Ketua pasukan The Blues, Cesar Azpilicueta sebenarnya sangat bernasib baik kerana berada bersama kelab seperti Chelsea, walaupun beliau bukanlah pertahanan yang bagus.
Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Neil Warnock yang percaya Cesar Azpilicueta sebenarnya bukan pemain yang bagus tetapi cuma bernasib baik dapat bermain bersama Chelsea.
Pemain full-back yang kini berusia 32 tahun itu hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan Chelsea selepas kontraknya tamat pada penghujung musim nanti.
Neil Warnock has suggested Cesar Azpilicueta is lucky to have had a trophy-laden Chelsea career #CFC https://t.co/tBZObjAFQK
— talkSPORT (@talkSPORT) February 14, 2022
Beliau akan pergi meninggalkan kelab sebagai legenda yang akan terus dikenang sebagai yang terhebat sepanjang zaman.
Ia kerana beliau merupakan pemain pertama dalam sejarah Chelsea yang berjaya memenangi semua Piala yang boleh dimenangi di Stamford Bridge.
Beliau baru-baru ini memimpin Chelsea untuk menewaskan Palmeiras 2-1, seterusnya menjuarai saingan FIFA Club World Cup di Abu Dhabi.
Azpilicueta tidak dinafikan lagi memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu Chelsea menang dalam perlawanan akhir tersebut.
Permainan minda beliau sebelum Kai Havertz menyempurnakan sepakan penalti, jelas sangat membantu dan memudahkan urusan bintang Jerman itu untuk jaringkan gol kemenangan Chelsea.
Here’s the video of Azpilicueta making everyone believe that he was the one taking the pen including us the fans 😂😭
Everyone was losing it at this moment but it was a masterstroke 🙌
CAPTAIN. LEADER. LEGEND #Mycaptain #ChelseaFC #CWC #ClubWorldCupfinal pic.twitter.com/KxEnLBSebB
— Ansh – CHAMPIONS OF EUROPE ⭐️⭐️ (@KingNgolo) February 13, 2022
Walaupun beliau sudah banyak kali menjulang Piala bersama Chelsea, namun ia sama sekali tidak cukup untuk meyakinkan Neil Warnock yang beliau seorang pemain yang bagus.
Bekas pengurus Middlesbrough dan Sheffield United itu percaya yang Azpilicueta hanya bernasib baik kerana beraksi bersama Chelsea.
“Saya rasa ia berjalan untuk kedua-dua pihak sejujurnya.”
Jelas Warnock kepada talkSPORT.
“Saya rasa Azpilicueta sangat bernasib baik untuk berada di kelab seperti Chelsea. Saya tak rasa dia seorang pertahanan yang bagus.”
“Kadang kala dalam bola sepak, kamu memang perlu ada nasib baik itu dan saya rasa dia ada memiliki nasib yang baik di masa dan waktu yang tepat.”
“Itulah apa yang kamu perlukan dalam bola sepak, kamu perlu nasib yang baik untuk berjaya.”
👀 “I think Azpilicueta has been a very fortunate lad to be a at a club like #CFC.”
😳 “I don’t think he’s a great defender! Sometimes you need a bit of luck.”
Neil Warnock doesn’t believe Cesar Azpilicueta is a very good defender. 👎 pic.twitter.com/rUPWJRPAs6
— talkSPORT (@talkSPORT) February 14, 2022
💙 𝐂𝐋𝐔𝐁 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐂𝐔𝐏 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒 💙 @ChelseaFC pic.twitter.com/Jm5SjxrcmO
— César Azpilicueta (@CesarAzpi) February 12, 2022
Jika Warnock tampil mengkritik Azpilicueta, legenda Chelsea sendiri turut tampil menghentam bekas kelabnya kerana berlebih-lebihan ketika meraikan kejayaan memenangi FIFA Club World Cup.
Craig Burley hentam Chelsea meraikan kejayaan FIFA Club World Cup secara berlebih-lebihan
Penyampai ESPN, Craig Burley tampil mengkritik Chelsea kerana meraikan kejayaan mereka menjuarai saingan FIFA Club World Cup secara berlebih-lebihan menurutnya.
Beliau menghentam bekas kelabnya itu dan turut memberi amaran kepada Chelsea supaya lebih memberikan tumpuan kepada pencapaian Manchester City yang sedang mendahului saingan liga pada ketika ini.
The Blues berjaya menewaskan Palmeiras 2-1 kemarin, seterusnya mengesahkan kejayaan mereka buat pertama kalinya muncul sebagai Juara FIFA Club World Cup dalam sejarah kelab.
Whilst Chelsea were winning that plastic cup and it was lapped up like a World Cup win. Man City were racking up a sixteen point gap on them, in a competition that really matters. Let that sink in.
— Craig Burley (@craigburley) February 12, 2022
Burley walau bagaimanapun menghentam bekas kelabnya itu kerana terlampau bersungguh-sungguh meraikan kejayaan mereka memenangi pertandingan tersebut.
Beliau menghentam Chelsea secara langsung dan turut mengkritik Romelu Lukaku dan Kai Havertz.
Dalam kenyataannya, Burley menyatakan bahawa:
“Saya bahkan langsung tak tengok pertandingan ini kerana saya rasa ia mengarut. Mereka terlalu teruja kerana berjaya memenangi pertandingan tersebut.”
“Mereka ada Romelu Lukaku yang menjaringkan gol dengan tandukan padu, mereka ada Kai Havertz yang berjaya sempurnakan sepakan penalti…. Tapi lakukanlah itu ketika ia berguna.”
"As they're off celebrating like they've won the World Cup, Manchester City are racking up a 16 point lead on Chelsea where it really matters: the Premier League. … I don't buy £100M strikers to win the bloody Club World Cup."
– @CraigBurley 🗣 pic.twitter.com/jJd3SllnD0
— ESPN FC (@ESPNFC) February 13, 2022
Chelsea menyertai saingan FIFA Club World Cup selepas kejayaan mereka menewaskan Manchester City dalam saingan Champions League musim lalu.
Musim ini, ketika mereka berada di Abu Dhabi untuk sertai pertandingan tersebut, Chelsea terpaksa menangguhkan aksi mereka dalam saingan Premier League bertemu Leicester City dan Arsenal.
“Baiklah, Havertz menjaringkan gol dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League.”
“Ketika mereka meraikan kejayaan mereka (CWC) seolah-olah menang Piala Dunia, Manchester City pula sedang mendahului saingan liga dengan kelebihan 16 mata, yang mana lagi penting: Premier League.”
Tambah Burley lagi.
“Itu pertandingan yang besar untuk mereka. Mereka meraikan Club World Cup seolah-olah itu pertandingan terbaik. Sementara itu mereka sedang semakin jauh ditinggalkan oleh Manchester City.”
Former Chelsea player Craig Burley pic.twitter.com/M1MMPK5XPn
— Kwadaso Van Dijk ❤️🤍❤️ (@ksimurphy) February 13, 2022
“Club World Cup merupakan acara pertunjukkan, Piala plastik. Saya tak akan beli penyerang bernilai £100 juta untuk menang Piala Club World Cup tak guna tu, saya beli mereka untuk cabar Manchester City dan Liverpool dalam saingan Premier League.”
Komen Burley jelas sekali tidak diterima dengan baik oleh para penyokong di media sosial, yang merasakan tak salah untuk Chelsea meraikan kejayaan mereka menjuarai saingan FIFA Club World Cup.
Chelsea merupakan pasukan Inggeris ketiga yang mampu untuk memenangi pertandingan tersebut selepas Manchester United dan Liverpool.
“Fikirkan berapa banyak perlawanan kita perlu lalui untuk sampai di sini dan menang? Salah untuk kita raikan?”
“Kita kena menang Champions League untuk beraksi dalam saingan FIFA Club World Cup, ini bukan kejohanan tak berguna, setiap pasukan berjuang untuk menang.”
“Jadi dia nak kita kalah dan pulang selepas hari pertama? Ini pertandingan berkelas dunia, pasukan-pasukan yang bertanding merupakan wakil terhebat di setiap benua dalam dunia. Adakah dia sudah gila?”
“Apa yang cuba dia sampaikan? Dia tak ambil apa-apa barang terlarang kan? Dia bekas pemain Chelsea yang sepatutnya gembira kita sekarang Juara dunia. Juara dunia yang diiktiraf.”
Craig Burley says Club World Cup is a plastic cup. “You don’t spend £100m to win nonsense trophies. Chelsea are 16 points behind Man City where it really matters”. pic.twitter.com/zUOQSBgSLR
— Eric Njiru (@EricNjiiru) February 13, 2022
“Piala itu jauh lebih bernilai dari dia, saya rasa dia tak perlu bercakap sesuatu yang boleh menunjukkan dia semakin bodoh.”
Chelsea meraikan kejayaan tersebut dengan penuh kegembiraan kerana mereka berhak untuk itu, dan kejayaan mereka memenangi FIFA Club World Cup seharusnya dipuji bukan dihentam.
Cesar Azpilicueta merupakan antara pemain yang sudah memenangi semua kejuaraan bersama skuad Chelsea dan beliau sendiri sangat gembira meraikan kemenangan The Blues.
Permainan minda Cesar Azpilicueta dipuji peminat
Ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta menunjukkan tahap kebijaksanaannya yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi bertemu Palmeiras awal pagi tadi.
Sebelum Kai Havertz mengambil sepakan penalti, Azpilicueta terlebih dahulu memainkan peranan yang cukup penting dalam bermain permainan minda dengan pasukan lawan.
Havertz berjaya menjaringkan gol yang membantu Chelsea muncul sebagai Juara saingan Champions League dengan menewaskan Manchester City di Porto musim lalu.
César Azpilicueta is the first player in Chelsea's history to have won the following trophies at the club:
✅ Premier League
✅ UEL
✅ UCL
✅ FA Cup
✅ EFL Cup
✅ Super Cup
✅ Club World Cup 🆕Dave completes the set. © pic.twitter.com/gLyzjdrFWY
— William Hill (@WilliamHill) February 12, 2022
Ketika aksi perlawanan akhir FIFA Club World Cup awal pagi tadi, beliau sekali lagi menjadi wira The Blues dengan muncul sebagai penjaring gol kemenangan untuk Chelsea pada minit ke-117 permainan.
Beliau bijak memperdaya penjaga gol Palmeiras, Weverton ketika menyempurnakan sepakan penalti untuk mengesahkan kemenangan 2-1 Chelsea dalam perlawanan tersebut.
Walau bagaimanapun, harus diakui yang permainan minda Azpilicueta sebelum sepakan penalti itu diambil harus diberikan pujian kerana ia jelas sangat berkesan.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu memegang bola dan menunjukkan seolah-olah beliau yang mahu mengambil sepakan penalti tersebut.
Apa yang menariknya dengan tindakan beliau itu?
Beliau sebenarnya menjadikan dirinya sebagai kambing hitam dengan pemain pasukan lawan mula bermain permainan minda dengannya kerana percaya yang beliau akan mengambil sepakan penalti tersebut.
Captain. Leader. Legend. Dave.
By making club history, César Azpilicueta has cemented his status as a Chelsea legend…
But do not overlook his vital role in the build-up to Kai Havertz's winning goal.
By @muhammadbutt.https://t.co/BoW4QhuNvp
— Squawka Football (@Squawka) February 12, 2022
Baik penjaga gol mahupun pemain Palmeiras, kesemua mereka jelas cuba mengganggu tumpuan Azpilicueta dan berharap agar ketua pasukan Chelsea itu akan gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Walau bagaimanapun, ketika semua pemain sudah bersedia, beliau menyerahkan bola kepada Kai Havertz dan membiarkan pemain muda Jerman itu yang menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Havertz jelas sekali sudah menenangkan dirinya sendiri ketika Azpilicueta menjadi kambing hitam, sementara pemain Palmeiras sudah tentu rasa dipermainkan kerana bukan ketua pasukan The Blues itu yang mengambil sepakan penalti tersebut.
Shout-out to Cesar Azpilicueta's mind games for the penalty. Was the first to appeal, took the pressure of stepping up with the ball and absorbed the Palmeiras' mind games before handing over to Kai Havertz. Captain fantastic. 👏🔵
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) February 12, 2022
Azpilicueta with the mind games pretending to take the penalty.
Man was playing chess.
— BlueTweetsFC™ (@BlueTweetsFC) February 12, 2022
Azpilicueta giving the ball to Havertz to convert the penalty after absorbing all the pressure of pretending to be the taker was everything for me ❤️. They don’t teach you that in school mate ✌🏽
— esprit de corps (@Hankvalj) February 12, 2022
#Azpilicueta, amazing captain. Held the ball so Palmeiras thought he was the penalty taker, absorbed all their attempts to delay and get in his head, then gave the ball to #Havertz #Chelsea
— Craig Goody (@CraigGoody1979) February 12, 2022
Who else noticed Azpilicueta holding the ball as if he was the one who wanted to take the Penalty was to help fend off the pressure away for Havertz who actually was gonna take the penalty?! 😱
What a legendary leader. 👏👏 pic.twitter.com/zhiG1eWyaO
— DestinyCrystal (Epiphany) (@sharafa_basit) February 12, 2022
“Sebab tu dia layak untuk dianggap sebagai ketua terbaik, dia bagi masa untuk Havertz tenangkan diri sebelum menyerahkan tugas berat itu kepadanya.”
“Saya tak pernah tengok ada ketua pasukan lain yang lakukan hal seperti itu sebelum ini, pemain Palmeiras pasti menyesal kerana mengganggu Azpi sedang Havertz yang sedang bersedia untuk mengambil sepakan penalti tersebut.”
“Ia berkesan, kalau dari awal Havertz yang pegang bola, ada kemungkinan untuk beliau akan terjejas dengan gangguan dari pemain lawan.”
“Pujian sepenuhnya kepada Azpilicueta, dia memang ketua pasukan terbaik. Saya berbangga kita ada ketua pasukan seperti dia.”
Big Game Kai:
‘I was [nervous] to be honest. I mean it’s a big penalty — just crazy. I think it was good I kept the nerves and very happy. [The] other players gave me trust. Hakim, Azpi, everybody they said you do it and I did it.’#CFC https://t.co/eZghQqndQE
— WAGNH (@WAGNH_CFC) February 13, 2022
Jelas sekali ia merupakan usaha berkelas dunia dari Cesar Azpilicueta yang kini merupakan antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab.
Beliau sudah berjaya memenangi segalanya yang boleh dimenangi bersama skuad Chelsea, dan sudah tentu nama beliau akan dikenang sebagai legenda terhebat sepanjang zaman kelab.
Selepas tamat perlawanan, beliau mengesahkan yang beliau sedar apa yang beliau lakukan dan ia memang ada dalam perancangannya.
Can confirm, you were right. I asked Azpi about it & he laughed & said yeah it was a cheeky tactic because he ‘knew what they were like’ & he wanted to take some of the pressure off Havertz. Legend. #CFC https://t.co/g36pepXbdw
— Olivia Buzaglo (@OliviaBuzaglo) February 12, 2022
Havertz sementara itu turut menjelaskan tentang bagaimana beliau rasa sebelum mengambil sepakan penalti yang membantu Chelsea untuk dinobatkan sebagai sang penakluk dunia itu.
“Saya sangat gugup, saya perlu berterus terang. Saya maksudkan ia adalah penalti yang besar, sangat gila. Saya rasa sangat bagus untuk saya dapat tenangkan diri dan saya sangat gembira.”
Jelas pemain kebangsaan Jerman itu selepas tamat perlawanan.
“Saya merupakan pengambil sepakan penalti ketiga. Jorgi dan Rom kedua-dua mereka tak ada, jadi saya seorang sahaja berada di atas padang dan pemain lain berikan kepercayaan kepada saya. Hakim, Azpi, semua orang kata saya boleh lakukan, dan saya betul-betul lakukan.”
“Saya tak tahu apa nak kata, saya maksudkan yang saya memang selalu impikan untuk rasa perasaan sehebat ini. Saya bersyukur semua orang, keluarga saya, kekasih saya, semua orang dan ya terima kasih tak terhingga kepada mereka.”
Azpilicueta protecting Havertz & giving the ball to him to convert the penalty after absorbing all the pressure of pretending to be the taker was everything for me ❤️. They won’t teach u this during training. what a leader 🔥✅ #mycaptain #Havertz #ChelseaFC #FIFAClubWorldCup pic.twitter.com/ifhIaSAcVc
— Am_Lanki (@Tcalislanki) February 13, 2022
Azpilicueta dijangka akan meninggalkan Chelsea sebagai pemain bebas ejen selepas kontraknya tamat pada penghujung musim nanti.
Memandangkan beliau sudah berjaya memenangi kesemua Piala yang boleh dimenangi bersama Chelsea, maka tidak hairanlah andai beliau akan dikenang sebagai legenda terhebat sepanjang zaman kelab.
Sumber: SPORTbible