Arsenal Lancar Bidaan Berjumlah £40 Juta Untuk Dapatkan Zaha

Menurut laporan beberapa sumber terkemuka Inggeris, Arsenal telah melancarkan bidaan berjumlah £40 juta untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Crystal Palace, Wilfried Zaha.

Pemain berusia 26 tahun ini merupakan sasaran utama Arsenal pada jendela musim panas ini selepas pengurus Arsenal, Unai Emery mengenal pasti beliau sebagai pemain yang sesuai untuk mengisi bahagian sayap pasukan yang jelas ketandusan kualiti pada ketika ini.

Bidaan pertama Arsenal terus ditolak Palace. Mungkin bidaan kedua bakal menyusul tidak lama lagi. 40 juta tambah seringgit mungkin ?

Menjadikan keadaan lebih panas adalah kenyataan abang kepada pemain tersebut yang mendakwa impian Zaha adalah untuk mewakili Arsenal pada suatu hari nanti.

“Memang impian adik saya untuk bermain dengan Arsenal pada suatu hari nanti.”

“Atas apa yang selama ini Zaha lakukan kepada Crystal Palace untuk terus kekal bergelar kelab Liga Perdana Inggeris, saya berharap Palace akan menjumpai cara untuk mencapai persetujuan dengan Arsenal bagi membolehkan Zaha merealisasikan impiannya merasai kancah bola sepak Eropah bersama kelab yang disokongnya sejak kecil.”

Difahamkan, Zaha sudah mengambil keputusan untuk meninggalkan Selhurst Park musim panas ini kerana ingin beraksi dalam pertandingan di peringkat Eropah. Namun begitu, beliau lebih berminat untuk terus kekal di kota London dan menganggap Arsenal sebagai pasukan yang mampu memenuhi hajatnya itu.

Walaupun Arsenal tidak mampu menawarkan kancah bola sepak Liga Juara-Juara Eropah kepada Zaha, Europa League masih lagi pertandingan di peringkat Eropah dan ia sebenarnya sudah cukup untuk memenuhi keinginan Zaha yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

Zaha banyak berjasa kepada Palace sebelum ini, terutamanya dalam membantu Palace terus kekal dalam kancah EPL

Crystal Palace pula tetap dengan pendirian mereka untuk tidak melepaskan Zaha pada harga yang rendah. Berikutan penjualan pemain pertahanan muda England, Aaron Wan-Bissaka kepada Manchester United minggu lalu, Palace berada dalam situasi kewangan yang sihat dan tidak tertekan untuk menjual Zaha pada ketika ini.

Difahamkan, jumlah bidaan Arsenal sebenarnya agak jauh dari tanda harga yang diletakkan Palace pada Zaha. Palace hanya akan melepaskan Zaha sekiranya mereka menerima bidaan bernilai £80 juta, iaitu 2 kali ganda dari bidaan pembukaan Arsenal.

Satu lagi faktor yang menyebabkan Palace tidak ingin melepaskan Zaha pada harga yang rendah adalah kerana Manchester United meletakkan klausa 25% dari penjualan Zaha yang seterusnya ketika Palace membeli Zaha pada tahun 2015.

Setan Merah bijak meletakkan klausa 25% ketika menjula Zaha kepada Palace 4 tahun yang lalu.

25% bukanlah peratusan yang rendah dan disebabkan itu Palace berkeras meletakkan tanda harga yang sangat tinggi pada Zaha walaupun nilainya agak tidak masuk akal.

Dan menurut laporan Sky Sports, bidaan pertama Arsenal sebenarnya sudah ditolak serta-merta Crystal Palace. Tapi difahamkan, Zaha sangat berminat untuk menyertai Arsenal dan mungkin ‘memberontak’ untuk memaksa Palace menjualnya kepada kelab tersebut.

Sama-sama kita saksikan apa yang akan berlaku dalam saga perpindahan Zaha ini.

BACA:  Martin Odegaard Goyang Berdepan Dengan Virgil Van Dijk