Auba Dedah Sebab Mengapa Beliau Lebih ‘Bernafsu’ Ketika Bertemu Spurs

Pierre Emerick Aubameyang mungkin tidak akan pernah menjadi ketua pasukan Arsenal, seandainya Tottenham Hotspur tak lupa untuk hubungi beliau semula.

Aubameyang merupakan antara nadi penting dalam sistem kendalian Mikel Arteta, yang kini sedang menunjukkan tahap persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam saingan Premier League.

Selepas mencatatkan kekalahan dalam kesemua tiga perlawanan awal liga dengan turut gagal menjaringkan sebarang gol, Arsenal kini konsisten belum merekodkan sebarang kekalahan.

Penyerang kebangsaan Gabon itu tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada musim lalu, dengan beliau hanya mampu menjaringkan 10 gol sahaja dalam saingan Premier League.

Pada musim ini, beliau sepertinya sudah berjaya menemui rentak persembahan terbaiknya, dengan Auba pada ketika ini sudah berjaya menjaringkan empat gol dari 10 penampilan.

Aubameyang memimpin barisan pemain muda dan juga dianggap sebagai wira di Emirates pada ketika ini, selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Beliau walau bagaimanapun sebenarnya hampir saja untuk menjadi wira kepada pasukan seteru utama Arsenal, Tottenham Hotspur sebelum sah menjadi pemain Gunners.

Ketika beliau ditanya adakah beliau lebih rela untuk bersara atau bermain bersama Tottenham Hotspur, pemain berusia 32 tahun itu menjawab:

“Kamu tak perlu tanya soalan itu. Kamu sudah tahu jawapannya, saya lebih rela bersara.”

Jelas beliau kepada Sky Sports, sebelum menjelaskan tentang bagaimana beliau hampir untuk menyertai musuh tradisi Arsenal itu.

“Tambahan pula beberapa tahun lalu saya hampir untuk tandatangani kontrak bersama Tottenham, tapi pada akhirnya… Saya tak tahu apa mereka buat.”

“Saya berada di Saint-Etienne saya fikir pada ketika itu, saya tak pasti, mungkin pada permulaan karier saya bersama Borussia Dortmund. Saya tak berapa ingat. Saya datang sini, saya pergi ke stadium juga, ke White Hart Lane.”

“Sehari lepas itu mereka tidak bagi saya sebarang jawapan, mereka langsung tak hubungi saya semula jadi saya macam, ‘Ok, jangan risau,’ jadi sebab itu setiap kali saya bermain bertemu mereka, mereka tahu kenapa saya lebih bermotivasi.”

Bekas pemain penyerang Borussia Dortmund itu memiliki rekod yang sangat cemerlang ketika beraksi bertemu Tottenham Hotspur.

Bahkan beliau turut berjaya merobek gawang gol Tottenham ketika beraksi bersama Borussia Dortmund sebelum ini.

Dari 12 pertemuan beliau bertemu Tottenham Hotspur, Auba berjaya menjaringkan lapan gol walaupun rekod Arsenal bertemu Spurs pada ketika itu sangat teruk.

Aubameyang hanya berjaya mencatatkan kemenangan bertemu Spurs sebanyak empat kali sahaja dari 12 pertembungan itu, dengan dua darinya beliau menang bersama Arsenal.

Ada satu lagi aksi yang mana Arsenal berjaya menewaskan Tottenham Hotspur pada Mac lalu, namun Aubameyang tidak bermain dalam perlawanan tersebut.

Jadi inilah sebab dan alasan utama mengapa Aubameyang lebih bermotivasi dan bernafsu ketika beraksi bertemu musuh tradisi Arsenal itu.

Gunners selepas ini akan berkunjung ke Anfield pada 21 November untuk aksi dalam saingan Premier League dengan anak-anak buah Mikel Arteta itu memburu kemenangan untuk membantu mereka mencabar kedudukan empat teratas.

Berdasarkan prestasi semasa, Arsenal dilihat berpotensi besar untuk membuat kejutan di Anfield dan menewaskan Liverpool yang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka sejak kebelakangan ini.

Selepas mencatatkan seri 2-2 bertemu Brighton, Liverpool dikejutkan dengan kekalahan 3-2 di tangan West Ham United sebelum rehat antarabangsa baru-baru ini.

Arsenal pula sementara itu sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, dengan mereka masih belum mencatatkan kekalahan dan berjaya berada di kedudukan kelima dalam carta liga pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Chelsea Berusaha Sailang Richarlison Dari Sertai Tottenham Hotspur