Haaland Balas Kenyataan Dengki Trent Alexander Arnold

Sebelum ini Trent Alexander Arnold membandingkan nilai kejayaan Man City dan Liverpool sebagai tak sama. Ini kerana menurutnya Man City memiliki kuasa wang yang lebih besar berbanding Liverpool.

Jadi apabila Liverpool memenangi trofi, ia lebih bermakna untuk para pemain dan peminat berbanding dengan Man City.

Bercakap kepada FourFourTwo, Trent Alexander Arnold berkata: “Ini perlawanan sukar kerana kami akan berdepan dengan mesin yang ditempa untuk menang. Itu adalah rumusan ringkas tentang Man City dan organisasi mereka.

Trent Alexander Arnold berkata: “Imbas kembali pada era ini, walaupun mereka memenangi lebih banyak trofi berbanding kami dan mungkin lebih berjaya, namun trofi yang kami menangi lebih bermakna kepada kami dan penyokong kami kerana situasi kedua dua pasukan dari segi kewangan.

“Bagaimana kedua dua kelab membina pasukan mereka dan akhlak mereka melakukannya, mungkin lebih bermakna buat penyokong kami.”

Kenyataan Arnold itu membuatkan Haaland tidak melepaskan peluang mengutuk pemain itu sebagai tidak pernah tahu rasa memenangi treble dalam kariernya. Dan Haaland merasakan pengalaman manis itu hanya pada musim pertamanya di City.

Erling Haaland tidak tahu apa sebabnya Arnold dengki sangat dengan kejayaan Manchester City. Sambil menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan kenyataan Arnold itu.

Haaland berkata: “Jika kamu nak cakap macam tu silakan. Saya di sini baru setahun dan kami sudah memenangi treble. Perasaannya sangat luar biasa.

“Saya tak rasa dia tahu perasaan sebenar yang saya rasa musim lalu ketika memenangi treble. Ianya perasaan yang sangat indah.

“Mereka boleh bercakap sebanyak mana mereka mahu dan dia boleh berkata apa saja dia mahu. Saya tak tahu kenapa dia keluarkan kenyataan seperti itu namun saya tak peduli pun.”

“Musim lalu sangat menarik, saya rasa kami dalam persaingan kejuaraan yang mengujakan, dan mungkin ada pihak yang menganggap kami sudah terkeluar daripada persaingan pada satu ketika.

“Ianya perkara yang bagus, dan satu perkara yang bagus tentang EPL ni, ada banyak kelab yang berpontensi memenanginya. Dan kami akan cuba memenanginya sekali lagi. Ianya tak mudah namun kami dalam keadaan yang baik.”

Kedua dua pasukan bertemu pada hujung minggu ini. Perlawanan yang boleh menentukan siapa juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Haland memuji Liverpool sebagai pasukan yang hebat dan dalam prestasi terbaik pada masa ini. Sambil memberikan amaran bahawa mereka akan memberikan yang terbaik dan cuba memenangi Liga Perdana Inggeris sekali lagi musim ini.

BACA:  "Dah Jadi Bakal Juara Ke?" - Ayah Haaland Menganjing Arsenal Selepas Menang Community Shield