Sepanjang jendela perpindahan kali ini, nama Chelsea sering disebut. Konsortium Todd Boehly-Clearlake mengambil pendekatan berbeza dalam 2 jendela perpindahan pertengahan musim pertamanya. Pada Januari 2023, mereka berbelanja besar dengan membeli 6 pemain, termasuk Enzo Fernandez dan Mykhailo Mudryk dengan kos lebih dari £170 juta. Pada tahun lalu mereka tidak membeli sesiapa kecuali memmanggil pulang Cesare Casadei daripada pinjaman di Leicester City.
Jadi, apakah strategi Chelsea kali ini? Secara keseluruhan ia lebih mirip jendela perpindahan pertengahn tahun lalu. Berikut adalah analisis mengenai perpindahan yang berlaku.
Adakah jendela perpindahan ini berjaya?
Jawapannya hanya akan dapat dinilai pada penghujung musim.
Chelsea lebih fokus melepaskan pemain daripada mengambil pemain baharu. Ia boleh menjadi risiko kerana mereka mungkin kekurangan pilihan jika berlaku kecederaan. Skuad mereka sebelum ini terlalu besar dan jika mereka mengekalkan pemain yang tidak gembira ia boleh menjejaskan moral pasukan.
Sejak awal lagi Chelsea telah mengatakan mereka mahukan pemain sayap dan penyerang tetapi dalam masa yang sama tidak mahu berbelanja besar. Ia kerana tidak banyak pasukan mahu menjual pemain utama mereka.
Mereka pernah bertanya mengenai Alejandro Garnacho di Manchester United tetapi perbincangan tidak seterusnya tidak berlaku. Jika harga dan syarat sesuai Chelsea akan bertindak. Jika tidak, mereka lebih fokus merancang perpindahan pada musim panas nanti.
Chelsea juga membawa pulang Trevoh Chalobah dari pinjaman di Crystal Palace selepas Wesley Fofana dan Benoit Badiashile mengalami kecederaan. Ia adalah satu langkah bijak kerana Chalobah sudah biasa dengan pasukan itu dan tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
2 pemain muda berbakat Mamadou Sarr dan Mathis Amougou (kedua-duanya berusia 19 tahun) juga dibeli untuk jangka masa panjang. Aaron Anselmino, yang dibeli dari Boca Juniors musim panas lalu kini juga menyertai skuad utama selepas dipinjamkan keluar sebelum ini.
Dari segi pemain keluar, selain Casadei, Chelsea tidak berjaya menjual pemainnya. 5 pemain dipinjam keluar dan kelab itu tetap melihatnya sebagai langkah positif. Renato Veiga, Carney Chukwuemeka, Axel Disasi dan Joao Felix menyertai pasukan yang bersaing dalam Liga Juara-Juara manakala Ben Chilwell dipinjamkan ke Crystal Palace. Chelsea berharap kesemua pemain itu akan kembali sebagai pemain lebih baik atau dijual pada nilai tinggi untuk mendapatkan dana bagi membeli pemain baharu.
Selepas banyak perubahan dalam tempoh 3 tahun terakhir, jendela perpindahan yang lebih tenang mungkin bukan lah sesuatu yang buruk untuk Chelsea.
Berapakah jumlah perbelanjaan Chelsea?
Chelsea berjaya mengurus kewangan dengan baik. Mereka memperoleh banyak hasil daripada penjualan Casadei ke Torino (€15 juta) berbanding jumlah yang dibayar kepada Strasbourg untuk membeli Sarr (€14 juta).
Selain itu Chelsea juga meraih sekitar £15 juta daripada yuran pinjaman pemain. Ia cukup untuk menampung kos pembelian Amougou (£12.5 juta). Gaji pemain juga berjaya dikurangkan dan kelab menjangkakan lebih banyak pendapatan apabila klausa jualan semula diaktifkan pada masa depan.
Adakah Chelsea membuat pembelian yang memberi impak besar?
Tidak. Namun dengan membawa pulang Chalobah di bahagian pertahanan adalah satu penambahbaikan berbanding Axel Disasi, yang bergelut sejak menyertai Chelsea pada 2023.
Adakah Chelsea kehilangan pemain penting?
Pengurus Enzo Maresca sebenarnya mahu Casadei dan Veiga kekal tetapi kedua-dua pemain itu mahu lebih banyak peluang bermain. Veiga cukup berguna kerana dia boleh bermain di beberapa posisi termasuk pertahanan tengah, bek kiri dan tengah. Kehilangannya mungkin dirasai apabila Liga Konferensi Eropah bersambung pada bulan Mac dan jadual perlawanan bakal semakin padat.
Apakah kelemahan utama dalam pasukan Chelsea?
Chelsea masih mencari pemain sayap dan penyerang. 2 posisi ini masih menunjukkan kelemahan. Nicolas Jackson kini berada dalam kemarau gol paling lama sejak menyertai kelab itu (8 perlawanan). Mykhailo Mudryk pula digantung kerana gagal dalam ujian doping. Situasi itu menyebabkan pemain muda berusia 19 tahun, Tyrique George terpaksa mengisi kekosongan itu.
Kecederaan Romeo Lavia menyebabkan pasukan kekurangan pilihan di bahagian tengah. Mereka kini bergantung kepada Moises Caicedo untuk kekal cergas. Di posisi penjaga gol, Robert Sanchez dan Filip Jorgensen masih belum meyakinkan penyokong dan Chelsea telah menandatangani penjaga gol muda berbakat, Mike Penders (19 tahun) dari Genk yang akan menyertai kelab pada musim panas nanti.
Adakah Chelsea cukup kuat untuk mencapai sasarannya pada musim ini?
Chelsea kehilangan beberapa pemain, jadi secara teknikalnya skuadnya kini menjadi kecil. Namun, ini ia juga bermaksud Maresca tidak perlu lagi menguruskan terlalu ramai pemain yang tidak berpuas hati dan ia boleh memudahkan tugasnya.
Chelsea banyak bergantung kepada Cole Palmer namun pemain itu sudah membuktikan dirinya mampu dalam tempoh 18 bulan terakhir. Selagi dia terus beraksi cemerlang, Chelsea masih boleh yakin untuk layak ke Liga Juara-Juara dan mencabar trofi Piala FA atau Liga Konferensi Eropah.
Adakah Chelsea mempunyai wang untuk berbelanja pada musim panas nanti?
Ya. Jika Chelsea layak ke Liga Juara-Juara, mereka akan mendapat wang tambahan. Namun, Chelsea juga menggunakan strategi menjual pemain untuk meraih dana dan cara ini dijangka berterusan pada jendela perpindahan seterusnya.
Apakah keutamaan utama mereka pada musim panas nanti?
Chelsea akan terus mencari pemain sayap dan penyerang baharu.