Arif Aiman Jaring Gol Sensasi Dengan Penuh Ketenangan vs Borussia Dortmund

Pemain muda berbakat besar, Arif Aiman terus membuktikan kehebatan di peringkat yang lebih tinggi apabila menjaringkan gol sensasi yang penuh dengan ketenangan ketika menentang Borussia Dortmund.

Ya benar, Borussia Dortmund bukan Selangor atau pun Terengganu, Arif Aiman Mendonia.

Borussia Dortmund bertemu JDT dalam perlawanan persahabatan antarabangsa mereka sempena liga yang berehat untuk memberi laluan kepada saingan Piala Dunia.

Sudah pasti tanpa beberapa nama besar yang bersama pasukan negara masing-masing Borussia Dortmund masih lagi pasukan yang menakutkan.

Kelibat Matts Hummelsd dan Emre Can sudah cukup menggerunkan namun tidak cukup untuk menggentarkan dan menghalang Arif Aiman menjaringkan gol.

Arif Aiman telah melakukan satu larian solo melepasi pemain Borussia Dortmund dari sebelah kanan sebelum melakukan sentuhan penyudah bertaraf dunia.

Alexander Meyer gagal untuk menyelamatkan rembatan leret Arif Aiman yang merentasi hadapan kotak mencari far post untuk kembali merapatkan jurang 2-1.

Pemain muda masa depan dan berpotensi Justin Njinmah membuka gol perlawanan seawal minit ke-11 lagi sebelum Donyell Malen menggandakan kedudukan pada minit ke-31.

Dalam perlawanan ini sudah pastilah Borussia Dortmund mendominasi perlawanan dengan 68 peratus penguasaan bola di mana 13 percubaan dengan 7 percubaan tepat dihasilkan.

Walaupun tidak dapat menurunkan barisan terkuat Dortmund jelas berada satu tahap yang jauh di atas namun JDT bukanlah satu pasukan yang lemah dan mampu memberi tentangan.

Jordi Amat yang amat berpengalaman luas di Eropah tenang mematikan percubaan Dortmund untuk membolehkan JDT melawan.

Dua percubaan dilakukan JDT di separuh masa pertama dengan satu percubaan tepat berjaya menghasilkan satu gol.

Tamat separuh masa pertama kedudukan 2-1 berpihak kepada Dortmund.

Arif Aiman Julang Kejuaraan Treble

Beberapa hari lalu, Arif Aiman telah membantu JDT meraih kejuaraan Treble musim ini apabila menjuarai Piala Malaysia 2022 selepas menang Liga Super dan Piala FA.

Seperti biasa perlawanan akhir Piala Malaysia masih lagi berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan full house seperti biasa dan Piala Dunia tidak mampu menggugat.

Selangor ternyata lebih garang dalam perlawanan akhir ini dan sepertinya mahu mencari gol seawal mungkin sebelum JDT berjaya mendapat rentak mereka.

Minit kedua Mukhairi Ajmal dan Caion sudah menguji kubu JDT dan satu rembatan ke langit dilepaskan Mukhari Ajmal.

Enam minit berlalu, Mukhari Ajmal sekali lagi mengancam dengan sepakan percuma yang sedikit melepasi gawang.

Leandro Velasquez melakukan percubaan pertama JDT dengan satu rembatan jarak jauh yang agak jauh tersasar pada minit ke-8.

Caion menghadirkan percubaan ketiga Selangor selepas 10 minit dan hampir menjaringkan gol pembukaan dengan satu sungkitan melepasi Farizal Marlias tetapi bola hanya meleleh melalui tiang sebelah luar.

Lain macam permainan Selangor dalam perlawanan akhir ini. Garang dan mengancam.

Hantaran cantik Caion mencari Hein Htet Aung hampir saja membuahkan hasil namun terbias sedikit kaki pertahanan JDT, Feroz Baharudin untuk sepakan penjuru.

Permainan JDT agak kurang lancar lantaran Selangor telah mengikat dan membataskan pergerakan Arif Aiman yang licik lagi menakutkan.

JDT mula mengimbangi kegarangan Selangor dan Caion terlepas peluang untuk menjaringkan gol apabila menanduk tinggi hantaran Mukhairi Ajmal.

Dua minit menuju penghujung separuh masa pertama, Selangor mendapat sepakan penalti selepas Matthew Davies menjatuhkan Caian ketika cuba mengejar hantran Mukhairi Ajmal.

Caion yang terlepas beberapa peluang sebelum ini tidak melakukan sebarang kesilapan untuk meletakkan Selangor di hadapan.

Farizal Marlias sudah berjaya membuat bacaan yang tepat tetapi rembatan Caion terlalu deras untuk ditepis.

JDT kemudiannya mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma yang betul-betul di luar kotak dan sepakan Leandro dikeluarkan benteng Selangor untuk sepakan penjuru pula.

Sepakan penjuru Arif Aiman dengan pantas telah disundul masuk dengan lutut oleh penyerang berbisa dari Brazil, Bergson da Silva.

Jaringan ketujuh Bergson da Silva di saingan Piala Malaysia, berkongsi kedudukan penjaring terbanyak bersama Kpah Sherman.

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1, sentuhan penyudah menafikan Selangor untuk mendahului dengan selesa.

Bersambung permainan, JDT dilihat memperkemaskan permainan dan penguasaan mula dilakukan mereka namun Selangor masih mengancam.

Fernando Forestieri meletakkan JDT di depan selepas mengutip bola muntah percubaan Bergson yang dinafikan untuk gol kedua.

Pemain Selangor hanya membiarkan sahaja Forestieri tanpa di kawal dan memberi ruang dan masa yang cukup untuk percubaan dilepaskan.

Memasuki 15 minit terakhir dan ketinggalan satu gol, Tan Cheng Hoe mengeluarkan Caion dan Brendan Gan bagi merubah keputusan perlawanan.

Satu tindakan berisiko dan berani dari Tan Cheng Hoe jika diikutkan dari kata pengulas.

Ternyata separuh masa kedua menjadi milik JDT yang mencipta kebangkitan sensasi di perlawanan akhir. Selangor berjaya dineutralkan.

Tiada apa yang mampu dilakukan Selangor sepanjang 45 minit kedua dan kehebatan Selangor lenyap begitu sahaja.

JDT juara Piala Malaysia 2022 dan mencipta treble selepas mencatatkan kejuaraan Liga Super dan Piala FA sebelum ini.

BACA:  Pestabola Merdeka 2024: Malaysia Mara Ke Final Selepas Singkir Filipina Dengan Kemenangan 'Comeback' Dramatik