Pep Tidak Akan Menang UCL Lagi Kerana Disantet Bomoh Afrika

Ejen kepada Yaya Toure, Dmitri Seluk mendakwa, Pep Guardiola tidak akan menang sebarang kejuaraan Champions League lagi dalam kariernya kerana telah disantet oleh bomoh Afrika.

Ekoran disantet oleh ilmu hitam bomoh dari Afrika kini Pep Guardiola telah terkena sumpahan dan tidak dapat dipastikan akan hilang pada keturunan keberapa.

Kali terakhir Pep Guardiola menjulan trofi Champions League adalah pada tahun 2011 bersama Barcelona dan selepas sedekar bersama gersasi Jerman, Bayern Munich dan kelab terkaya di England, Pep gagal mengulangi pencapaian itu.

Media melaporkan kekalahan Manchester City kepada Chelsea ini kerana Pep Guardiola terlampau memikirkan taktik beliau dalam mencari kesempurnaan.

Manchester City tersentak dengan kecederaan menimpa Kevin De Bryune yang telah melumpuhkan jentera tengah City dan mungkin perkara itu tidak pernah difikirkan Pep.

Namun lain pula bagi ejen kepada bekas pemain Manchester City, Yaya Toure yang sememangnya bermasalah dengan Pep Guardiola yang melabel ini sebagai sumpahan Afrika.

Dimitri Seluk telah mendedahkan, selepas tewas di Porto pada 2018, Pep Guardiola telah marah kepada ‘semua pemain Afrika’ dengan telah meletakkan Yaya Toure dibangku simpanan pada tahun terakhir beliau bersama Manchester City.

“Pep telah membuatkan semua pemain Afrika menentangnya, ramai peminat dari Afrika telah berpaling arah dari Manchester City.”

“Dan aku pasti ramai Shaman (pawang atau bomoh) dari Afrika pada masa akan datang tidak akan benarkan Guardiola menang Champions League.”

“Untuk Pep Guardiola ini adalah sumpahan Afrika. Masa akan menentukan samada aku betul atau tidak.”

Di Afrika kini peranan bomoh masih lagi popular dikalangan rakyatnya di mana kepoweran seorang bomoh dipercayai mampu memberi kebaikan dan juga membawa akibat buruk jika disumpah dan disantet.

“Hakikatnya cara Guardiola menamatkan karier Yaya Toure bukan satu kesilapan tetapi satu jenayah.” Ujar Dimitri Seluk lagi tak puas hati.

“Kau akan lihat apa yang bomoh Afrika mampu lakukan. Beringat la sobat.”

Kenyataan dari Dimitri Seluk ini berpunca dari tidak puas hati beliau dengan layanan Pep Guardiola kepada Yaya Toure pada musim terakhirnya di Manchester City.

Mungkin Dimitri Seluk sendiri yang santetkan Pep Guardiola sejak 2018 dan kini benar Pep telah gagal menjulang trofi Champions League dan kenyataan Seluk ini kembali popular.

Yaya Toure Dakwa Pep Benci Pemain Afrika

Bekas pemain Manchester City, Yaya Toure mendakwa Pep Guardiola sering mempunyai masalah dengan pemain dari Afrika tetapi beliau bersedia untuk ‘menamatkan’ mitos yang dikaitkan dengan pengurus dari Sepanyol tersebut.

Toure membuat dakwaan mengenai bos beliau ketika bermain untuk Barcelona dan Manchester City dalam satu temu ramah yang telah diletakkan di dalam majalah edisi France Football.

Bekas pemain yang kini berusia 38 tahun itu bermain untuk The Citizens selama 8 tahun sejak menyertai kelab tersebut dari Barcelona pada tahun 2010.

Beliau berpindah keluar dari Nou Camp kerana pengurus Barcelona ketika itu mengambil keputusan khidmat Toure tidak diperlukan lagi dalam skuad.

Botak ni memang suka cari masalah dengan pemain Afrika, dakwa Yaya

Bekas pemain antarabangsa Ivory Coast itu turut percaya beliau perlahan-lahan diketepikan dari skuad Manchester City yang berjaya merangkul trofi Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao musim 2018 kerana perasaan ‘iri hati’ Guardiola terhadap kejayaan beliau sebagai seorang pemain.

Guardiola mengharungi karier sebagai pemain bolasepak yang agak baik dimana beliau berjaya memenangi 6 trofi La Liga bersama Barcelona di samping merangkul 1 trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Tidak lama selepas bersara, Guardiola dinamakan sebagai pengurus Barcelona dan memimpin pasukan berkenaan memenangi 3 kejuaraan liga dan 2 trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Toure hanya sekali berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan liga musim lepas

Toure juga merasakan bukan beliau sahaja pemain berkulit hitam yang menjadi mangsa Guardiola kerana terdapat pemain lain yang mendakwa perkara yang sama berlaku kepada mereka ketika bermain di Sepanyol.

“Saya mahu menjadi pemain yang menamatkan mitos mengenai Pep Guardiola [anti pemain kulit hitam]. Saya rasa saya sedang berhadapan dengan seseorang yang cuba membalas dendam terhadap saya.”

“Saya tidak tahu mengapa, tapi saya dapat rasa beliau cemburu dengan saya dan beliau melihat saya sebagai musuh. “

“Kami sering memandang antara satu sama lain dalam cara yang cukup pelik. Ia kelihatan seperti saya membuat beliau berasa gementar.”

Toure juga percaya beliau sepatutnya beraksi lebih kerap pada musim 2017. Toure merupakan pemain utama sebelum kehadiran Guardiola di Etihad Stadium, tetapi pada musim terakhirnya beliau sering memanaskan bangku simpanan sahaja.

Toure hanya diturunkan sekali sahaja dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris, iaitu ketika menentang Brighton pada bulan Mei.

Walaupun sering digunakan dalam kejohanan domestik yang lain, Toure diketepikan dari beraksi dalam perlawanan akhir Piala Carabao menentang Arsenal.

Guardiola lebih gemar menggunakan Sergio Busquests di posisi kegemaran Toure, memaksa beliau beralih ke posisi pertahanan tengah ketika itu.

Yaya Toure bukan sahaja menuduh Pep Guardiola cemburu dan takutkan beliau malah menuduh Pep Guardiola mencuri majlis perpisahan beliau bersama City.

“Guardiola ‘mencuri’ majlis perpisahan saya dengan Manchester City, kelab dimana peminatnya cukup mengagumkan. Saya mahu meninggalkan kelab ini dengan emosi seperti Andres Iniesta meninggalkan Barcelona dan Gianluigi Buffon meninggalkan Juventus. Tetapi Guardiola menghalang perkara tersebut dari berlaku.”

“Guardiola bertindak kejam terhadap saya. Adakah anda percaya Barcelona akan melakukan perkara sama terhadap Iniesta ? Saya terpaksa bertanya kepada diri sendiri adakah perkara ini berlaku kerana warna kulit saya.”

“Saya bukan orang yang pertama bercakap mengenai layanan yang berbeza ini. Di Barcelona, saya tahu beberapa pemain uga merasakan perkara yang sama.”

“Mungkin kami orang Afrika tidak akan dilayan seperti layanan kepada orang lain. Saya mula perasan beliau sering mempunyai masalah dengan pemain dari Afrika pada masa yang lepas.”

BACA:  10 Bekas Pemain Yang Kembali Ke Kelab Sebagai Pengurus