Anthony Taylor Dari Manchester Dipilih Menjadi Pengadil Manchester United vs Liverpool

Anthony Taylor yang merupakan anak kelahiran Manchester telah dipilih dan dilantik lalu disahkan oleh Premier League akan menjadi pengadil perlawanan panas North-West derby yang menemukan Manchester United dan Liverpool.

Anthony Taylor akan menjadi pegawai rasmi sambil dibantu oleh Gary Beswick dan Lee Bett manakala Mike Dean pula telah dinamakan sebagai pengawai perlawanan keempat.

Sementara itu dua orang lagi pengadil, Stuart Attwell dan Marc Perry akan bertugas selaku Video Assistant Referee (VAR).

Pada tahun 2002 Taylor mula menjadi pengadil di Northern Premier League dan meneruskan aksi pengadilan di National League dan English Football League sebelum mengembangkan kariernya ke peringkat tertinggi.

Anthony Taylor telah memulakan karier pengadilan di Premier League pada tahun 2010 dan tersenarai sebagai pengadil FIFA pada 2013 yang melayakkan beliau mengadili perlawanan Eropah dan antarabangsa.

Selain Premier League, Anthony Taylor pernah mengadili perlawanan Champions League, EURO, League Cup final, dua FA Cup finals dan perlawanan UEFA Super Cup 2020.

Anthony Taylor lahir di Wythenshawe yang berjarak hanya kurang 10 kilometer sahaja dari Old Trafford dan hanya sekali pernah menjadi pengadil perlawanan melibatkan Liverpool musim ini di mana the reds seri 1-1 ketika bertemu Chelsea.

Sepanjang kariernya di Premier League hanya dua kali sahaja Anthony Taylor menjadi pengadil perlawanan antara Liverpool dan juga Manchester United.

Kali terakhir adalah pada musim lalu di mana Liverpool menumpaskan Manchester United 4-2 dan kali pertama adalah pada Oktober 2016 di mana kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan di Anfield.

Secara keseluruhannya, Anthony Taylor telah mengadili perlawanan Liverpool sebanyak 43 kali di mana Liverpool mencatatkan kemenangan 25 kali seri 10 dan tewas 8 kali.

Anthony Taylor turut mendapat pujian meluas pada musim panas ini kerana reaksi tenangnya selepas Christian Eriksen jatuh tidak sedarkan diri dalam perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020 antara Denmark dan Finland yang diadilinya.

Taylor menghentikan permainan dengan pantas dan terus memanggil pasukan perubatan ke padang dan Eriksen berjaya diberi rawatan segera selepas terkena serangan jantung.

Lantaran tempat kelahiran Anthony Taylor adalah Manchester sudah pastilah pemilihan yang dilakukan oleh Premier League ini tidak diterima dengan hati yang terbuka oleh peminat Liverpool.

Jika keputusan tidak memihak kepada Liverpool sudah pasti dunia dapat menyaksikan telenovela dan reaksi play-victim dari penyokong Liverpool yang sememangnya menjengkelkan terutamanya yang wujud sejak tahun 2019.

Mike Dean pengawai perlawanan keempat dalam perlawanan North-West derby ini pula anak kelahiran Heswall, Wirral, Merseyside yang merupakan tempat adanya pasukan Liverpool.

Namun harus diingat Anthony Taylor mahupun Mike Dean mereka adalah pengadil profesional dan dipercayai oleh Premier League.

Anthony Taylor mempunyai musuh dan pembenci tegar yang sentiasa diserang di media sosial dan kumpulan pembenci Anthony Taylor ini terdiri daripada peminat Chelsea.

Chelsea mempunyai sejarah dan rekod yang buruk apabila Anthony Taylor menjadi pengadil perlawanan. Dalam 11 perlawanan yang diadili Taylor, Chelsea hanya menang 2 kali dan kalah/seri 9 kali.

Lebih power dan padu kekalahan Chelsea dalam 11 perlawanan ini dikatakan berpunca keputusan pengadilan Taylor yang telah melayangkan dua kad merah dan memberikan lawan Chelsea lima sepakan penalti.

Pada awal musim ini pengadil kelahiran Manchester itu telah menghadiahkan pemain pertahanan Chelsea, Reece James kad merah selepas menahan bola di atas garisan gol.

Lantaran itu Chelsea telah seri 1-1 ketika menentang Liverpool. Melebarkan lagi kebencian penyokong Chelsea kepada Anthony Taylor.

BACA:  Tiga Kelab Dari Saingan Premier League Sangat Berminat Mahu Mendapatkan Minamino