Ayah Aguero Anggap Air Mata Pep Guardiola Palsu Semata-Mata

Ayah Sergio Aguero telah mengkritik Pep Guardiola dengan menyatakan pengurus Manchester City itu mengeluarkan air mata palsu ketika menangis dalam satu sesi temu bual.

Guardiola memberikan tribute kepada Aguero selepas tamat aksi perlawanan terakhir saingan premier league musim 2020/21.

Beliau menganggap legenda terhebat sepanjang zaman City itu sebagai pemain yang istimewa dan turut mendakwa kelab tidak akan pernah dapat menggantikan bintang Argentina itu.

Walau bagaimanapun, ayah Sergio Aguero, Leonel del Castillo telah tampil mempersoalkan air mata Guardiola itu asli atau palsu.

Beliau telah mengkritik teruk Pep dan turut menyatakan yang pengurus City itu sememangnya tidak pernah mahukan Aguero berada di Etihad.

Menerusi Manchester Evening News, beliau mendedahkan:

“Saya tak percaya air mata dia. Bagi saya, dia tak pernah mahukan Kun. Dia sentiasa mahu menjadi yang paling utama dan melebihi pemain.”

“Saya tak percaya pada Guardiola. Dia tak pernah mahukan Piala Champions League, dia mahu jadi protagonist dalam kelab.”

“Dia kononnya kata Aguero tiada gantinya dan dia selalu ketepikan Kun dari skuadnya.”

“Banyak hal sebenarnya tentang Guardiola, dia seorang pengurus yang hebat. Dia suka ubah-ubah pemain setiap hari, persekitaran juga akan berubah. Kamu tak akan tahu adakah kamu pemula atau tidak.”

“Ada seseorang yang mengatakan jika kamu mahu kekal di sini bersama kelab, maka kamu tak ada pilihan selain dari berubah. Dia (Aguero) telah dibenarkan untuk kekal sehingga kali terakhir dia perbaharui kontraknya, tapi ia mustahil kali ini. Kelab yang mana dia dianggap sebagai idola.”

Aguero sementara itu telah melengkapkan perpindahan beliau menyertai Barcelona dengan menandatangani perjanjian selama dua tahun di Nou Camp.

Setibanya beliau di sana, Aguero telah menyatakan:

“Kita semua tahun yang Barcelona merupakan kelab terhebat di dunia, jadi saya rasa saya telah membuat keputusan yang tepat untuk berada di sini dan saya berharap saya dapat bantu pasukan.”

“Sudah tentu, ia merupakan satu langkah ke depan lagi dalam karier saya dan saya harap saya akan dapat bantu kelab untuk memenangi sesuatu. Saya mahu bermain dan membantu skuad ini, dan sekiranya pasukan memikirkan hal yang sama, saya secara peribadinya sangat gembira.”

“Saya mahu kirimkan pelukan hangat kepada semua orang, kepada semua penyokong, saya akan cuba berikan yang terbaik dan semoga penyokong akan menikmati skill saya. Mereka pernah terhibur dengan saya yang memakai jersi lain, tapi sekarang saya di sini.”

“Saya sudah sedikit berubah. Ketika saya tiba di Eropah bersama Atletico Madrid di usia 18 tahun, saya belajar banyak hal, kemudian saya bermain bersama Manchester City dalam saingan Premier League.”

“Sekarang saya sudah berubah, cara permainan saya berbeza, tapi saya ada cadangan di mana saya boleh bermain dan saya akan cuba untuk bantu pasukan dan rakan sepasukan dengan pengalaman yang saya ada.”

BACA:  Pep Tidak Akan Menang UCL Lagi Kerana Disantet Bomoh Afrika