Liverpool telah menanggung malu yang tiada penghujungnya. Di mana pasukan yang dianggap pasukan berkelas dunia itu cumalah tampil seperti pasukan kelas pemulihan berdepan dengan Napoli.
Dalam aksi di Stadium Armando Maradona Liverpool melepaskan 3 bolos pada separuh masa pertama. Dan 1 lagi bolos pada separuh masa pertama. Mereka cuma mampu membalas 1 gol nasib pada separuh masa kedua.
Laporan Perlawanan Champions League 2022/23: Napoli 4-1 Liverpool
Saingan Champions League bagi musim 2022/23 berlangsung awal sebulan dari kebiasaan bagi memberi laluan kepada kejohanan bola sepak paling agung, Piala Dunia yang akan berlangsung November ini.
Hari pertama Champions League menyaksikan Erling Haaland terus bermaharajalela dan menepatai jangkaan ramai di pentas Eropah selepas mempamerkan bisanya di England.
Chelsea pula meneruskan langkah sumbang apabila terciduk kepada pasukan Dinamo Zagreb dan lebih parah apabila kekalahan ini menyebabkan Thomas Tuchel terus dipecat.
Juara bertahan, Real Madrid tidak berdepan masalah menumbangkan Celtic dan dua jaringan Kylian Mbappe membantu PSG menewaskan Juventus.
▪️ Thrashed 4-1 by Napoli
▪️Two wins in seven games this season
▪️ Seventh in the leagueIt's been a nightmare start for Liverpool 👻 pic.twitter.com/HpBArkDNwA
— B/R Football (@brfootball) September 7, 2022
Perlawanan yang paling ditunggu sudah pasti perlawanan yang menemukan pasukan Inggeris paling elit bertemu Napoli dalam saingan kumpulan A.
Liverpool diundi berada bersama Ajax, Rangers dan Napoli dan boleh dianggap sebagai laluan mudah untuk mara ke pusingan kalah mati.
Namun sebaliknya terjadi apabila, Liverpool mengalami kemaluan besar apabila telah diaibkan Napoli dengan jaringan 4-1 ketika mereka bermegah dapat beraksi di Champions League.
Liverpool tidak menurunkan pemain termahal mereka, Darwin Nunez yang semakin hari mengukuhkan status sebagai Andy Carol 2.0 dan boleh dianggap seperti bot dalam permainan PUBGM.
Napoli bermula garang apabila hampir saja berada di depan selepas 42 saat perlawanan yang berpunca dari hantaran panjang Giovanni Di Lorenzo yang berjaya membelah pertahanan Liverpool.
Liverpool have lost their opening group stage game for just the second time in their last 13 #UCL campaigns:
▪️ 2019/20 – Napoli (A)
▪️ 2022/23 – Napoli (A)What’s Italian for déjà vu? pic.twitter.com/JlaydosZpH
— William Hill (@WilliamHill) September 7, 2022
Situasi ini memaksa Alisson Becker meluru keluar dan telah terciduk namun percubaan Victor Osimhen menemui tiang. Mujur.
Pada minit keempat Napoli datang lagi melalui gelecekan padu Khvicha Kvaratskhelia dari sebelah kiri dan melakukan cutback mencari Piotr Zielinski.
Percubaan Piotr Zielinski meliar, rupa-rupanya kerana James Milner menghadang dengan menggunakan tangan dan sepakan penalti buat Napoli.
Liverpool bernasib baik kerana Milner hanya dilayangkan kad kuning dan pada pengamatan pengulas perlawanan sepatutnya kad merah.
Mudah buat Piotr Zielinski menewaskan Alisson Becker.
Virgil van Dijk has conceded as many penalties in seven games for Liverpool this season (2) as he did in his previous 164 Premier League and Champions League appearances for the club combined. 😲 pic.twitter.com/R016TJscDZ
— Squawka (@Squawka) September 7, 2022
Pada minit ke-17, Napoli sekali lagi mendapat sepakan penalti bukan kerana membeli pengadil atau VAR tetapi kerana kejahatan Virgil Van Dijk mengasari Victor Osimhen.
Selepas merujuk kepada VAR dan skrin ditepi padang maka sah satu kejahatan dari Van Dijk melayakkannya dilayangkan kad kuning.
Liverpool bernasib baik apabila sepakan Victor Osimhen berjaya diselamatkan oleh Alisson Becker.
Aksi heroic dari Alisson gagal menyamarakkan semangat juang Liverpool yang terus beraksi buruk seperti itik tam ko sampar.
Khvicha Kvaratskhelia's #UCL debut by numbers vs. Liverpool:
57 minutes
7 touches in the opp. box
7 take-ons attempted
4 take-ons completed
4 duels won
3 chances created
3 shots
1 assistKvaradona had them on toast. 🍞 pic.twitter.com/hiswPOiyXT
— Squawka (@Squawka) September 7, 2022
Bekas pemain Fulham, Andre Zambo Anguissa menggandakan kedudukan buat Napoli pada minit ke-31 menyempurnakan hantaran Piotr Zielinski.
Gol kedua Napoli itu terus membuatkan Liverpool hilang punca dan dunia menyaksikan gol ketiga terhasil sebelum tamat separuh masa pertama.
Pertahanan Liverpool terus rabak dan Gomez sekali lagi diayamkan dan hantaran leret Khvicha Kvaratskhelia disudahkan Giovanni Simeone.
Giovanni Simeone masuk pada minit ke-41 menggantikan Victor Osimhen dan menjaringkan gol selepas tiga minit di padang.
Giovanni Simeone's #UCL debut by numbers vs. Liverpool:
49 minutes
14 touches
3 duels won
2 chances created
2 clearances
2 fouls won
2 shots
1 goalDreams do come true. 🥹 pic.twitter.com/ed9CBGgUVG
— Squawka (@Squawka) September 7, 2022
Bersambung babak kedua, Piotr Zielinski tidak menunggu lama dan hanya memerlukan dua minit untuk menjaringkan gol keempat yang merupakan gol kedua peribadi.
Gol terhasil sangat mudah seperti satu sesi latihan di mana hantaran panjang Stanislav Lobotka berjaya menemui Giovanni Simeone yang terus menghantar kepada Piotr Zielinski.
Langsung tiada siapa yang mengawal Piotr Zielinski, bebas sebebas bebasnya, percubaannya berjaya dihadang Alisson Becker namun bola muntah kembali untuk disudahkan sebagai gol keempat.
Kali ini ada tindak balas dari Liverpool, dua minit kemudian, Luis Diaz menjaringkan gol pertama Liverpool dengan satu potongan ke dalam tanpa signal lalu dilepaskan rembatan sedap.
Only two teams have scored 4+ Champions League goals against Jürgen Klopp's Liverpool:
◎ (A) vs. Roma
◉ (A) vs. NapoliThe Italian Job just got a sequel. 🇮🇹 pic.twitter.com/Ou721qjhHi
— Squawka (@Squawka) September 7, 2022
Penjaga gol Napoli, Alex Meret akhirnya tertewas dan gol itu merupakan gol saguhati buat Liverpool untuk dibuat modal berbual.
Selepas memperoleh empat gol, Napoli mengendurkan kegarangan mereka dan tenang sahaja tiadk seperti separuh masa pertama.
Namun itu sudah cukup untuk Napoli mencatatkan kemenangan, di mana Liverpool hanya mampu beracah-acah garang mencari gol namun tumpul dan kurang mengancam.
◉ Napoli 2-1 Dortmund
◉ Napoli 1-0 Liverpool
◉ Napoli 2-0 Liverpool
◉ Napoli 4-1 LiverpoolJürgen Klopp has lost every game he's taken charge of at the Stadio Diego Armando Maradona. 🤌 pic.twitter.com/94uwd9pgm7
— Squawka (@Squawka) September 7, 2022
Ajax mengemudi kumpulan A selepas satu perlawanan apabila menewaskan Rnagers empat gol tanpa balas dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.
Jangkaan Liverpool untuk mara mudah meleset apabila sudah melecet diperlawanan pertama dan impian final di Atatürk Olympic Stadium, Istanbul masih lagi tidak terpadam dengan 5 perlawanan masih berbaki.
Napoli: Meret, Di Lorenzo, Kim, Rrahmani, Olivera, Lobotka, Zambo, Politano, Zielinski, Kvaratskhelia, Osimhen.
Pemain Gantian: Juan Jesus, Mario Rui, Elmas, Lozano, Simeone, Zerbin, Sirigu, Ostigard, Zanoli, Gaetano, Raspadori, Ndombele.
Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, van Dijk, Robertson, Milner, Fabinho, Elliott, Salah, Firmino, Diaz.
Pemain Gantian: Thiago, Adrian, Jota, Tsimikas, Nunez, Arthur, Matip, Bajcetic, Phillips, Davies.
Pengadil: Carlos del Cerro Grande (Sepanyol).
Analisis Aras Tinggi
Berikut adalah 6 sebab kenapa Liverpool kalah 4-1 di tangan Napoli.
1. Gol pertama Napoli
Gol pertama Napoli hadir pada minit ke-5 dengan Milner bermain bola tampar dalam kotak penalti. Piotr Zielinski menyempurnakan penaltinya.
2. Gol kedua Napoli
Napoli mendapat gol kedua menerusi Anguissa. Di mana dia dengan mudah memperkotak katikkan pertahanan Liverpool yang berterusan membuat kelakar 3 pagi.
3. Gol ketiga Napoli
Akibat kekelakaran Liverpool, Osimhen sampai sakit kaki menahan kelakar dan terpaksa dikeluarkan.
Anak Diego Simeone pula menambah derita Liverpool dengan gol ketiga.
4. Gol keempat Napoli
Ketika penyokong Liverpool mahu melihat kebangkitan pasukan mereka. Liverpool tak puas hati buat kelakar separuh masa pertama dan melanjutkan waktu komedi mereka pada awal separuh masa kedua.
Di mana mereka sekali lagi dibuli oleh Napoli untuk gol keempat menerusi Zielinski.
5. Gol saguhati Luis Diaz
Luis Diaz mendapatkan gol saguhati. Tak perlu ulas sangat, tak penting.
6. Penalti kedua Napoli tak masuk
Alasan keenam Liverpool kalah 4-1 adalah satu penalti Napoli tak masuk pada separuh masa pertama. Kalau masuk Liverpool kalah 5-1 kot.
Sekian analisis aras tinggi.