Anak Pemain Legenda Belanda Dikejar Beberapa Kelab Ternama Eropah

Justin Kluivert, anak kepada bekas pemain Barcelona dan Ajax Patrick Kluivert, terus menarik perhatian kelab ternama Eropah selepas menampilkan prestasi yang cemerlang bersama Ajax musim ini walaupun usianya baru menginjak 18 tahun.

Pemain muda ini telah berjaya menjaringkan 6 gol dan mencipta 4 assists dalam saingan Eredivisie musim ini. Justin sedar dirinya semakin menjadi perhatian kelab luar dan mengakui beliau berminat untuk bermain di Liga Perdana Inggeris atau La Liga pada masa hadapan.

Anak kepada Patrick Kluivert. Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. ye dokk

Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Ajax ini. Justin berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan Belanda dan berazam untuk bermain bersama Ajax untuk seketika bagi menimba pengalaman.

“Jika saya menerima tawaran yang bagus, segalanya mungkin berlaku. Saya sangat tertarik untuk bermain di England. Arsenal, Spurs, Chelsea atau Manchester United merupakan kelab yang bagus dan saya melihat diri saya beraksi dengan salah sebuah kelab tersebut pada masa hadapan.”

“Kemana sahaja saya pergi, semua orang mengenali ayah saya. Ayah saya selalu berkata, ‘Pergi ke Barcelona. Saya akan membawa kamu melihat Nou Camp dengan lebih dekat’. ”

“Saya lebih berminat untuk bermain dengan Barcelona berbanding Real Madrid. Barcelona memang ada dalam hati saya, tetapi siapalah saya untuk menolak tawaran Real Madrid ?”

Ada satu lagi seat kosong dalam bas. Berminat ?

Kontrak Justin bersama Ajax bakal tamat pada Jun 2019 dan perbincangan sudah diadakan bersama pihak kelab untuk melanjutkan kontraknya bersama Ajax.

Direktor Bolasepak Ajax, Marc Overmars berkata beliau terpaksa bersaing dengan tawaran lumayan dari kelab luar yang turut berminat untuk mendapatkan Justin. Beliau turut berkata masalah yang sama juga berlaku kepada beberapa pemain muda yang lain.

“Saya sedang mengadakan perbincangan dengan ejen Justin, Mino Raiola dan saya masih berharap kami masih mampu mencapai kata sepakat.”

Ubi-ubi Ajax yang bakal dipetik kelab ternama Eropah tidak lama lagi

“Terdapat banyak minat yang telah ditunjukkan terhadap pemain-pemain remaja Ajax. Antara pemain yang menjadi sasaran adalah Hakim Ziyech, Andre Onana, Matthijs de Ligt, David Neres dan Justin Kluivert.”

“Tahun lepas Ajax telah membuktikan yang kelab ini mampu bersaing dalam Europa League. Kami berharap kelab ini mampu merasai pengalaman yang sama musim ini. Jika kami mampu mengekalkan pemain yang sedia ada, kami mempunyai asas yang kukuh untuk mencipta kejayaan.”

BACA:  Patrice Evra Tiba di London, Bakal Sertai West Ham Sehingga Tamat Musim