Pengurus Arsenal, Mikel Arteta seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya apabila Gabriel Martinelli telah mengalami kecederaan diluar padang dihadapan kawasan bangku simpanan pasukan.
Tanpa rasa bersalah, Mikel Arteta telah mengheret Gabriel Martinelli yang cedera itu untuk kembali semula dan cedera dipadang bagi melengahkan masa perlawanan.
Gabriel Martinelli mempamerkan aksi mengagumkan pada pertengahan minggu ini dan membuka tirai jaringan dalam perlawanan Arsenal mendapat kemenangan dengan dua gol.
Arteta's incredible reaction to Martinelli's cramp has Arsenal fans in hysterics #AFC https://t.co/satdH39SLf pic.twitter.com/yPSMAEq4SC
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) December 16, 2021
Pemain berusia 20 tahun itu menghasilkan penyudah indah dengan kaki kiri untuk menewaskan Lukasz Fabianski dan menjadi ancaman sepanjang petang itu.
Gabriel Martinelli terjatuh akibat kecederaan pada separuh masa kedua ketika berada di luar padang, dengan segera menarik perhatian Arteta.
Tanpa berhati perut dan keji, Arteta mencampakkan kembali Martinelli ke padang bagi memastikan kemenangna ke atas West Ham United yang berada di kemuncak prestasi terbaik mereka.
Arteta shit housing by telling Martinelli to get back on the pitch and drop injured to waste time 😩😩pic.twitter.com/6ragn8JM5L
— 🇨🇩🇸🇱 (@F1avs) December 15, 2021
Daripada memujuk pemain Brazil itu, Arteta mengcampak Matinelli ke padang semula dan mengarahkannya kembali ke padang untuk mendapatkan rawatan.
Ini bermakna permainan akan dihentikan untuk tempoh lebih lama dan Arsenal mampu untuk terus mempertahankan kelebihan dua gol yang mereka miliki.
Mikel Arteta repeats Thomas Partey antics with ruthless Gabriel Martinelli actions https://t.co/Ygb533ssDf pic.twitter.com/b8cE21GzJu
— Gunners Today (@gunners_today) December 16, 2021
Gabriel Martinelli digantikan oleh Eddie Nketiah tidak lama kemudian mungkin Mikel Arteta mahu membuktikan bahawa beliau masih lagi mempunyai hati perut.
Emile Smith Rowe juga mencatatkan rekod apabila Arsenal naik ke empat teratas dengan kemenangan liga kelima berturut-turut mereka.
Arsenal 2-0 West Ham United
Pasukan yang sering digelar lemah dan lembik, Arsenal, telah kembali ke tangga empat teratas di dalam liga selepas menewaskan pasukan kuda hitam, West Ham, dua gol tanpa balas di tempat sendiri.
Turun tanpa Pierre-Emerick Aubameyang yang buat hal, Arsenal tidak berdepan masalah langsung. Cerita penyingkiran daripada lilitan ketua pasukan telah menguasai media sebelum perlawanan berlangsung tetapi selepas perlawanan, orang bagaikan sudah lupa kepada Aubameyang dan banyak bercakap tentang Gabriel Martinelli – penjaring gol pertama Arsenal dalam perlawanan ini yang boleh diibaratkan seperti gol trademark Thierry Henry.
Dengan satu jaringan solo daripada Emile Smith Rowe, persembahan para pemain Arsenal dalam perlawanan ini boleh dianggap yang terbaik di bawah kendalian Mikel Arteta walaupun Alexander Lacazette gagal menyempurnakan penalti.
Perlawanan bermula dalam keadaan biasa dan tiada tanda-tanda Arsenal akan menang.
Lacazette terus memakai lilitan kapten pasukan yang diambil daripada Aubameyang – satu penyelesaian jangka masa pendek, tetapi cukup untuk menewaskan Southampton tempoh hari.
Pengurus West Ham, David Moyes, berharap anak buahnya memberikan tentangan yang lebih kuat berbanding Southampton terhadap Arsenal, tetapi harapan hanya tinggal harapan.
Pada minit ke–39, Arsenal hampir mendahului West Ham menerusi Kieran Tierney di mana pemain ini melakukan satu volley yang cantik dari luar kotak penalti menerusi kaki kirinya.
Walaubagaimanapun, cubaannya tersebut berjaya dibaca oleh penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski, yang menampan bola di penjuru kanan gawangnya.
Tiga minit kemudian, Lacezette melakukan rembatan dari luar kotak penalti, namun cubaannya tersebut agak tepat ke arah Fabianski yang hanya perlu merebahkan badan sedikit sahaja tanpa perlu berusaha lebih.
Kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Dua minit selepas sepak mula separuh masa kedua, Lacazette mendapat bola di bahagian suku ketiga serangan. Tidak memegang bola lama-lama seperti Guilherme De Paula, Lacazette terus melorongkan bola kepada Martinelli yang sudah mula melakukan larian.
Sebaik mendapat bola, Martinelli menggelecek bola ke dalam kotak penalti, sebelum melakukan satu sepakan curve leret persis legenda kelab Arsenal, Thierry Henry dan gagal diselamatkan oleh Fabianzki.
Gabriel Martinelli hit the Thierry Henry finish 💫 pic.twitter.com/HtwHEPZzgL
— GOAL (@goal) December 15, 2021
Pada minit ke-66, Lacazette dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Vladimir Coufal sekaligus membawa kepada layangan kad merah kepada pemain West Ham tersebut.
Lacazette melangkah mengambil sepakan, tetapi memilih untuk melakukan sepakan yang lemah ke sebelah kiri Fabianski yang dilihat terlebih dahulu melayangkan badan.
Kegusaran penyokong Arsenal akhirnya terhapus pada minit ke-87 apabila bintang yang semakin meningkat naik dan mampu menarik minat kelab-kelab besar, Emile Smith Rowe, berjaya mengesahkan kemenangan Arsenal menerusi gol kedua.
Smith Rowe menerima bola dari Bukayo Saka, dan bertindak menggelecek bola ke dalam kotak penalti lawan. Ketika dia hampir masuk ke kotak penalti, secara tiba-tiba Smith Rowe melepaskan satu rembatan cantik dan membawa ke sudut sukar pintu gol West Ham, sekaligus menewaskan Fabianski buat kali kedua dalam perlawanan ini.
Kemenangan ini melonjakkan pasukan Arsenal ke tangga keempat, tujuh mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Chelsea, dan satu mata mengatasi West Ham di tempat kelima. Manakala Manchester United pula terjerumus ke tangga keenam dengan 27 mata, dua mata di belakang Arsenal.
Senarai kesebelasan utama
Kesebelasan utama Arsenal
32 Aaron Ramsdale
18 Takehiro Tomiyasu
4 Ben White
6 Magalhaes Gabriel
3 Kieran Tierney
7 Bukayo Saka
5 Thomas Partey
34 Granit Xhaka
35 Gabriel Martinelli
8 Martin Odegaard
9 Alexandre Lacazette
Substitutes
10 Emile Smith Rowe (s 66′)
15 Ainsley Maitland-Niles
16 Rob Holding
19 Nicolas Pepe
20 Nuno Tavares (s 88′)
23 Albert-Mboyo Sambi Lokonga
25 Mohamed Elneny
30 Eddie Nketiah (s 82′)
33 Arthur Okonkwo
Kesebelasan utama West Ham
1 Lukasz Fabianski
5 Vladimir Coufal
15 Craig Dawson
23 Issa Diop
26 Arthur Masuaku
28 Tomas Soucek
41 Declan Rice
20 Jarrod Bowen
8 Pablo Fornals
10 Manuel Lanzini
9 Michail Antonio
Substitutes
7 Andriy Yarmolenko
11 Nikola Vlasic
13 Alphonse Areola
16 Mark Noble
22 Said Benrahma (s 76′)
33 Alex Kral
40 Armstrong Okoflex
42 Ajibola Alese
50 Harrison Ashby (s 84′)