“Barca Mana Ada Duit Beli Saya”- Haaland Label Barcelona Kelab Miskin

Masalah kewangan yang menimpa Barcelona sejak beberapa musim lalu terus berlarutan pada musim ini apabila kelab Catalan itu hanya dibenarkan mendaftarkan 13 pemain sahaja setakat ini.

Kelab itu kini harus mencari kaedah untuk mengurangkan jumlah tanggungan perbelanjaan dengan melepaskan beberapa pemain, atau mencari pendapatan dengan kaedah lain untuk mendaftar baki pemain untuk saingan musim hadapan – termasuk pemain yang baru didatangkan, Ilkay Gundogan.

Penyerang sensasi dari Norway, Erling Haaland adalah antara pemain yang pernah dilamar oleh Barcelona tetapi akhirnya memilih untuk menyertai Manchester City kerana menyedari situasi kewangan yang dihadapi kelab itu pada jendela perpindahan musim panas tahun lalu.

Haalland baru-baru ini menghadiri majlis perkahwinan rakan sepasukannya di Etihad, Aymeric Laporte.

Seperti dilaporkan oleh El Chiringuito, Haaland sempat ditanya oleh seorang wartawan daripada portal itu mengenai kemungkinan beliau untuk menyertai Barcelona atau Real Madrid pada masa akan datang.

Seakan-akan mempersendakan kemungkinan itu, Haaland dengan ringkas menjawab: “Barca???? Barcelona mana ada duit untuk merekrut saya.”

Sehingga kini Barcelona hanya dibenarkan untuk mendaftar 13 pemain daripada musim lalu iaitu Marc-Andre ter Stegen, Jules Kounde, Eric Garcia, Christensen, Pedri, Gavi, Kessie, Frenkie de Jong, Ferran Torres, Ansu Fati, Robert Lewandowski, Ousmane Dembele dan Raphinha.

Walaupun masih berhadapan masalah kewangan untuk membayar gaji pemain kerana terikat dengan peraturan ketat La Liga, Barcelona terus merekrut dua lagi pemain muda, Vitor Roque dan Inigo Martinez.

Martinez didatangkan secara percuma daripada Atletico Bilbao, manakala Roque berpindah ke Nou Camp selepas Barcelona membayar 40 juta Euro untuk pemain itu.

Barcelona yang pernah mendominasi bola sepak Eropah suatu ketika dahulu turut masih mempunyai hutang tertunggak yang belum dijelaskan kepada Lionel Messi.

Presiden kelab, Joan Laporta baru-baru ini berkata Barcelona memerlukan tempoh sehingga 2025 untuk menjelaskan tunggakan gaji messi.

BACA:  Bukti Nyata Yang Membuktikan Lewandowski Sudah Tak Ada Hati Untuk Kekal Bersama Bayern