Messi Akui Haaland Selayaknya Menangi Ballon d’Or Selepas Raih Treble

Lionel Messi memenangi trofi Ballon d’Or ke-8 sepanjang karier penuh gemilangnya. Walaupun demikian ini tidak menghentikan perdebatan siapakah selayaknya untuk memenangi anugerah individu paling berprestij di dalam dunia bola sepak itu.

Pada masa ini ramai juga yang melihat Erling Haaland selayaknya memenangi anugerah tersebut selepas menjuarai Premier League, Piala FA, dan Champions League bersama Manchester City pada musim lalu.

Walaupun demikian, Messi yanhg turut membantu Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 tetap menjadi pilihan ramai untuk anugerah tersebut tahun ini.

Messi mungkin menyedari era dirinya dan Cristiano Ronaldo mendominasi anugerah terbesar individu di dalam dunia bola sepak itu kini sedang menuju ke pengakhiran.

Melalui ucapannya, kapten Argentina itu turut mengucapkan tahniah kepada Haaland dan Kylian Mbappe – yang berada di kedudukan kedua dan ketiga senarai Ballon d’Or.

“Haaland dan [Kylian] Mbappe pasti akan memenangi anugerah Ballon d’or suatu hari nanti,” kata Messi.

“Erling juga selayaknya memenangi anugerah kali ini. Dia menjuarai Premier League, dan Champions League dan menjadi penjaring terbanyak di semua pertandingan.

“Anugerah ini boleh jadi milik anda [Haaland] tahun ini. Tetapi saya amat pasti anda akan memenanginya pada tahun mendatang.”

Haaland turut berkongsi pendapatnya mengenai kejayaan Messi dinamakan sebagai pemenang Ballon d’Or kali ini melalui satu hantaran di media sosial.

““Felicitaciones Leo Messi” (Tahniah Leo Messi). Tulis Haaland di kapsyen bersama-sama foto Messi.

“Saya mahu berterima kasih kepada Manchester City, setiap anggota di dalam kelab.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada keluarga dan mereka yang berada bersama saya untuk menjadikan diri saya seperti pada hari ini.”

Haaland mencipta rekod dengan mejaringkan 36 gol daripada 35 perlawanan Premier League pada musim 2022/23, dan turut menerima Anugerag Gerd Muller untuk penyerang paling berbisa.

BACA:  Peminat Terhibur Melihat Reaksi Pemain Ecuador Dapat Jersi Lionel Messi