Penyerang Arsenal, Pierre Emerick-Aubameyang muncul pemain paling ‘membazir’ mengalahkan perangai setan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini walaupun telah menjaringkan 16 gol dalam liga setakat ini.
Bagi mereka yang tidak berapa mengikuti perkembangan ini, berita ini sudah tentu mengejutkan kerana penyerang antarabangsa Gabon ini menduduki tangga ke-3 dalam senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini.
Hanya Sergio Aguero dan Mohamed Salah sahaja menjaringkan gol lebih banyak dari Aubameyang.
Tetapi bagi peminat Arsenal, mereka mungkin sudah dapat menjangka nama Aubameyang akan berada dalam senarai pemain paling membazir Liga Perdana Inggeris.
Antara paling diingati adalah kegagalan Aubameyang untuk menyempurnakan sepakan penalti ketika penghujung permainan dalam North London Derby minggu lepas. Arsenal berpeluang untuk terus merapatkan jurang dengan Spurs tetapi malangnya sepakan lembik beliau berjaya ditepis Hugo Lloris.
Tambah memilukan, Aubameyang sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol dari bola rebound tetapi percubaan beliau di hadapan pintu gol yang terbuka terkena badan pemain pertahanan Spurs, Jan Vertoghen.
Dalam senarai yang dikeluarkan oleh The Sun, secara keseluruhan Aubameyang telah melepaskan 19 peluang besar untuk menjaringkan gol dalam liga setakat ini. Ia jauh meninggalkan penghuni tempat ke-2, Mohamed Salah yang terlepas 14 peluang besar untuk menjaringkan gol.
Sadio Mane selalu menjadi mangsa kecaman kerana gagal menjaringkan gol namun statistik membuktikan sebaliknya. Mane tiada dalam senarai 10 teratas.
Kemarau jaringan Salah sejak kebelakangan ini menyebabkan namanya mendaki naik senarai pemain paling membazir yang mana beliau melepaskan beberapa peluang untuk menjaringkan gol ketika menentang Manchester United dan Everton tempoh hari.
Daripada 10 pemain yang disenaraikan sebagai pemain paling membazir, nama penjaring terbanyak Manchester City, Sergio Aguero langsung tidak kelihatan. Ia jelas menunjukkan Aguero sangat berkesan di hadapan gol dan Pep Guardiola sangat bertuah kerana memiliki seorang pemain yang tidak akan mempersiakan peluang yang terhidang.
Seperti diduga, pemain Chelsea yang kini dipinjamkan kepada Atletico Madrid, Alvaro Morata turut berada dalam senarai dengan 10 peluang besar gagal diterjemahkan menjadi gol.
Morata hanya mampu menjaringkan 5 gol dari 16 penampilan dalam liga sebelum menyertai Atletico Madrid dalam jendela perpindahan Januari lalu.
Hanya Marcus Rashford menepati ciri-ciri seorang setan merah apabila berada dalam senari ini dengan 11 peluan terlepas.