Mikel Arteta akhirnya tampil mendedahkan sebenarnya ramai yang tak dapat melihat dengan mata kasar tentang kejayaan Arsenal menjuarai EPL sebelum ini di bawah bimbingannya.
Mungkin peminat hanya melihat Arsenal menamatkan saingan EPL di tempat kedua sebanyak 3 kali. Ianya memerlukan mata hati dan penaakulan yang tinggi untuk melihatnya.
Arsenal akan bertemu dengan PSG dalam aksi kedua separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Mereka mahu ke final buat kali kedua di dalam sejarah kelab yang ada trofi emas Liga Perdana Inggeris itu.
Arsenal dan PSG tidak pernah memnenangi UCL dalam sejarah kelab mereka. Dan musim ini adalah peluang cerah untuk dua bekas pasukan Arteta itu melakarkan kejutan.
Namun di sebalik persiapan rapi untuk berdepan PSG. Arteta turut menahan gelak ketika mempersendakan kutipan mata Liverpool musim ini yang bergelar juara, di bawah kutipan mata mereka dua musim berturut turut.
Liverpool bergelar juara dengan 82 mata selepas kemenangan ke atas Spurs. Sedangkan Arsenal dalam 2 musim terakhir masing masing meraih 87 dan 89 mata. Hanya di belakang Man City dalam dua musim tersebut.
Lantas menurut Arteta, berdasarkan kutipan mata, Arsenal sudah berjaya bergelar juara EPL dalam dua musim sebelum ini. Cuma orang sahaja tidak perasan.
Arteta berkata: “Liverpool telah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan mata yang kurang daripada yang kami perolehi dalam dua musim lepas. Dengan mata dua musim terakhir, kami sudah memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris.”
Arteta kemudian yakin pasukannya akan mampu untuk berada di final dengan menyingkirkan PSG dan bergelar juara UCL musim ini.
“Dan Semoga kami berada di tempat yang tepat di sini. Jadi, anda berada di tempat yang tepat, masa yang tepat, di tempat yang betul Paris esok, untuk mendapatkan hak untuk berada di final.”
This really isn’t it, is it?
Arteta: “Liverpool have won the title with less points than we had in the last 2 seasons. With the points from the last 2 season, we have 2 Premier Leagues.”
— Sacha Pisani (@Sachk0) May 7, 2025