Bekas pemain Aston Villa dan Everton Anwar El-Ghazi kini digantung oleh kelab Bundesliga Mainz kerana satu hantaran pro-Palestin di media sosial.
Mainz mengumumkan pergantungan El-Ghazi pada Rabu lalu selepas pemain itu menyatakan pendiriannya mengenai konflik di Tebing Barat.
El-Ghazi baru sahaja menyertai kelab Jerman itu pada September lalu, dan baru-baru ini berkongsi mengenai pendiriannya di Instagram Story.
Pada masa ini Israel sedang berperang dengan Hamas, yang dilabel oleh rejim Zionis itu sebagai pengganas.
Mainz have suspended Anwar El-Ghazi after a post on his social media pic.twitter.com/vk9HIcNQNR
— Politics in Football (@ftblpolitics) October 17, 2023
Pemain berusia 28 tahun yang turut dikaitkan dengan Manchester United sebelum ini bagaimanapun memadam hantaran tersebut selepas itu.
Ia tidak cukup untuk Mainz melepaskan pemain itu sahaja apabila turut mengumumkan tindakan disiplin terhadap El-Ghazi.
“Mainz 05 bertindak menghentikan penglibatan Anwar El-Ghazi daripada semua latihan dan perlawanan membabitkan kelab ini. Ia sebagai respin kepada hantaran di media sosial yang sudah dipadam oleh pemain berusia 28 tahun itu pada Ahad lalu.
“Ini kerana El-Ghazi menyatakan pendiriannya mengenai konflik di Tebing Barat yang tidak akan dikrompomi oleh kelab. Tindakan tersebut diambil selepas perbincangan di antara pihak pengurusan dan pemain itu sendiri.
Here's a reminder of what Anwar El-Ghazi posted, which has seen him suspended by Mainz.
I can guarantee that Manor Solomon will face absolutely zero consequences for his post.
The selectivity with "keep politics out of football" is genuinely disgusting. https://t.co/AaW37jD5OY pic.twitter.com/HDdZWiUPuy
— Laurie (@LFCLaurie) October 17, 2023
“Mains 05 menghormati pendirian setiap orang mengenai konflik di tebing barat yang sudah berlarutan sejak berdekad lamanya. Namun demikian, kelab sentiasa berpendirian tidak menerima tindakan [hantaran di media sosial] sedemikian kerana ia tidak mencerminkan nilai yang dipegang kelab ini.”
Pada 7 Oktober lalu Hamas melancarkan serangan mengejut ke arah Israel yang mencetuskan tindak balas tidak peri kemanusiaan daripada tentera rejim Zionis.
Sejak daripada itu Israel telah melancarkan serangan udara secara bertalu-talu mengakibatkan ramai penduduk di Gaza terkorban dan memberi kesan kepada hospital dan sekolah.
El-Ghazi dalam hantarannya menuduh Israel sebagai pembunuh namun didakwa menyebarkan maklumat tidak benar.