*Artikel ini telah diterbitkan pada 17 Ogos 2023, bagi yang sudah membacanya sila abaikan
Taktikal adalah fesyen. Pada masa-masa tertentu akan ada fesyen popular dan diikuti oleh ramai orang.
Taktikal paling terkenal pada musim lepas adalah; pemain bek-sisi akan bergerak masuk ke bahagian-tengah padang ketika pasukan mereka dalam fasa menyerang. Manchester City, Liverpool, Arsenal dan Brighton antara pasukan menggunakan taktikal ini.
Namun Tottenham Hotspur tidak menggunakannya. Malah Spurs tidak mempunyai bek-sisi kerana Antonio Conte penggemar sistem pertahan-bertiga. Formasinya adalah 3-4-3 yang kebiasannya bertukar ke bentuk 5-4-1 dan kadang-kadang menjadi 3-5-2.
Pada musim ini Spurs telah berubah. Dalam perlawanan kompetitif pertama Ange Postecoglou yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, Spurs kembali menggunakan bek-sisi dan mereka menggunakan taktikal itu. Kedua-dua bek-sisinya sentiasa bergerak masuk ke bahagian-tengah.
Selepas perlawanan ketua jurulatih Brentford, Thomas Frank berkata gaya permainan itu tidaklah mengejutkan. Dalam kebanyakkan perlawanan, jika pasukan tersebut berjaya menguasai permainan, mereka akan bermain dengan cara ini.
Emerson Royal (bek-kanan) dan Destiny Udogie (bek-kiri) sering bergilir untuk bergerak masuk ke bahagian-tengah atas dan bawah.
Sebenarnya Spurs telah menggunakan taktikal ini dalam perlawanan persahabatan terakhirnya menentang Shakhtar Donetsk dan seterusnya dibawa ke perlawanan pertama liga.
Emerson dan Udogie akan bergerak ke bahagian-tengah untuk berada disisi Yves Bissouma dan membentuk 2-3-5 ketika menyerang. Brentford pula berada dalam bentuk 5-3-2 ketika diserang. Bissouma merupakan single pivot Spurs.
Spurs berdepan dengan garisan-rendah Brentford dan pada detik ini Bissouma berada dikawasan lebih-tinggi dan James Maddison berada dibawahnya. Pemain-tengah sebelah-kanan, Oliver Skipp kerap berlegar ke kawasan sisi padang.
Ini mungkin salah satu perlawanan paling sukar Spurs pada musim ini. Mereka sukar untuk melaksana gaya permainan baharunya. Brentford terkenal sebagai sebuah pasukan yang sukar dilawan oleh pasukan yang mahu menguasai permainan di kawasan final third.
Defensif Brentford cukup kukuh dan kompak untuk menutup semua ruang di kawasan-tengah. Walaupun tanpa Ivan Toney, serangan balas Brentford dari blok tengah atau rendah masih cemerlang.
Brentford akan menggunakan sistem 3-5-2 untuk menentang lawan yang mempunyai penguasaan bola dikawasan mereka.
Dengan sistem 3-5-2, Brentford boleh memadatkan kawasan-tengah dan kawasan-bawah mereka. Dua penyerangnya sentiasa bersedia untuk melakukan larian jika serangan balas berjaya dicipta.
Pada musim 2021-22, Brentford merupakan pasukan kedua paling banyak mendapat mata ketika bertemu dengan 6 pasukan besar Liga Perdana – Nombor satu adalah Brighton.
Sekarang Spurs berada dibawah bimbingan Postecoglou dan jurulatih ini telah menurunkan pasukan paling muda sejak tahun 2020.
Walaupun dengan menggunakan kumpulan pemain muda, mereka telah menyempurnakan hantaran di final third terbanyak sejak musim 2020-21.
Emerson mencatat hantaran kedua paling banyak (106) dan Udogie berada di tempat keempat (67). Kadar hantaran berjaya dari kedua-dua pemain ini adalah 90%+.
Walaupun Spurs tidak hebat dalam serangan tetapi mereka masih bagus. Mereka cuma gagal mencipta peluang besar dalam permainan terbuka tetapi telah meletakkan asas taktikal dalam permainannya.
“Kami mengawal permainan dengan baik tetapi kami hanya kekurangan ancaman di final third, kurang kreativiti,” kata Postecoglou selepas itu.
“Ia boleh difahami apabila terdapat empat pemain yang membuat penampilan sulung untuk kelab, kami telah mengubah cara kami bermain, pemain menerima banyak maklumat pada masa ini.”
Bagaimana Spurs menyerang dengan 2-3-5
Berikut adalah satu contoh. Udogie melakukan hantaran-pendek kepada Davinson Sanchez. Sanchez dan Maddison bertukar hantaran, kemudian bek-tengah melepasi sisi kepada Royal.
Brentford bertindakbalas dengan menyempitkan bahagian-tengah (3 pemain) dan bahagian-hadapan (2 pemain).
Royal menerima bola, menggerakkan badannya dan menghantar bola kepada sayap-kanan, Dejan Kulusevski.
Kulusevski berada di kawasan atas dan sisi padang. Emerson memecah masuk ke dalam kotak penalti untuk bermain 1-2 bersama Kulusevski.
Emerson hanya mempunyai Ricarlison sebagai pemain sasaran untuk hantaran lintangnya. Son Heung Min sepatutnya berada di bahagian far post tetapi dia tiada disana. Hantaran Royal berakhir dengan bola melepasi kepala Ricarlison dan dikeluarkan.
Pada minggu sebelum liga bermula Spurs telah menjual Harry Kane kepada Bayern Munich. Pada musim lalu dia adalah penyumbang 43% gol Spurs musim lalu. Menyesuaikan diri tanpanya bukanlah satu perkara mudah bagi pasukan ini.
Corak yang sama berlaku pada separuh masa kedua. Tiga pemain-tengah Brentford menanda (marking) Udogie, Bissouma dan Royal. Sanchez melakukan hantaran kepada Kulusevski yang berlari ke sisi padang.
Sementara itu, Royal mengubah laluan dan melarikan diri dari Vitaly Janelt. Kulusevski menyasarkan hantarannya kepada Richarlison dan Royal bertindak sebagai third man run.
Spurs sepatutnya melakukan yang lebih baik tetapi Royal memberikan bola kepada Son berbanding melakukan percubaan. Royal teragak-agak dalam membuat keputusan.
Jaringan penyamaan
Dalam pembinaan jaringan penyamaan Spurs melalui Royal, ia datang dari satu lagi situasi overlapping.
Royal melakukan permainan 1-2 bersama Bissouma di pinggir kotak penalti lawan. Hantaran semula dari Bissouma telah dikeluarkan oleh bek-tengah Brentford, Kristoffer Ajer.
Udogie mendapatkan semula bola dan memberikannya kepada Maddison sebelum Udogie memecut di bahagian belakang lawan. Larian itu mendorong bahagian-tengah Brentford turun lebih kebawah.
Hasil dari situasi itu, Royal mendapat ruang di tepi kotak dan melepaskan satu percubaan yang menghasilkan jaringan penyamaan.
A Royal effort 👑 ⚽️ pic.twitter.com/jUrZvnnrPX
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 13, 2023
Bagaimana Spurs menyerang
Disini merupakan satu contoh yang boleh dilihat, Christian Norgaard menekan Bissouma ketika dia menerima bola dari rakan bek-tengahnya.
Mikkel Damsgaard tidak dapat membantu kerana dia sedang menanda Udogie tetapi dia ditarik oleh James Maddison dan ia membuka ruang kepada Bissouma melakukan hantaran kepada Udogie.
Udogie dengan pantas menghantar bola kepada Son yang bermain di bahagian sisi.
Udogie melakukan overlapping tetapi Brentford juga berjaya memulihkan bentuk bertahan dengan cepat. Brentford mengekang (marking) kedudukan Heung Min.
Contoh kedua,
Terdapat contoh mirip yang berlaku pada babak kedua dan jika Richarlison melakukan penyudah lebih baik, Spurs berpeluang menjaringkan gol pendahuluan. Mungkin juga Spurs boleh menjadi pasukan pemenang.
Bissouma ditekan dan sekali lagi hanya seorang pemain lawan yang menekannya. Bissouma melakukan hantaran kepada Maddison yang melakukan larian dari titik buta Damsgaard.
Maddison seterusnya menghantar bola kepada Ricarlison yang melakukan satu percubaan yang dihalang oleh Mark Flekken.
Lebih penguasaan
Dalam perlawanan ini Spurs mencatat penguasaan bola 68.7% dan ia merupakan angka kedua tertinggi sejak 39 perlawanan liga terakhirnya. Paling tinggi 68.9% ketika mereka menentang Bournemouth.
Shape 2-3-5 dengan kedua-dua bek-sisi berada di samping pivot tunggal (Bissouma) telah membantu Spurs menguasai permainan ketika bertahan. Spurs akan melakukan kombinasi antara pemain bek-sisi yang berada di tengah dengan pemain-sayap.
Royal dan Udogie tidak berfungsi sebagai bek-tengah
Ketika bertahan, Udogie dan Royal kelihatan seperti pemain sayap-bertahan yang bermain di bek-sisi. Kedua-dua pemain ini sepatutnya meletakkan diri mereka sebagai bek-sisi.
Kekeliruan itu memberi kelebihan kepada Brentford yang mengeksploitasi ruang dibelakang mereka.
Dalam contoh pertama, Mathias Jensen melakukan hantaran lintang dan Royal tidak berada dalam laluan bola tepat pada masanya untuk menyekat hantaran lintang itu.
Mujurlah Udogie berada tepat pada masanya untuk menghalang Bryan Mbeumo daripada mendapat melakukan percubaan dari jarak berbahaya.
Namun kedua-dua gol yang dibolosi oleh Spurs berpunca daripada kegagalan pemain bek-sisi mengekang hantaran dari belakang.
Bolos pertama datang dari sepakan penalti selepas bola lintang Henry kepada Mbeumo.
Dalam situasi satu lawan satu, Udogie memberi terlalu banyak masa kepada Mbeubo dan penyerang itu melakukan hantaran kepada Jensen yang berlari di belakang Udogie.
Jensen telah dikasari oleh Heung Min dalam usahanya memulihkan keadaan panik yang telah tercetus.
Bolos kedua tidak terlalu rumit. Pertahanan-berempat Spurs berada dalam shape yang baik, teratur dan tersusun. Brentford mendapat sepakan percuma dari kawasannya sendiri.
Royal berhadapan dengan Henry dan bersedia untuk menyaingi lariannya. Ajer mencari Henry dengan meletakkan bola bola dibahagian belakang Royal.
Sekali lagi Royal tidak cukup pantas untuk melengahkan pergerakan Henry dan gagal menghalang hantaran silang dari pemain itu.
Rumusan
Udogie baru berusia 20 tahun dan ini merupakan musim pertamanya di Liga Perdana sementara itu Royal pula berusia 24 tahun. Royal merupakan pemain simpanan yang jarang digunakan pada musim lalu.
Kedua-duanya masih muda dan mempunyai ruang untuk meningkat dan memahirkan peranan baharu dibawah jurulatih baharu.
Postecoglou telah berkata gaya bola sepaknya direka untuk membawa kejayaan, dalam masa sama dia juga mahu ia menjadi “bola sepak yang menarik dan orang ramai bercakap mengenainya. Ia bukan semata-mata keputusan perlawanan tetapi juga cara anda bermain.”
Sumber: Liam Tharme