Selepas Kylian Mbappe hangat dikaitkan dengan Newcastle, kini giliran Arturo Vidal pula yang dilaporkan menunjuk minat sangat mendalam untuk sertai Newcastle.
Arturo Vidal dilaporkan berminat untuk menyertai Newcastle pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Vidal turut mendedahkan bahawa beliau sangat mahu menyertai Newcastle sekiranya mereka memilih Max Allegri sebagai pengurus pasukan.
Newcastle United are reportedly trying to sign Arturo Vidal and replace Steve Bruce with Massimo Allegri.
That's what the papers are saying.
The latest gossip: https://t.co/VyIAgKUzmr#bbcfootball pic.twitter.com/gsLCjS2wOY
— BBC Sport (@BBCSport) April 18, 2020
Apa yang menariknya adalah, terdapat laporan dari England yang menyatakan bahawa Vidal kini sedang mengadakan sesi rundingan dengan Newcastle berkait isu perpindahan beliau.
Vidal berkemungkinan akan menjadi pemain pertama yang akan sertai Newcastle dalam revolusi pertukaran pemilik ini.
Berita tentang pasukan Newcastle akan dijual dengan nilai £300 juta semakin hangat diperbincangkan dan sepertinya perkara itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Menurut laporan dari Sky Sports, Mike Ashley sedang dalam perundingan serius dengan bakal pembeli Newcastle yang dikhabarkan seorang bangsawan dari Arab Saudi.
Vidal would prefer to move to #NUFC over #mufc https://t.co/w5YtPntpLH
— NUFC Gallowgate نيوكاسل (@NUFCgallowgate) April 18, 2020
Mohammad bin Salman’s investment group kini semakin menghampiri untuk melengkapkan pembelian mega £300 juta untuk mengambil alih Newcastle.
Kemungkinan besar selepas dari proses pengambil alihan selesai, pemilik baru bakal mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan pemain baru bagi jendela perpindahan pemain musim panas nanti.
Arturo Vidal, Kylian Mbappe,Moussa Dembele, Boubakary Soumare dan Kyle Walker antara nama yang sudah dikaitkan dengan Newcastle sejak kebelakangan ini.
Mereka dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan bekas pengurus pasukan Juventus Massimiliano Allegri untuk menggantikan Steve Bruce.
📰 — New Newcastle FC owner Sheikh Mohammed bin Salman, will start the rebuild his team and Arturo Vidal will be one of the players that he contacts. [espn] pic.twitter.com/snOyKlJIMF
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 19, 2020
Jika ianya berlaku maka Vidal akan berpeluang untuk bergabung sekali lagi bersama Allegri di Newcastle dan itu lah yang dimahukan olehnya.
Menurut laporan dari Mundo Deportivo di Sepanyol, mereka menegaskan bahawa Arturo Vidal sangat berminat untuk terlibat sama dalam projek baru Newcastle.
Vidal benar-benar mahu berkerjasama dengan Newcastle sekiranya diambil alih oleh konsortium dari Arab Saudi.
Namun bagitu, ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi meluahkan pendapatnya kepada kelab supaya menyimpan Arturo Vidal musim hadapan.
Menurut Messi, Vidal merupakan salah seorang pemain yang sentiasa memberikan 100% komitmen kepada pasukan ketika beraksi.
📰 — Messi has asked the club not to sell Arturo Vidal. [espn] pic.twitter.com/ecM5kwDW3G
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 17, 2020
Oleh kerana itulah Lionel Messi mahukan Vidal untuk terus berada dalam pasukan Barcelona dan meminta supaya kelab tidak melepaskannya.
Sebelum ini, setan merah turut pernah menunjukkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat dari Vidal.
Tetapi berita itu sekadar tersebar secara meluas tetapi tiada kesudahannya kerana setan merah tidak membuat sebarang tawaran rasmi ke Barcelona.
Former #Juventus and Milan coach Max Allegri has become the new favourite to take over at Newcastle United next season, claim reports in England https://t.co/vhVEM68ONz #NUFC #MUFC #EPL pic.twitter.com/4nhCKU8puJ
— footballitalia (@footballitalia) April 15, 2020
Individu paling terkesan dengan peralihan kuasa ini adalah Steve Bruce, hal ini kerana masa depan beliau dilihat agak goyah jika pemilik pasukan bertukar.
Selain Max Allegri, Mauricio Pochettino juga berada dalam senarai calon untuk menjadi pengurus baharu Newcastle.