Bacelona Siap Melepaskan Sesiapa Saja Kecuali Messi Dan Ter Stegen

Barcelona sanggup untuk menjual kesemua pemain utama mereka kecuali Lionel Messi dan Marc Andre Ter Stegen.

Hal ini kerana, Barcelona mahu mendapatkan dana bagi menandatangani dua pemain bintang yang melibatkan urusan perpindahan yang besar.

Menurut laporan dari Francesc Aguilar, pemain midfield dari Brazil, Arthur Melo kini sudah selangkah untuk menyertai gergasi Itali, Juventus untuk jendela perpindahan musim panas nanti.

Barcelona mengesahkan bahawa mereka tiada masalah untuk menjual mana-mana pemain bintang pasukan kecuali Messi dan Ter Stegen demi untuk menandatangani Lautaro Martinez dan Neymar.

Kenyataan dari sumber Twitter tersebut menjelaskan bahawa:

“Berita @ffpolo dan @sergisoleMD ekoran dari situasi Arthur yang kini sudah selangkah untuk menyertai Juventus, ini menjelaskan bahawa situasi Barcelona terkini sama seperti saya katakan dari awal, kecuali Lionel Messi dan Marc- Andre Ter Stegen saja, yang lain semua tiada masalah untuk dijual.”

“Mereka memerlukan duit untuk menandatangani Neymar dan Lautaro Martinez.”

Kedudukan Messi dalam pasukan sememangnya sukar untuk dijelaskan, Messi sendiri kini menjadi imej untuk pasukan dan beliau juga nadi penting untuk Barcelona dalam tempoh sedekad ini.

Pemenang enam kali Ballon d’or itu banyak membantu Barcelona memenangi pelbagai kejuaraan besar dalam kancah bola sepak hingga menjadi pasukan gergasi Eropah.

Seorang lagi pemain yang tidak mahu dilepaskan oleh Barcelona adalah penjaga gol kebangsaa Jerman, Ter Stegen.

Marc Andre Ter Stegen menandatangani kontrak bersama Barcelona pada tahun 2014 dari Borussia Monchengladbach.

Beliau kini menjadi penjaga gol utama Barcelona. Dengan aksi mantap yang dipamerkan, Ter Stegen kini merupakan antara penjaga gol terhandal di dunia.

Barcelona juga tidak kesah untuk melepaskan Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele yang mana mereka mengeluarkan lebih €100 juta untuk setiap seorang pemain tersebut.

Pemain yang sudah lama beraksi bersama pasukan seperti Sergio Busquets dan Gerard Pique dilaporkan turut akan dilepaskan sekiranya ada pasukan berminat.

Barcelona dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan penyerang pasukan Inter Milan, Martinez dan menganggap pemain itu penyerang yang sempurna untuk pasukan.

Pemain berusia 22 tahun itu mungkin akan dijual dengan harga yang tinggi dan sepertinya bakal memecahkan rekod yuran perpindahan yang besar.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Neymar sendiri pernah mendedahkan bahawa beliau berhasrat untuk kembali ke dalam saingan La Liga.

Bintang Brazil itu meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris Saint Germain pada tahun 2017 dengan rekod perpindahan terbesar bernilai €222 juta.

Tetapi sepanjang beraksi di Paris, beliau tidak mendapat apa yang dikehendakinya seperti memenangi gelaran Ballon d’or dan memasang niat untuk kembali bergabung bersama sahabat baiknya Messi di Barcelona.

Barcelona mahu mendapatkan Martinez dan Neymar untuk membina semula jentera serangan yang hebat bagi menghadapi saingan baru.

BACA:  Senarai Gaji Pemain Barcelona Yang Sangat Gila