Kaitan Arsenal dengan pemain bintang tanpa dapat membeli mereka bukanlah satu cerita baru, malah ia merupakan cerita klasik zaman-berzaman dan perkara ini telah beberapa kali dikongsi oleh pengurus legenda pasukan tersebut, Arsene Wenger.
Banyak nama yang hampir-hampir menyertai pasukan ini namun dikecewakan sebab faktor-faktor tertentu.
Terbaru, Wenger, telah berkongsi bagaimana suatu ketika dahulu dia terlepas Lionel Messi dan juga pemain pertahanan, Gerard Pique.
Wenger cuba mendapatkan kedua-dua legenda Barcelona ini ketika dia berjaya memancing Cesc Fabregas ke London pada tahun 2003.
“Jujurnya ketika mendapatkan Cesc, kami juga berhubung dengan Messi dan Pique,” ujar Wenger ketika tampil dalam rancangan Against The Odds – Cesc Fabregas yang disiarkan di ITV4, stesen televisyen United Kingdom.
“Pique akhirnya memilih untuk pergi ke Man United, Fabregas bersetuju untuk sertai kami dan Barcelona sah-sah la simpan Messi.
“Begitulah apa yang terjadi.”
Fabregas yang menyertai Arsenal pada usia 16 tahun telah mencipta impak maksima sejak awal kemunculannya di mana dia menjadi pemain penting di bahagian tengah dan tampil sebanyak 303 perlawanan, memenangi Piala FA pada tahun 2005.
Dia juga merupakan sebahagian daripada pasukan Arsenal yang tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA pada tahun 2006 kepada Barcellona di Paris, sebelum pulang ke Camp Nou pada tahun 2012.
Meskipun memenangi dua Kejohanan Eropah pada tahun 2008 dan 2012, serta muncul sebagai juara dunia pada tahun 2010, koleksi piala Fabregas tidak termasuk trofi Liga Juara-Juara UEFA. Kini pada usia 35 tahun, Fabregas baru sahaja meninggalkan Monaco dan menyertai kelab divisyen dua Itali, Como, selaku pemain dan juga pemegang saham.
Andai Wenger berjaya mendapatkan kesemua pemain yang dikaitkan dengan Arsenal suatu ketika dahulu, pasti pasukan London Utara ini akan menjadi satu pasukan yang tidak dapat dibendung kehebatan mereka.
Berikut adalah 11 pemain yang hampir pasti menyertai Arsenal pada zaman dahulu.
Gigi Buffon
Lagenda Itali ini telah mengumumkan suatu ketika dahulu bahawa dia berminat untuk menyertai Wenger di Arsenal jika Juventus tidak memerlukan khidmatnya lagi, namun sampai ke sudah masih bersama kelab Turin tersebut. Penat menunggu, Wenger akhirnya memilih Manuel Almunia untuk bersaing dengan Jan Lehmann. Jauh beza tu.
Gerard Pique
Pique dikhabarkan ingin dibawa ke Arsenal bersama-sama dengan rakan sepelatih di La Masia, Cesc Fabregas, namun gagal disebabkan tidak mendapat permit kerja di United Kingdom. Usai usaha mereka menemui jalan buntu, Wenger memilih untuk membawa Philippe Senderos. Pilihan yang bijak!
Vincent Kompany
Pemenang dua kali EPL ini hampir (lagi) dibeli Arsenal dari kelabnya di Belgium, Anderlecht, ketika Wenger ingin mencari pengganti Sol Campbell untuk jangka masa panjang. Walaubagaimanapun, nilai £5 juta yang diletakkan oleh kelab tersebut memalingkan wajah Wenger ke arah Johan Djourou. Satu lagi pembelian bijak.
Roberto Carlos
Lagenda Brazil ini pernah berkata bahawa dia akan menyertai Gooners selepas kontraknya bersama Real Madrid tamat, namun membuat u-turn pada saat akhir dengan menyertai kelab Turki, Fenerbahce. Meskipun gagal membawa Carlos, Wenger bernasib baik apabila ditemukan the next Roberto Carlos, Andre Santos. Kah Kah Kah.
Cristiano Ronaldo
Ini cerita betul. Ronaldo yang telah diriki oleh Wenger ketika bermain di Sporting, akhirnya bersetuju untuk menyertai kelab London tersebut. Ronaldo telah terbang ke London dan dibawa melihat sekitar London Colney dan juga diberikan jersi Arsenal dengan namanya di belakang. Malah, yuran perpindahan £4 juta turut dipersetujui dengan kelab Lisbon tersebut. Malang nasib Wenger apabila selepas Ronaldo pulang ke Lisbon, pasukan Sporting mengadakan perlawanan persahabatan dengan Manchester United.
Ronaldo memberi pengajaran berguna buat anak buah Alex Ferguson dalam perlawanan tersebut menyebabkan United terus Ronaldo ke Old Trafford dengan nilai £18 juta. Lagipun ketika itu Sporting adalah kelab feeder Manchester United. Memang keutamaan akan diberikan kepada United la jawab dia.
Yaya Toure
Yaya Toure berada dalam radar Arsenal sejak usia mudanya namun dinafikan permit kerja pada tahun 2003, walaupun telah menyarung jersi Gooners dalam perlawanan persahabatan menentang Barnet. Wenger akhirnya hilang sabar dengan masalah birokrasi ini lalu membatalkan hajat membawa abang adik Kolo Toure ini.
Xabi Alonso
Ketika pengurus Liverpool, Rafa Benitez berkira-kira ingin membawa Gareth Barry ke Anfield, Alonso gusar cahaya kariernya akan terpadam lalu pergi ke London bersama ejennya dengan harapan dapat persetujuan menyertai Arsenal pada harga £15 juta. Nak dijadikan cerita, Barry sebaliknya menyertai Manchester City dan Mikel Arteta dibawa ke Arsenal. Alonso kekal di Liverpool sebelum menyertai Real Madrid.
Angel Di Maria
Niat Wenger untuk membawa Di Maria ke London bukanlah ketika pemain ini berada di Real Madrid, sebaliknya ketika perancang Argentina ini berusia 17 tahun. Lebih dramatik lagi, pihak pengurusan Arsenal telah membatalkan tiket penerbangan pemain ini untuk ke London, kerana gusar tidak akan mendapat permit kerja.
Leo Messi
Sebelum gelak, ada baiknya habiskan baca dahulu perenggan ini. Menurut pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague, peninjau bakat Arsenal bukan setakat melihat pemain ini ketika berusia 15 tahun bermain, malah Messi juga turut ditawarkan kontrak! Tapi tu lah, perancangan tidak menjadi dan Messi kekal di Barcelona. Tak tahu lah apa akan terjadi kalau Messi terima kontrak Arsenal dulu. Hmmmmmmmm.
Zlatan Ibrahimovic
Zlatan sudah hampir pasti melakukan perpindahan bernilai £3 juta dari Malmo ketika dia berusia 19 tahun. Namun segalanya tinggal kenangan setelah Wenger menyuruh pemain paling angkuh di atas muka bumi ini melalui satu perlawanan ujian. Dengan tenang Zlatan menjawab,”Zlatan tak buat ujibakat.”
Sebaliknya, Arsenal membeli pemain West Ham, pemain bek sayap yang disangka penyerang. Oh, Wenger! Why art thou thinking?
Didier Drogba
Wenger mendakwa beliau boleh menandatangani Drogba dengan nilai kurang dari £100,000 semasa pemain Ivory Coast itu beraksi bersama Le Mans.
Selepas beberapa kali melihat aksi lagenda Chelsea itu, Wenger merasakan Drogba tidak bersedia untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Arsenal yang penuh prestij lagi berkaliber.
Semua ini hanya menjadi penyesalan.
Kesebelasan Utama
Jika semua pemain di atas menyertai Arsenal, kemungkinan besar kesebelasan utama Arsenal hari ini adalah seperti di bawah. Kuat nokhorom!