Andriy Shevchenko Dedah Dia Hampir Ditembak Oleh Drone Rusia

Pemain bola sepak legenda Ukraine, Andriy Shevchenko telah mendedahkan bahawa dia hampir ditembak oleh drone kepunyaan Rusia dalam serangan ke atas Ukraine.

Andriy Shevchenko yang merupakan bekas pengurus pasukan kebangsaan Ukraine kini berada di Doha kerana dia adalah salah seorang tetamu yang telah dijemput FIFA untuk Piala Dunia 2022.

Bekas pemenang Ballon d’Or itu akan hadir di Stadium Lusail pada hari Ahad ketika Perancis dan Argentina bertarung untuk merebut trofi kejuaraan Piala Dunia 2022.

Semasa bercakap kepada Sky Sports mengenai perang di tanah airnya Ukraine, Shevchenko mendedahkan bahawa dia hampir diserang oleh serangan Rusia pada akhir bulan lalu.

Dia berkata:

“Ya, saya sangat rapat dengan seorang.

“Kira-kira 2OOO meter dari tempat serangan. Salah satu penjana pusat elektrik (telah ditembak) seperti yang kita semua tahu Rusia cuba untuk memusnahkan infrastruktur kritikal. Kesan (daripada letupan) sangat kuat.”

Shevchenko menambah:

“Apabila saya berpindah ke zon perang, saya tahu ini boleh berlaku.”

“Ia adalah perasaan yang luar biasa apabila anda pergi ke sana. Rakyat sangat menderita tetapi mereka sangat bersatu. Kami tahu apa yang perlu kami lakukan.

“Kami tahu bagaimana untuk bertahan, kami tahu kami perlu bersatu bersama.”

Walaupun berada di Doha, Shevchenko masih menganjurkan pertemuan dengan ahli politik berpengaruh dari seluruh dunia untuk berkempen untuk mendapatkan lebih banyak sokongan untuk Ukraine selepas pencerobohan oleh Rusia.

Untuk perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Argentina dan Perancis menyatakan Lionel Messi layak untuk menang bagi menamatkan satu kisah dongeng yang indah.

Dia berkata:

“Messi salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman bersama Diego Maradona dan Pele. Pemain seperti dia layak memenangi Piala Dunia.”

“Ia akan menjadi cerita yang hebat – bukan sahaja apa yang dia telah lakukan dalam kariernya tetapi bagaimana dia bermain sekarang.”

“Dia seorang pemimpin mutlak, bermain permainan yang hebat, menjaringkan gol yang baik dan membuat hantaran untuk rakan-rakannya.”

“Dia adalah seorang pemimpin dan kapten sebenar.”

Legenda bola sepak Ukraine itu memulakan karier bersama Dynamo Kyiv di usia 18 tahun pada 1994 sebelum menyertai AC Milan pada tahun 1999, aksinya bersama AC Milan meletakan beliau sebagai antara penyerang berbisa di Eropah ketika itu.

Ketajaman Andriy Shevchenko menarik minat pasukan kapitalis Chelsea untuk membelinya. Pada tahun 2006 Shevchenko menyertai Chelsea, ketumpulan dan kehambaran serta kemerosotan dialami oleh beliau.

Kemudian Shevchenko kembali ke AC Milan sebagai pemain pinjaman tetapi ketumpulan beliau tidak mampu lagi untuk ditajamkan. Pada 2009 beliau berhijrah ke Dynamo Kyiv dan menamatkan kariernya di sana pada 2012. Dah macam kisah Torres pulak.

Pada Februari 2016, Shevchenko menjadi penolong jurulatih Ukraine kepada Mykhaylo Fomenko yang digugurkan selepas Ukraine gagal melepasi peringkat kumpulan EURO 2016.

Shevchenko dilantik sebagai pengganti dan cemerlang di EURO 2022 apabila membawak Ukraine ke suku akhir buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Ukraine dan Shevchenko meletakkan jawatan selepas tamat EURO 2020.

BACA:  Shevchenko Anggap England Langsung Tak Menakutkan