dalam sejarah Manchester United.”
Amorim bagaimanapun mempertahankan tindakannya untuk terus kekal dengan sistem back 3 dan sistem 3-4-3. Dia meminta semua pihak bersabar dengan penderitaan yang mereka tanggung ketika ini.
Dia langsung tidak memikirkan untuk mengubah corak permainan mereka. Amorim menjawab: “Itu jelas. Dengan saya, itu jelas. Kerana saya tidak akan mengubah cara saya melihat permainan saya sangat jelas mengenainya.
“Pemain akan menderita, saya minta maaf, penyokong akan menderita. Saya mempunyai satu cara untuk melakukan sesuatu, saya tahu ia akan berjaya. Tetapi kita perlu menderita saat-saat ini. Saya fikir ia sangat jelas kepada semua orang apa yang akan kami lakukan.”
🚨 Rúben Amorim: “We’re being the worst team in Man United history and we have to change that”. @BeanymanSports 🎥 pic.twitter.com/XcLPjPg64Y
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 19, 2025
Kapten United, Bruno Fernandes turut tidak berpuas hati dengan kekalahan kali ini.
“Kami ada membincangkan sebelum ini betapa sukarnya kami menang di Old Trafford dengan penyokong, suasana serta stadium yang hebat yang kami ada.”
Fernandes menuntut rakan rakannya segera bangkit kerana mereka tidak boleh lagi terus kalah dalam musim ini.
Manchester United selepas ini akan berdepan denan Rangers dalam saingan UEL. Peluang untuk peminat mereka kembali berkokok memuji pemain pemain mereka sebagai world class.
Manchester United kalah 1-3 di tangan Brighton dalam aksi yang mereka sepatutnya menang. Pada hari mereka memberikan penghormatan terakhir kepada legenda kelab Denis Law.
Namun United ketinggalan seawal minit ke-5 lagi menerusi gol oleh Yankuba Minteh. United sempat menyamakan kedudukan menerusi satu satunya on target mereka dalam 90 minit dalam perlawanan ini, iaitu menerusi penalti oleh Bruno Fernandes pada minit ke-23.
Tetapi hanya 15 minit selepas separuh masa kedua disambung, pemain yang pernah menghasilkan tesis tentang gelecekan, Kouru Mitoma telah mencatatkan gol kedua untuk pasukannya.
Ketika United berusaha untuk bangkit dan menyamakan kedudukan, Onana menghampakan pasukannya sekali lagi dengan kesilapan. Di mana penjaga gol yang pernah menerima Anugerah Penjaga Gol Terbaik Dunia itu termuntah bola mudah yang dilintangkan oleh pemain lawan.
Georginio Rutter pula nampak beriya tak bagi muka dan menyempurnakan gol ketiga United untuk kemenangan 3-1 di dalam tangan mereka. Manchester United bukan sahaja kalah kali kesepuluh namun terus berhutang -5 dalam perbezaan jaringan.