Kylian Mbappe dilaporkan berminat untuk memakai jersi bernombor 5 andai beliau ditandatangani oleh Real Madrid kerana mahu menyambung legasi idolanya, Zinedine Zidane.
Madrid baru-baru ini telah menghantar bidaan bernilai £137 juta untuk Kylian Mbappe kepada Paris Saint Germain, namun bidaan mereka telah ditolak.
Ia sememangnya sudah menjadi impian untuk pemain berusia 22 tahun itu bermain bersama Real Madrid dan beliau sangat mahu impiannya menjadi kenyataan.
Florentino Perez'in süperstar transferleri
⏳Kylian Mbappe
115M€ Hazard
101M€ Bale
94M€ Cristiano
77M€ Zidane
67M€ Kaka
60M€ Figo
45M€ Ronaldo
37M€ Beckham
35M€ Modric
35M€ Benzema
35M€ Robben pic.twitter.com/FkX55lppcz— Spor Türkiye (@sporturkiyetv) August 24, 2021
Menurut sumber laporan dari AS, beliau bahkan sanggup memakai nombor pelik andai ditandatangani oleh Real Madrid dan beliau juga sememangnya mahukan nombor tersebut.
Idola dan juga rakan senegaranya, Zinedine Zidane pernah memakai nombor tersebut di Santiago Bernabeu dan kerana itulah Mbappe berbesar hati untuk menerima nombor tersebut.
🚨🇫🇷 Mbappé is open to wearing #5 for Real Madrid, the number of his idol Zidane. But nothing is decided yet. @diarioas
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) August 26, 2021
Nombor lima di Santiago Bernabeu ketika ini tiada pemilik, selepas Raphael Varane yang dulu memakai nombor tersebut telah meninggalkan kelab untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini.
Mbappe ketika ini memakai jersi bernombor tujuh bersama Paris Saint Germain dan nombor itu dipakai oleh Hazard di Santiago Bernabeu.
Beliau memakai jersi bernombor 10 bersama skuad kebangsaan Perancis, dan nombor itu pula sudah dimiliki oleh legenda kelab, Luka Modric.
Madrid dijangka akan menghantar satu lagi bidaan rasmi untuk mendapatkan khidmat Kylian Mbappe, dengan pemain muda itu hanya mempunyai baki satu tahun sahaja dalam kontraknya.
Confirmed. Real Madrid made a new official bid to Paris Saint-Germain for Kylian Mbappé. €170m guaranteed + €10m add ons. ⚪️🚨 #RealMadrid #Mbappé
Real Madrid sources feeling is that it will be the final bid. Mbappé only wants Real Madrid, now or next summer. pic.twitter.com/xRhVUsYDlt
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 26, 2021
Sporting director PSG, Leonardo menjelaskan tentang rumours berkait Mbappe dan menyatakan yang kelab tidak akan melepaskan pemain mereka dengan yuran perpindahan yang rendah atau dilepaskan secara percuma.
Beliau mendedahkan kepada RMC bahawa:
“Kylian Mbappe mahu pergi, itu sepertinya sudah jelas. Jika Real Madrid membuat tawaran, itu juga sudah jelas… Saya diberi kedudukan, yang mana saya rasa jelas untuk semua orang.”
“Kita tak boleh, seminggu sebelum jendela perpindahan ditutup untuk tukar perancangan kita. Jika dia mahu pergi, kita tak akan halang dia, tapi mesti dengan syarat kita.”
PSG president Nasser Al Khelaifi to BeIN Sports on Kylian Mbappé deal with Real Madrid: “I've been very clear, we've been very clear. The club's stance is clear. We will NOT change it or repeat it”. 🚨🇫🇷 #PSG #Mbappé pic.twitter.com/26qLll7jBc
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 26, 2021
“Kita tidak merancang untuk berunding dengan Madrid lagi. Tarikh tutup adalah pada tengah malam 31 Ogos. Itulah bagaimana jendela perpindahan berjalan, bagi kami, ia sangat jelas. Kita akan kekalkan dia dan kita akan tambah kontrak dia.”
“Tapi kita tidak akan benarkan seseorang untuk meninggalkan kelab dengan yuran yang rendah dari yang kita bayar untuk dapatkan dia, dan ketika ini kita masih berhutang dengan Monaco.”
“Kita tidak membuat apa-apa persiapan di pasaran pemain pada ketika ini. Dia masih ada baki setahun dalam kontraknya, kita mahu tawarkan lanjutan kontrak pada dia.”
“Kita tidak pernah terfikir plan A ke plan B ke. Kita sudah cipta atmosphere positif di sini. Kita tak akan benarkan sesiapa ubah itu.”
This weekend:
▪️ Mbappe could join Real Madrid
▪️ Ronaldo could join Man City
▪️ Messi could make his PSG debut— B/R Football (@brfootball) August 26, 2021
Walau bagaimanapun, andai PSG berkeras untuk tidak melepaskan Mbappe dan menolak tawaran mega dari Madrid untuk pemain mereka, maka mereka harus bersedia untuk kehilangan pemain Perancis itu secara percuma tahun hadapan.
Ia tidak mustahil untuk berlaku memandangkan Mbappe sendiri berkeras untuk pergi, maka beliau mungkin tidak akan tandatangani lanjutan kontrak dari kelab, dan boleh terus pergi secara ejen bebas sahaja tahun hadapan.
Sumber: SB