Masih segar lagi kelukaan Arsenal ketika diciduk Aston Villa sebelum liga berhenti rehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa dan menjadi medan terbaik untuk meneruskan momentum.
Selepas cemerlang sejak awal musim, Aston Villa mula kehilangan rentak dalam dua, tiga perlawanan terakhir mereka.
0 – This was the first time Pierre-Emerick Aubameyang has played 90 minutes in a Premier League home game without attempting a shot – indeed, Aubameyang was one of only three outfield players who didn't record an attempt for Arsenal in this game. Vanished. pic.twitter.com/QxTXTAYdQb
— OptaJoe (@OptaJoe) November 8, 2020
Bertemu Arsenal yang lemah dan lembik sudah pasti menjadi medan terbaik Villa untuk kembali berada di landasan kemenangan.
John McGinn menggegar gawang untuk gol pembukaan dengan satu rembatan deras tidak masuk akal namun VAR membatalkan jaringan padu itu kerana offside.
Dengan hampir semua pemain berada dalam kotak sendiri, Aston Villa tiada masalah untuk menyelinap masuk dan hasilnya gol pertama buat mereka.
9 – Jack Grealish has been directly involved in nine goals in the Premier League season (four goals and five assists) – only Spurs pair Harry Kane (15) and Son Heung-min (10) have had a hand in more. Productivity. pic.twitter.com/VRh8aovJGE
— OptaJoe (@OptaJoe) November 8, 2020
Bukayo Saka menjaringkan gol sendiri 23 minit kemudian untuk Villa mendahului permainan 1-0 dan kekal hingga tamat 45 minit pertama.
Ollie Watkins menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit untuk melengkapkan kemenangan penuh bergaya Villa di Stadium Emirates.
Ollie Watkins cemerlang menanduk masuk bola hantaran dari Ross Barkley dan menambah lagi gol tiga minit kemudian.
6 – Ollie Watkins has scored six goals in seven games for Aston Villa in the Premier League this season; only Dean Saunders (7) and Dion Dublin (9) have ever netted more in their first seven appearances for Villa in the competition. Flyer. pic.twitter.com/RMOiD1Cl2I
— OptaJoe (@OptaJoe) November 8, 2020
Barisan pertahanan Arsenal sekali bocor apabila Ollie Watkins menyempurnakan umpanan dari Jack Grealish.
Ollie Watkins kini sudah berjaya menjaringkan enam gol dari tujuh perlawanan untuk Aston Villa dalam saingan liga musim ini.
Arteta: Ini bukan Arsenal
Selepas tamat perlawanan, Mikel Arteta malu nak mengakui pasukannya. Dan seolah olah dia tak kenal pasukan mana yang berbaju merah bermain di atas padang.
Arteta menganggap pasukan yang bermain hari itu adalah bukan Arsenal. Kalau Arsenal tak mungkin beraksi sebegitu teruk.
Mikel Arteta mengakui Arsenal dilihat sangat berbeza berbanding sebelum ini ketika tahun pertamanya mengambil alih pasukan selepas mereka kalah 0-3 kepada Aston Villa di Stadium Emirates. https://t.co/RBw61vr9zy
— Eyda Dantes (@Eyda40382969) November 9, 2020
“Kami beraksi di bawah tahap standard kami yang sebenar kami. Dan saya harus katakan bahawa inilah kali pertama saya melihat mereka bermain bukan dalam satu pasukan.
“Kami kalah dalam semua aspek dan duel, kalah dalam pertarungan dan bola kami juga banyak yang tersasar.”
“Ia sangat mengecewakan. Ia mengambil masa lama untuk membina momentum. Apabila sesuatu berlaku seperti ini ia sangat sukar untuk diterima,” katanya.
Kedunguan Tierney menambah malu Arsenal
Dalam aksi yang sama, pemain pertahanan Arsenal, kegoblokKieran Tierney telah menjadi tular dan menjadi bualan dunia bola sepak selepas melakukan satu aksi yang sangat memalukan secara solo ketika beraksi menentang Aston Villa.
Kekalahan tiga gol tanpa balas Arsenal bukanlah sesuatu yang memalukan kerana semua tahu Arsenal pasukan yang lemah dan lembik lain la penyandang juara kena 7-2.
Arsenal boleh sahaja dianggap sebagai pasukan pelengkap jadual dan menjadi luar biasa apabila mencatatkan kemenangan.
kieran tierney is shitfaced pic.twitter.com/epMwbaAYsm
— mikey (@mikeyfowler18) November 8, 2020
I Iove Kieran Tierney but I am absolutely hooting and hollering 😭😭😭 pic.twitter.com/22osGRBPFi
— Aaron West (@oeste) November 8, 2020
Sudah la lemah dan lembik buat benda yang bukan-bukan lagi memalukan dan itulah terjadi kepada Kieran Tierney yang boleh dirumuskan sebagai prestasi pasukan Arsenal.
Tanpa sebarang tekanan yang hebat daripada pihak lawan Kieran Tierney secara tiba-tiba jatuh selepas berjaya mengejar bola.
Ketika bola dikaki beliau entah bagaimana tanpa diduga aksi komedi dan bodoh terjadi, tidak pasti samada Tierney mahu melakukan skill atau tersalah langkah.
Absolute class for Tierney here pic.twitter.com/tMKcqcAiPH
— HoofHeartedFPL (@FplHoof) November 8, 2020
Geweldige schijnbeweging van Kieran Tierney zojuist! 💥#ZiggoSport #PremierLeague #ARSAVL pic.twitter.com/JWWpnF9rbD
— Ziggo Sport Voetbal (@ZS_Voetbal) November 8, 2020
Ternyata aksi dungu dan bodoh itu menjadi satu bahan hiburan untuk warga maya disusuli dengan sindiran-sindiran dan emoji sebagai luahan rasa.
Gary Lineker juga tidak mampu menahan ketawa dan sudah pasti pecah perut menyaksikan aksi itu lalu dimuat naik video tersebut ke laman Twitter beliau.
Tanpa sebarang ayat. Gary Lineker hanya meletakkan emoji berganda ketawa sampai keluar air mata.
— Gary Lineker (@GaryLineker) November 8, 2020
Mungkin Kieran Tierney dirasuk secara tiba-tiba dalam sekelipan mata dan ada juga berpendapat Tierney kena Suplex oleh John Cena.
Suplex merupakan antara jurus penyudah yang digunakan oleh John Cena.
actual footage of Tierney getting suplexed by john cena pic.twitter.com/B6U5izs6uj
— FootballsBanter (@FootballsBante1) November 8, 2020
Apa nak diharapkan dengan Arsenal? Entah wujud ke tidak peminat mereka yang mudah sentap dan berhati tisu serta selalu cuba menambat hati peminat Liverpool.