Anthony Taylor Diharamkan Untuk Mengadili Final Piala Dunia

Pengadil sensasi di Premier League, Anthony Taylor telah diharamkan untuk mengadili final Piala Dunia dan keputusan ini dibuat atas semangat untuk memberikan sebuah perlawanan yang adil.

Lantaran itu pengadil dari Poland, Szymon Marciniak telah dinamakan sebagai pengadil perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di mana Perancis dan Argentina akan membuat perhitungan.

Szymon Marciniak mengetepikan pengadil dari Belanda, Danny Makkelie dan Brazil, Wilton Sampaio lantaran prestasi terbaik ditunjukkan oleh Szymon Marciniak disepanjang kejohanan.

Wilton Sampaio tidak dipilih selepas terlibat dalam kontroversi ketika mengadili perlawanan di antara England Perancis di suku akhir.

Pengadil Liga Perdana Inggeris, Anthony Taylor secara automatik terkeluar apabila Argentina ke final dan namanya juga tidak pernah berada dalam senarai apabila melibatkan perlawanan pasukan Argentina.

The Times melaporkan bahawa pengadil Inggeris telah dihalang daripada mengendalikan perlawanan yang menampilkan Argentina kerana bimbang tentang pertimbangan berat sebelah kerana isu melibatkan Kepulauan Falkland.

Walaubagaimanapun Anthony Taylor masih lagi berada di Qatar manakala pengadil Inggeris yang lain telah selamat dihantar pulang, termasuk Michael Oliver.

Tetapi pengadil yang berasal dari Greater Manchester (korang tau kan kenapa dia mesra pasukan Manchester) tidak diberikan satu lagi perlawanan untuk mengadili atau menjadi pegawai keempat.

Pierluigi Collina, yang merupakan pengadil legenda yang kini menjadi pengerusi pengadil FIFA, dipercayai peminat tegar dengan kemahiran pengurusan permainan yang ada pada Anthony Taylor.

Dia dianggap sebagai pencabar tulen untuk menjadi pengadil final Piala Dunia sehinggalah Argentina menewaskan Croatia. Dia tidak lagi terlibat dalam perlawanan kalah mati di kejohanan itu.

FIFA mementingkan kepentingan berkecuali di kalangan pegawai dan dianggarkan pengadil Argentina juga akan dihalang daripada perlawanan England.

Disepanjang Piala Dunia, Taylor telah bertugas dalam perlawanan Belgium vs Croatia yang seri tanpa jaringan dan kemenangan 3-2 Ghana ke atas Korea Selatan pada pusingan peringkat kumpulan.

Seandainya Taylor bertugas di final Piala Dunia 2022, dia akan menjadi pengadil Inggeris pertama berbuat demikian sejak 2010, apabila Howard Webb mengadili perlawanan Sepanyol vs Belanda.

Tetapi atas dasar permainan adil final menjadi milik Szymon Marciniak yang akan disertai oleh rakan pegawai senegaranya Pawel Sokolnicki dan Tomasz Listkiewicz sebagai penolong pengadil.

Szymon Marciniak yang berusia 41 tahun mencipta sejarah apabila menjadi warganegara Poland pertama yang diberi tugas sebagai pengadil perlawanan akhir Piala Dunia.

Sebelum ini dia juga menjadi pengadil Poland pertama yang merasmikan perlawanan separuh akhir utama Eropah, setelah mengawasi kemenangan Liverpool ke atas Villarreal di Liga Juara-Juara.

Nampaknya perlawanan akhir Piala Dunia bukan sahaja menjadi rebutan antara pemain malahan pengadil juga bersaing dengan memberikan yang terbaik untuk ke final.

Perebutan hak ke atas Wilayah Kepulauan Falkland antara Argentina dan United Kingdom telah mencetuskan peperangan yang dipanggil Perang Falkland yang bermula 19 Mac sehingga 14 Jun 1982.

Peperangan itu juga merupakan tema utama dalam kebudayaan kedua buah negara dan telah menjadi tajuk beberapa buku , wayang, dan lagu serta menjadi isu politik sehingga kini.

Perang ini tercetus kerana Argentina mahu menuntut hak kepada wilayah tersebut didasarkan kepada faktor Geografi yang berjarak hanya 480km dan budaya.

Kedudukan Geografi Falkland – Argentina – England

Argentina menganggap bahawa kepulauan Falkland adalah bekas wilayah Spanyol yang gagal dinasionalisasi pada tahun 1916. Di sisi lain, Inggeris ingin mempertahankan pengaruh kekuasaan di kepulauan Falkland.

Sehingga kini Wilayah Kepulauan Falkland masih lagi menjadi milik Inggeris dan sentimen masih wujud lantaran itulah kenapa Anthony Taylor dan pengadil Inggeris tidak akan mengadili perlawanan melibatkan Argentina.

BACA:  Anthony Taylor Dari Manchester Dipilih Menjadi Pengadil Manchester United vs Liverpool