Aniq Kasdan Raih Emas Pertama Malaysia Dengan Cipta Rekod Baru Kejohanan

Atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan telah meraih dan menghadirkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan juga telah mencipta rekod baharu kejohanan.

Sukan Komanwel XXII atau nama mudahnya Birmingham 2022 berlangsung di England merupakan acara sukan antarabangsa untuk ahli-ahli negara Komanwel berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos 2022.

Anak kelahiran Johor berusia 20 tahun itu meraih pingat Emas selepas menhimpunkan angkatan sebanyak 249 kilogram untuk berada ditempat pertama bagi kateri 55kg yang berlangsung di dewan NEC.

Angkatan 107kg berjaya dilakukan Aniq Kasdan dalam saingan snatch dan memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam saingan Clean and Jerk angkatan bebanan seberat 142kg.

Keputusan angkat berat kategori 55kg Lelaki:

Emas – Mohamad Aniq Kasdan (Malaysia)
Perak – Sanket Mahadev Sargar (India)
Gangsa – Dilanka Isuru Kumara Yodage (Sri Lanka)

Angkatan kedua Aniq, 20 tahun gagal apabila telah terduduk ketika cuba mengangkat bebanan kerana terlalu cuak dan atas nasihat jurulatih dia kembali tenang.

Mohamad Aniq Kasdan kembali tenang dan fokus lalu berjaya melakukan angkatan ketiga sekaligus menjadi angkatan emas untuk Malaysia.

Kecederaan atlet angkat berat India, Sanket Mahadev Sargar membuka jalan yang cerah buat Aniq Kasdan meraih emas pertama Malaysia.

Disebalik kecederaan bahu Sanket Mahadev Sargar, dia berjaya menghadirkan pingat perak pertama India di Sukan Komanwel.

Sebelum menjadi atlet angkat berat, Aniq Kasdan mula bermain sukan hoki bermula umur 8 tahun lagi sehingga tingkatan 3.

Semuanya bermula ketika dia mengikuti abangnya ke sesi latihan angkat berat dan ditawarkan untuk mencuba sukan angkat berat.

Ibu bapanya setuju untuk Aniq menceburi sukan angkat berat dan Aniq sedar sukar untuknya mendapat tempat dalam sukan hoki kerana susuk tubuhnya yang kecil.

PKP hampir membuatkan Aniq berputus asa kerana berlatih tanpa sebarang kejohanan sehinggakan simen lantai rumah bapanya pecah kerana berlatih.

“Bapa saya cakap simen ni keras takkan pecah tapi pecah jugak, selepas tiga kali simen barulah tak pecah balik.”

Sebelum ini Aniq Kasdan pernah mencipta sejarah apabila menjadi atlet angkat berat Malaysia pertama memenangi pingat dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia.

Dia memenangi pingat perak dalam acara 55 kg lelaki clean & jerk di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 yang diadakan di Tashkent, Uzbekistan.

Malaysia sasar 6 Pingat Emas di Sukan Komanwel 2022

Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu mengumumkan 6 pingat emas menjadi sasaran Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos.

Itu merupakan sasaran baharu dan satu angka yang realistik selepas diambil kira beberapa faktor bersangkut paut dengan atlet negara.

Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia yang merupakan prospek emas menarik diri dari sukan Komanwel kerana mahu fokus kepada kejohanan dunia.

Manakala sasaran emas untuk acara skuasy untuk acara beregu wanita juga terpaksa dilihat semula selepas S. Sivasangari terlibat dalam kemalangan.

Memetik laporan Kosmo YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu menjelaskan:

“Sasaran tujuh pingat emas sebelum ini terpaksa dilihat semula memandangkan atlet Lee Zi Jia yang disasarkan memenangi pingat emas dalam acara Badminton Perseorangan Lelaki telah menarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel kali ini.

“Sementara itu, bintang skuasy negara, S. Sivasangari mengalami kemalangan dan menyebabkan sasaran pingat emas dalam acara beregu wanita terpaksa dikaji semula.”

“Justeru itu, pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) , Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah mengadakan perbincangan sekali lagi bagi melihat semula sasaran yang ditetapkan.”

Chef de Mission (CDM) kontinjen Malaysia kali ini dikepalai, Datuk Shahrul Zaman Yahya di mana seramai 105 atlet dalam 14 jenis sukan termasulah 4 sukan pada akan membawa cabaran Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

BACA:  Aznil Bidin Hadirkan Emas Kedua Malaysia Dengan Pecahkan Rekod Sukan Komanwel