Intan Serah meroyan kerana Kim Pan Gon tidak memasukkan Safawi Rasid ataupun Pawi sebaliknya memasukkan Romel Morales.
Intan Serah ternyata tidak berpuas hati dengan team selection atau pemilihan pemain oleh Kim Pan Gon pada kali ini terutama sekali melibatkan pemain gantian.
Dalam aksi di antara Korea Selatan dan Malaysia semalam, Malaysia ketinggalan 3-2, dan Kim Pan Gon segera memasukkan Romel Morales untuk menjadi penyerang yang segar dari bangku simpanan.
Tindakan Kim Pan Gon itu kurang disenangi Intan Serah. Dan dia menganggap Kim Pan Gon sekali lagi membuat pertukaran bodoh dengan memasukkan Romel Morales dan bukannya Safawi Rasid.
Intan dengan konfiden menunjukkan keahliannya dalam bidang taktikal bola sepak dengan mempersoalkan tindakan Kim Pan Gon. Dia berkata: “Satu lagi pertukaran bangang daripada KPG. Masukannlah Pawi!!”
Tetapi ternyata Kim Pan Gon bukannya bodoh seperti dituduh oleh Intan. Dia sebenarnya berjaya memasukkan Super sub yang menjadi senjata rahsia Malaysia untuk menghampakan Korea Selatan daripada meraih 3 mata.
Mujur Lord De Paula tidak ada dalam senarai skuad. Jika dia dimasukkan pada masa itu, Korea Selatan benar benar dalam masalah untuk membaca gaya permainannya.
Romel Morales kemudian membalas kepercayaan Kim Pan Gon dengan menjaringkan gol penyamaan bersejarah. Untuk membolehkan Malaysia meraih mata pertama mereka dalam Piala Asia sejak 1980.
Dan ianya juga mata pertama Malaysia dalam edisi kali ini. Mengikat Korea Selatan 3-3. Ketika mereka dibarisi pemain seperti Lee Kang In, Son Heung Min dan Kim Min Jae.
Akhirnya Intan mengakui bahawa KPG itu pandai. Dan Romel Morales itu padu nak mampus. Walaupun dia masih mahu melihat Pawi beraksi di atas padang.
Menurut Intan, oleh sebab KPG pandailah dia menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia dan bukannya Intan yang menggalas tugasan itu.
KPG pandai guys. Sebab tu bukan saya yang jadi national coach. Hahah
— Intanserah (@serahsocool) January 25, 2024
Intan kemudian meminta maaf kepada Romel sambil melabel pemain itu padu.
Intan Serah masih lagi mengidamkan aksi Pawi di atas padang. Namun terpaksa akur dengan pemilihan pemain oleh Kim Pan Gon.
Saya masih nak Pawi main 🥲 https://t.co/HoQxnETcu5
— Intanserah (@serahsocool) January 25, 2024
Intan Serah juga menyatakan kepercayaannya kepada kepiminan Kim Pan Gon dengan berkata: “In KPG we trust.”
Woohooooooo in KPG we trust! ✊🏼🇲🇾😭 pic.twitter.com/rZN2YjbmoR
— Intanserah (@serahsocool) January 25, 2024
Netizen menyerang Twitter Intan Serah. Ada yang mengusik Intan bahawa ternyata dia kali ini terkena comeback daripada Kim Pan Gon dan Ramon Morales.
Ada juga menasihati Intan agar lebih menjaga kata katanya di media sosial, kerana dia merupakan pemain kebangsaan. Dia harus lebih profesional.
Tidak kurang yang troll balik Intan Serah yang dianggap terlalu beriya.
Intan Serah merupakan pemain bola sepak wanita kebangsaan yang paling popular ketika ini.
Intan Serah dikenali sebagai Haaland versi wanita oleh peminat setianya kerana dia tinggi lampai dan berlari pantas di atas padang.
Tengok Intan Serah ni main among women footballer ka futsal ka mcm tengok Haaland versi perempuan.
— 𝘿𝙚𝙘𝙡𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙞𝙨 (@jwan_gx34) January 19, 2022
Proud of you, Intan Serah 🔥 Our Malaysian Haaland 🤯 https://t.co/mbx5xdl4qc
— UzairWafy (@WafyUzair) May 10, 2023
Dia juga merupakan atlet futsal kebangsaan. Seringkali menunjukkan skil skil luar biasanya.
Selain daripada berkarier sebagai pemain bola sepak, Intan Serah juga merupakan seorang influencer di media sosial. Dia membuat konten Vlog dan juga gaming.
Intan Serah memiliki ramai pengikut di media sosial.
Malaysia kini akan fokus kepada aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Pengalaman beraksi di Piala Asia kali ini dianggap sangat berguna untuk jangka masa panjang.
Kim Pan Gon sebelum ini berkata, Malaysia harus berada di kejohanan Piala Asia dengan lebih kerap selepas ini. Dan kemudian cuba untuk menembusi slot 16 akhir dalam kejohanan itu.
Kim Pan Gon juga akui bangga dengan semangat juang pasukan Malaysia dalam perlawanan ini.