Arsenal Segera Lengkapkan Penandatanganan Fabio Vieira Kerana Bimbang Disailang Liverpool

Liverpool sebelum ini dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan khidmat penandatanganan terbaru Arsenal, Fabio Vieira ketika kariernya bersama FC Porto.

Dek kerana Liverpool terlalu berminat mahu mendapatkan Vieira, hal itu secara tak langsung mendesak Arsenal untuk segera menandatangani bintang Porto.

Pemain bawah 21 tahun Portugal itu dengan tiba-tiba menjadi pemain sasaran utama Mikel Arteta dengan Gunners pada Khamis lalu telah mengesahkan penandatanganan beliau.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, urusan perpindahan itu berlaku secara mendadak dan minat Liverpool untuk mendapatkan Fabio Vieira menjadi sebab utama mengapa urusan tersebut dipercepatkan.

Arsenal dijangka akan berjaya melengkapkan perpindahan itu dalam tempoh beberapa hari lagi dengan Porto sendiri turut sudah mengesahkan hal tersebut Jumaat lalu.

Yuran perpindahan Vieira ke Arsenal dikatakan bernilai £34 juta dan ia merupakan nilai yang berbaloi untuk pemain berkualiti sepertinya.

Fabio Vieira juga merupakan bekas rakan sepasukan pemain sayap Liverpool, Luiz Diaz dan keputusan The Reds menandatangani bintang Colombia itu juga dikatakan membantu urusan perpindahannya ke Arsenal.

The Reds sendiri sebelum ini dikaitkan dengan Vieira dengan Liverpool ketika mereka memantau Diaz, mereka juga turut memantau perkembangan karier Vieira.

Arsenal bimbang Liverpool akan melakukan hal yang sama seperti apa mereka lakukan terhadap Tottenham Hotspurs dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu sailang Spurs di saat-saat akhir untuk mendapatkan Diaz.

Liverpool awalnya mahu menandatangani Diaz pada jendela perpindahan musim panas ini, namun melihat Tottenham Hotspurs sudah memulakan langkah, mereka dengan segera memuktamadkan rundingan bersama Porto.

Arsenal jelas sekali tidak mahu hal itu berlaku kepada mereka dan kerana itulah mereka dengan segera melengkapkan perpindahan Fabio Vieira sebelum Liverpool masuk campur.

Liverpool juga turut berjaya sailang Darwin Nunez dari Manchester United dengan mereka mengeluarkan dana yang sangat besar untuk mendapatkan pemain penyerang itu.

Manchester United sebelum ini menyatakan minat mereka mahu mendapatkan bintang Uruguay itu, namun dengan tiba-tiba Liverpool turut masuk campur dan akhirnya berjaya memuktamadkan rundingan bersama Benfica.

Walau bagaimanapun, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Wolverhampton Wanderers sendiri turut pernah berpotensi untuk menandatangani Nunez namun mereka menolak untuk melakukan hal tersebut.

Wolves pernah tolak kesempatan untuk menandatangani Darwin Nunez

Wolverhampton Wanderers pernah menolak kesempatan untuk menandatangani penandatanganan terbaru Liverpool, Darwin Nunez beberapa tahun lalu.

Menurut sumber laporan dari beberapa media, Wolverhampton Wanderers pernah berpeluang untuk menandatangani bintang Uruguay itu pada jendela perpindahan musim panas 2020 yang lalu.

Darwin Nunez sendiri pada ketika itu masih beraksi bersama kelab dari division kedua saingan bola sepak Sepanyol, Almeria.

Selepas ditandatangani dari Amerika Selatan dengan yuran perpindahan bernilai £13 juta, Darwin Nunez berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan di Sepanyol.

Beliau ketika itu berjaya menjaringkan 16 gol dari 30 penampilan dalam aksi saingan La Liga 2.

Pada masa itu juga, Wolverhampton Wanderers sebenarnya sedang dalam usaha mereka untuk mencari pemain penyerang yang baru.

Wolves menghantar pihak scout ke Sepanyol untuk menonton aksi Nunez dan mereka pada ketika itu sangat teruja untuk mendapatkan pemain penyerang Uruguay itu.

Walau bagaimanapun, atas alasan yang masih tidak didedahkan, Wolves pada ketika itu memilih untuk melepaskan sahaja kesempatan untuk menandatangani Darwin Nunez dari Almeria.

Nunez kemudiannya telah ditandatangani oleh gergasi Portugal, Benfica yang sanggup mengeluarkan dana bernilai £20 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Hal ini lebih mengejutkan lagi kerana Nunez sebenarnya seorang pemain yang diwakili oleh Jorge Mendes.

Jorge Mendes merupakan ejen yang telah banyak bekerjasama dengan Wolves sebelum ini dalam urusan jual beli pemain.

Para penyokong Liverpool tentunya berasa lega kerana Wolves tidak menandatangani Nunez, kerana mereka mungkin tidak akan dapat melihat bintang Uruguay itu menyarung jersi The Reds andai Wolverhampton Wanderers mendapatkan khidmatnya terlebih dahulu.

Liverpool sangat terdesak mahu mendapatkan pemain penyerang kerana mereka sedang dalam persediaan mahu mendapatkan pengganti Sadio Mane.

Sadio Mane sudah sah meninggalkan Anfield pada musim panas ini untuk menyertai Bayern Munich.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Nilai Liverpool Meningkat Daripada $700 Juta Kepada $2.2 Billion Sejak Klopp Menjadi Pengurus