Depay Bengang, Wartawan Tanya Soalan Menyakitkan Hati

Memphis Depay kecewa dengan soalan yang ditanya oleh seorang wartawan ketika temu bual bersamanya baru-baru ini.

Beliau telah ditanya tentang perasaannya selepas menyertai Barcelona, dan adakah beliau menyesal atas keputusannya itu.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Barcelona sebagai pemain free ejen pada musim panas lalu, selepas berakhirnya kontrak beliau bersama Lyon.

Depay juga ketika ini dianggap sebagai bintang utama Barcelona, selepas gergasi Catalan itu kehilangan Lionel Messi dan Antoine Griezmann.

Barcelona pada ketika ini berada di kedudukan kesembilan dalam saingan La Liga, dan turut berada di kedudukan paling corot dalam saingan peringkat kumpulan Champions League.

Melihat kepada prestasi tidak menentu Barca yang dianggap sedang melalui era kejatuhan mereka, Memphis telah ditanya adakah beliau menyesal menyertai gergasi La Liga itu.

Sebaik mendengar soalan menjengkelkan itu, beliau menjawab:

“Tergamak kamu tanya soalan itu?”

“Ini Barcelona. Saya tak rasa kamu faham betapa besarnya kelab ini dan apa maksudnya untuk seorang pemain jika sertai kelab ini. Saya tidak akan pernah menyesal.”

Depay memulakan saingan musim ini dengan sangat baik, selepas beliau cemerlang menjaringkan tiga gol dan mencatatkan satu assists dari tujuh penampilan.

Tekanan untuk pengurus Barca, Ronald Koeman terus memuncak dengan Depay tampil mempertahankan pengurusnya itu.

“Selain keputusan, saya sangat gembira bersama kelab.”.

Sambung Depay lagi.

“Ia merupakan waktu yang sukar untuk pasukan. Saya tak mahu bercakap lebih tentang itu, tapi semua orang tunjukkan reaksi seolah musim ini sudah berakhir.”

“Masih terlalu banyak perlawanan untuk dimainkan. Semuanya masih terbuka. Tapi sebagai pemain, kamu perlu rasa bertanggungjawab. Kamu peduli. Setiap pemain perlu ambil tanggungjawab masing-masing.”

“Itu hal biasa untuk kelab seperti Barcelona.”

Presiden kelab, Joan Laporta dengan terbuka turut menyokong Koeman dan turut menyatakan kepercayaan beliau pada pengurus dari Belanda itu secara terbuka.

“Koeman akan terus menjadi pengurus Barcelona.”

Jelas Laporta sebelum aksi kekalahan 2-0 di tangan Atletico Madrid.

“Kami faham yang dia berhak untuk berada di sini atas banyak alasan. Dia seorang penyokong Barcelona dan legenda di hati peminat seluruh dunia. Dia akan kekal di sini dan berhak untuk diberi keyakinan.”

“Dia sayangkan Barca dan memutuskan untuk datang sini di waktu yang sukar dari segala segi dan dia bertanggungjawab.”

“Selepas bercakap dengan dia, saya nampak takdir memang menentukan untuk dia di sini.. Kami berbincang dan tidak benar tentang dakwaan hubungan kami bermasalah. Kami baik-baik sahaja .”

“Saya rasa kami berdua fikir hal yang sama, untuk ubah keadaan sekarang.”

Selain Memphis, Barcelona turut menandatangani Sergio Aguero pada jendela perpindahan musim panas lalu, namun bintang Argentina itu belum diturunkan untuk beraksi kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Ousmane Dembele turut terpaksa diketepikan bersama Martin Braithwaite pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Barca Mana Ada Duit Beli Saya"- Haaland Label Barcelona Kelab Miskin