Halland Berpotensi Dihukum Oleh FA Kerana Reaksi ‘Majin Buu’ Terhadap Pengadil

Erling Haaland jelas tidak dapat mengawal perasaan dirinya selepas Spurs menyamakan kedudukan dan mengikat Manchester City 3-3 dalam aksi Premier League pada awal pagi tadi.

Keputusan seri itu adalah yang terburuk buat City sejak enam musim lalu, seri dalam 3 perlawanan Premier League berturut-turut.

Haaland tidak dapat mengawal perasaan dan bertukar wajah seperti Majin Buu bengis selepas pengadil perlawanan Simon Hooper tidak jadi memberikan advantage kepada Jack Grealish yang terlebih dahulu dikasari tetapi berada di situasi terbaik menjaringkan gol kemenangan tuan rumah di minit akhir perlawanan.

Dan penyerang berusia 23 tahun itu kini berpotensi hukuman daripada The FA selepas turut memaki pengadil di media sosial selepas perlawanan.

Kemarahan Haaland tidak hanya terhad kepada pengadil dalam perlawanan ini. Ketika menuju ke terowong pemain selepas tamat perlawanan, pemain bertubuh sasa itu turut bertelagah dengan Giovani Lo Celso.

Untuk rekod ini kali pertama City tidak menang dalam tiga aksi berturut-turut sejak 2017.

Pengurus City Pep Guardiola mengelak untuk mengkritik pengadil dan berkata,” Saya tidak akan memberikan komen seperti yang dilakukan Arteta,” merujuk kepada kemarahan Arteta selepas tewas kepada Newcastle sebelum ini – menyebabkan Arteta berhadapan hukuman kerana kritikannya.

“Ia amat sukar untuk dijelaskan apabila anda melihat kembali ulang tayang. Pengadil meniup wisel selepas dia memberikan isyarat untuk meneruskan permainan.”

Pada bulan lalu media melancarkan kempen ‘Anti Maki Pengadil’ dan mendesak Premier League mengambil tindakan tegas terhadap pemain yang bertindak melampau kepada pengadil sama ada secara fizikal atau lisan.

Dan Hooper dikerumuni pemain City kerana tidak berpuas hati dengan keputusannya. Sebelum ini Arsenal, Manchester United, dan Liverpool semuanya telah didakwa oleh Jawatankuasa Disiplin FA kerana gagal mengawal emosi pemain mereka.

Guardiola kemudiannya secara sarkastik berkata: “Reaksi daripada Haaland itu sama saja seperti 10 pemain lain. Anda tidak boleh bercakap mengenai peraturan kepada pengadil atau pegawai perlawanan keeempat. Jadi sepatutnya semua 10 pemain kami dilayangkan kad merah juga.

“Dia kecewa. Sama je kalau pengadil pun – jika dia jadi pemain Man City pada hari ini, dia pun akan kecewa dengan kejadian ini.”

BACA:  Pochettino Yakin Spurs Akan Dapat Bermain Di Stadium Baru Sebelum Krismas